Nampaknya memang benar apa yang didakwa bahawa
Persidangan Dewan Undangan (Sidang DUN) yang berlangsung dengan aman pada
minggu lepas, bukan ukuran tamatnya krisis dalaman pentadbiran negeri.
Usai perhimpunan wajib wakil-wakil rakyat yang bersejarah
dengan hanya ‘bersidang selama tiga setengah jam’, ADUN Ajil Ghazali Taib
dilaporkan berkata, “awal lagi tiup wisel, mainan tak habis lagi”.
Beliau mungkin membuat komen tersebut berikutan Menteri Besar
(MB) Ahmad Razif Abdul Rahman yang telah mengisytiharkan, bahawa isu
membabitkan kepimpinan Umno Terengganu telah selesai.
Komentar sebuah akhbar nasional berbahasa Inggeris
menyatakan, Ahmad Said “berundur, untuk waktu ini” dengan tidak membuat sebarang
tindakan, tidak bercakap dalam Sidang tersebut dan hanya berkata “tidak tahu”
apabila ditanya oleh orang media.
Sumber dari Selatan negeri menyatakan, Ahmad Said akan
terus mendesak dan melakukan beberapa ‘move’ untuk menekan Umno pusat supaya,
Ahmad Razif mengosongkan kerusi panas ‘Tingkat 16’ di Wisma Darul Iman.
Sekiranya Perdana (PM) Menteri Dato’ Seri Najib Razak
tidak membuat sebarang perubahan, “ada kemungkinan beliau akan akan menghadap
Sultan”, kata sumber itu.
Memang sudah terang lagi jelas, Ahmad Said tidak mahu
kepada pilihan raya negeri, kerana sekiranya ada pilihan raya, Umno akan
memilih calon-calon untuk bertanding.
Nama beliau, dengan segala ‘onar’ yang ditimbulkan, sudah
pasti ’tidak naik’ untuk mempertahankan semula kerusi DUN Kijal.
Namun, untuk memastikan beliau terus boleh menarik nafas,
menghirup udara nyaman dalam ‘istana biru di tepi bukit’ sebagai Yang Berhormat
pada penggal akan datang, Ahmad Razif perlu disingkirkan.
Sangatlah ‘tidak cerdik’ kepada Ahmad Razif selaku
Pengerusi Perhubungan Umno negeri mengekalkan Ahmad Said sebagai calon pada
pilihan raya umum kali ke-14, yang dijangka ramai pihak akan diadakan pada
tahun hadapan.
Sebab itu, terus kedengaran ucapan-ucapan beliau yang
‘mencerca’ pentadbiran Ahmad Razif, walaupun membenarkan Sidang DUN ‘tiga
setengah jam’ berlangsung dengan aman.
Tak ada gunanya pun, kalau Ahmad Said mencuri masa yang
terlalu singkat itu, kerana tidak sempat pun belau nak menghuraikan soal Ahmad
Razif yang didakwa telah bersetuju dan menandatangi penyerahan ‘Bertam 307’.
Ahmad Razif pula dikhabarkan sudah dua kali bertemu PM
dan menyatakan hasratnya untk mengundurkan diri, dari tampuk kekuasaan negeri.
Tetapi tidakan itu juga tidak meredakan ‘ribut Umno’
Terengganu, bahkan ‘mempalitkan lumpur’ ke muka Najib yang dilaporkan telah
menolak nama calon MB dikemukakan oleh Ahmad Said sebelumnya.
Khabar baru bertiup kencang pula tentang pertelagahan
dalam Umno Terengganu dengan lewat minggu lalu, datang berita mengatakan negeri
Terengganu akan mendapat Menteri Besar baru akan pula?
Menurut satu sumber, satu pertemuan telah diadakan antara
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dengan lapan orang ‘penyokong tegar’
ADUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said.
Katanya, perjumpaan tersebut dibuat, sempena mesyuarat
Exco yang diadakan di Johor Bahru pada Rabu lalu.
“Najib Razak panggil lapan orang yang dianggap sebagai
orang kuat Ahmad Said, bahawa Najib bersedia……….janji untuk tukar Menteri Besar
pada bulan November ini,”kata sumber itu.
No comments:
Post a Comment