Dalam Bahagian Pertama diperkatakan beberapa
pilihan yang ada untuk atasi kemelut politik Terengganu, termasuk Menteri Besar
letak jawatan secara sukarela dan pembubaran DUN.
Bahagian Kedua:
ADUN Bandar, Azan Ismail tidak menyentuh satu lagi cara
iaitu Perdana Menteri meminta Ahmad Razif melepaskan jawatan.
Apakah Ahmad Razif Abdul Rahman akan melakukan seperti diminta sedangkan dia bertegas mampu memimpin UMNO dan kerajaan.
Kalau benar dia akur, sudah tentu Ahmad Razif akan 'mematuhi' permintaan Perdana Menteri sebanyak dua kali seperti dilaporkan sebelum ini.
Tetapi kenapa dia tidak melakukannya?
Malah orang yang membawa 'pesanan usul Najib' itu pula kena herdik.
Apakah Ahmad Razif Abdul Rahman akan melakukan seperti diminta sedangkan dia bertegas mampu memimpin UMNO dan kerajaan.
Kalau benar dia akur, sudah tentu Ahmad Razif akan 'mematuhi' permintaan Perdana Menteri sebanyak dua kali seperti dilaporkan sebelum ini.
Tetapi kenapa dia tidak melakukannya?
Malah orang yang membawa 'pesanan usul Najib' itu pula kena herdik.
Kemungkinannya ialah jika terpaksa, mungkin Ahmad Razif
akan membuat sesuatu tindakan drastik umpamanya keluar parti. Maka akan berlaku
16-16 dan keadaan ini menyukarkan kerana walaupun dikatakan sebelum ini Speaker
masih ada untuk membolehkan BN membentuk
kerajaan, sebenarnya TIDAK.
Isunya apakah yang enam orang (6) yang setia kepada Ahmad
Razif ketika ini sanggup meninggalkan UMNO dan melepaskan semua kemudahan yang
mereka kecapi ketika ini?
Apakah mereka yang kini dilihat berada bersama Ahmad
Razif bersedia untuk melepaskan atau berkorban demi Ahmad Razif? Apa untungnya
berbuat demikian?
Ada satu lagi keadaan yang
mungkin akan berlaku sekiranya ada seorang dua ADUN mengikut Ahmad Razif keluar
UMNO.
Kedudukan mungkin menjadi
14-14 + 1 dengan dua ADUN Bebas (Ahmad Razif) dan seorang DUN yang mengikut
jejaknya.
Jika ini berlaku, Azan akan
menjadi ‘King Maker’. Sekiranya kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional dan PAS
enggan berdamai dan bagi mengelakkan diadakan PRN, tidakkah boleh menjadikan
‘King Maker’ itu sebagai ‘King’ dan EXCO boleh dilantik daripada kedua-dua
pihak.
Jangan percaya dengan formula
ini kerana ia hanya andaian semata-mata.
Di pihak PAS pula, ia turut tumpeng sekaki mmengulas kemelut
politik Terengganu ini dengan mengatakan hanya ada satu jalan iaitu dengan
‘Razif Letak Jawatan MB, Boleh Selesai Masalah Utama’.
Cara ini ialah bagi memastikan pentadbiran kerajaan
Terengganu berjalan lancar dan tidak mengheret rakyat ke kancah yang lebih
parah.
Kerana itu, LETAK JAWATAN sebagai Menteri Besar Terengganu
adalah satu langkah yang boleh menyelamat kepada semua keadaan keserabutan hari
ini.
Rencana dalam portal rami PAS Terengganu bertajuk 'Razif Letak Jawatan MB, Boleh Selesai Masalah Utama' bertanya: “Kenapa
Ahmad Razif tidak memilih langkah ini? Jika dia ambil pendekatan korbankan diri
untuk kestabilan politik Terengganu, bukankah nanti beliau akan dilihat seorang
pemimpin yang hebat, bermaruah! dan mampu bangkit semula?”
Menurut portal berkenaan, jika Ahmad Razif melangkah
keluar atau mengundur diri dari kerusi Menteri Besar lebih awal, tindakan
beliau akan dapat memulihkan daripada apa yang sedang melanda sekarang, tidak perlu
sampai ditarik gelaran dan terjatuh dengan pelbagai cara.
Namun kerana merasakan dirinya hebat, diberi nyawa kedua,
mampu melepaskan diri daripada cadangan
usul undi tidak percaya pada Sidang Dewan Undangan yang lalu, beliau bangga
terus menjadi Menteri Besar walaupun Istana mengarahkan dikembalikan gelaran kebesaran.
.
“Tetapi Ahmad Razif lupa, mungkin dia sengaja
melupakannya sejarah-sejarah politik tanahair. Atau dia seorang yang ego, ‘keras
keng’ dan tidak kisah orang kata, janji aku terus jadi MB. Ini mengundang
masalah dia kepada kehancuran seluruh UMNO Terengganu.
Pertembungan beliau bukan dengan PAS, tetapi beliau
sedang berhadapan dengan krisis dalaman UMNO yang lawanya juga kini masih ahli
UMNO dan digelar NELANG oleh rakyat Terenganu. Sekarang beliau cuba melibatkan
kedudukan seluruh kepentingan dalam UMNO Terengganu untuk menyelamatkan dirinya
seorang, walaupun nanti beliau akan mengungkapkan tindakan beliau ini untuk menyelamatkan
UMNO, ini ungkapan biasa pemimpin UMNO yang sedang bergelut dengan krisis.”
kata portal berkenaan.
Pada PAS, jika Ahmad Razif letak jawatan sebagai Menteri
Besar, maka salah seorang daripada ADUN UMNO yang lain akan dilantik
mengantikan beliau. 14 ADUN selain beliau dan Ahmad Said layak diangkat nama
untuk kerusi MB, kenapa jalan ini tidak dipilih jika benar sayangkan kestabilan
kerajaan?
Ahmad Razif berpegang kepada dia masih mendapat sokongan
daripada Perdana Menteri sementara Ahmad
Said meneruskan ‘onar’ ini kerana mengatakan tindakan Najib mengekalkan dan
menolak cadangan menukar Razif adalah tidak cerdik, dalam ertikata lain ‘bodo’.
Bagi PAS, tidak perlulah tunggu kekecohan Sidang DUN terpendek esok (8hb Ogos) ini.
Pesan PAS kepada Ahmad Razif: “Buang ego, jangan ‘nelang dok kena tempat’. Tidak perlu
memahat sejarah dengan krisis negeri Terengganu menjadi krisis politik
terpanjang dalam sejarah. Jangan sampai TTB menjadi ‘Tranung Terus Bolok’.”
bersambung
No comments:
Post a Comment