“...pesanan Perdana
Menteri itu sudah disampaikan kepada Ahmad Said dan bekas Menteri Besar itu
sangat ‘faham’ dengan pesanan demikian...juga tidak benar kononnya enam ADUN UMNO akan memboikot sidang DUN esok.”
Apakah akan berlaku
kekecohan di Kuala Terengganu esok?
Pelik juga apabila Polis Terengganu membuat kenyataan
berupa amaran dengan mengatakan “Jangan timbulkan provokasi pada sidang DUN
Terengganu.”
Malah, Polis Terengganu mengingatkan orang ramai
agar tidak menimbulkan provokasi dan kekecohan semasa Sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 yang akan berlangsung esok.
Siapa yang akan BUAT KECOH?
Ada sesiapa membuat laporan akan ada kekecohan atau
provokasi?
Atau Polis Terengganu pakai sumber ‘hearsay’ dan
ramalan-ramalan berupaya khayalan yang dibuat oleh orang tertentu yang takut
dengan bayang-bayang?
Kita hormati kerja polis untuk jaga ketenteraman awam
tetapi dengan mengeluarkan amaran, ia seolah sesuatu yang buruk akan berlaku.
Semalam pada pertemuan di Putrajaya, Perdana Menteri
sudah meminta semua ADUN BN membuat jaminan jangan ada apa-apa provokasi dan
membiarkan sidang berjalan dengan tenteram dan teratur.
Pesanan Perdana Menteri itu sudah disampaikan kepada
semua ADUN BN seramai 16 orang itu, walaupun Ahmad Razif Abdul Rahman TIDAK
DIJEMPUT ke pertemuan itu.
Difahamkan juga pesanan Perdana Menteri itu sudah
disampaikan kepada Ahmad Said dan bekas Menteri Besar itu sangat ‘faham’ dengan
pesanan demikian.
Juga tidak benar kononnya enam (6) ADUN UMNO akan
memboikot sidang DUN esok. Kenyataan itu sengaja diada-adakan untuk memburukkan
keadaan politik Terengganu oleh pihak tertentu yang bimbang dengan kedudukan
Menteri Besar ketika ini.
Jadi apabila Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas ke atas
sesiapa yang didapati dengan sengaja menimbulkan kekecohan atau huru hara
semasa persidangan itu, ia tidak lagi relevan.
Kenyataanya yang dipetik Bernama supaya "Jangan cemari
persidangan DUN dengan insiden yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa
dan huru hara kepada mana-mana pihak, “ hanya layak direkodkan sebagai bahan
berita semata-mata.
Dengan mengatakan, "Sekali lagi saya mengingatkan
orang ramai agar tidak membuat kecoh pada persidangan itu
berlangsung...biar ia berlansung dengan aman tanpa
apa-apa (insiden)," hanyalah kenyataan dasar polis semata.
Mungkin Polis Terengganu tidak berniat melakukan apa-apa
kenyataan tetapi apabila soalan ‘provoksi’ Bernama yang menghubungi beliau di
Kuala Terengganu semalam, Ketua Polis Terengganu itu ‘terdorong untuk
membuat kenyataan sedemikian.
Soalnya apakah kenyataan seperti ini membantu meredakan
suasana politik Terengganu ketika ini?
Apakah ada seseorang buat repot mengatakan akan berlaku
kekecohan atau provokasi?
Apakah ia akan diakibatkan oleh ‘Geng’ atau penyokong
Datuk Seri Ahmad Said?
Mana Ahmad Said ada geng? Dia loneranger, malah tidak
terdengar pun dia akan membuat kacau pada persidangan itu.
Polis sewajarnya minta pendapat orang politik Terengganu
yang neutral, bukan daripada kumpulan yang ‘tertekan’ ketika ini.
Kita berterima kasih kepada Polis Terengganu kerana
berjaya mengesan satu gerakan bergelar 'Gelombang Kuning' yang dipercayai
cuba mengaitkan pihak Istana Terengganu dalam memprotes kepimpinan
kerajaan negeri.
Walaupun Polis Terengganu tidak menolak kemungkinan
gerakan yang sama akan cuba membuat provokasi pada sidang DUN esok yang
boleh menggugat ketenteraman awam, ia bukankah sesuatu yang perlu dikeluarkan
amaran seolah-olah berlaku kejadian tidak diingini.
Sebelum ini PAS tunjuk perasaan di luar pagar Wisma Darul
Iman pada 22 April 2012 tidak ada pun kejadian tidak diingini berlaku.
Malah, kemelut yang berlaku ketika ini tidaklah sehebat
kejadian ‘goncag pintu pagar istana’ membantah penolakan pelantikan Datuk Seri
Idris Jusoh sebagai Menteri Besar pada 2008.
Atau juga ‘kekecohan politik sekarang’ tidaklah membawa
keadaan ADUN Barisan Nasional (BN) berkumpul di sebuah hotel memboikot sidang
DUN yang menunjukkan protes kepada Ahmad Said ketika menjadi Menteri Besar.
Ahmad Said tidak akan ‘gila’ untuk melakukan perbuatan
provokasi seperti yang dilakukan oleh ’10 Budak Hitam’ itu.
Juga tidak akan ada perbuatan ‘SMS Ugut Bunuh’ seperti
yang berlaku pada April 2009 yang terbukti lebih serius daripada keadaan ketika
ini.
Jadi janganlah ‘over acting’ di pihak Polis Terengganu
kalaupun ada laporan dibuat pihak tertentu tentang kemungkinan provoksi.
Memanglah, dengan memberi amaran ia akan meredakan
keadaan tetapi lihatlah keadaan sebenar, apakah akan ada gerakan di pihak yang
‘membantah’ Menteri Besar.
Seruan supaya Ahmad Razif meletakkan jawatan tidak akan
sampai ada tunjuk perasaan atau bantahan jalanan.
Harap Polis Terengganu boleh faham suasana politik
Terengganu dan jangan dengar sebelah pihak.
Jangan takutkan orang ramai dengan amaran-amaran yang
boleh yebabkan orang ramai rasa gusar dan rimas.
Juga jangan tunjukkan Polis Terengganu berpihak kepada
seseorang atau kepada pihak tertentu sahaja.
Hakikatnya tidak ada pun nampak kesan kononnya wujud
‘Gelombang Kuning’ dan kalau ada kita
menyokong Polis Terengganu ambil tindakan kerana menyalahi di bawah Akta Hasutan.
Malah kita wajar beri pujian kepada polis kerana bijak kes
ini jika benar ia suatu gerakan yang tersebar di negeri ini.
Polis boleh memberi amaran "Dan jangan mempercayai
terdapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu dan jangan cuba mengaibkan
Istana di dalam gerakan ini, sebaliknya tidak nampak atau rasa pun kesan
‘Gelombang Kuning’ berkenaan,” namun dengan tiada tangkapan, ia suatu kes yang
tidak boleh disahkan.
Ada kala dan ketika pegawai polis alpa tentang bidang kuasa dan terbawa-bawa dengan rentak irama politik.
ReplyDelete