Rakyat Malaysia, tidak
terkecuali Menteri
Besar Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal negara
Azizulhasni Awang yang melakar sejarah meraih pingat gangsa berbasikal Sukan
Olimpik Rio.
Sudah pasti semua pihak berbangga dengan kejayaan kejayaan
Azizulhasni menerusi perlumbaan akhir Keirin lelaki itu.
Ia sangat bermakna
bagi Malaysia dan Terengganu kerana anak jati Dungun itu mampu seiring dengan
jaguh dunia.
Namun di sebalik itu, membaca Facebook Azizulhasni, ada
sesuatu yang tidak kena dan pastinya ia sesuatu yang boleh dianggap sangat
mengecewa dan ‘memalukan’.
Ini kata-kata Azizulhasni: “Kepada Menteri Besar Terengganu , Datuk Ahmad
Razif . Saya dan Fatehah masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun Datuk MB
tidak berkenan untuk membantu saya dan
Fatehah dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat Dunia dan
Olimpik ini.
Terima kasih kerana tidak sudi membeli kan sebuah basikal
‘RoadBike’ untuk kegunaan kami didalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah
dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio.
Terima kasih juga kerana tidak memberikan feedback dan membisu
apabila manager saya menghubungi Tuan Menteri Besar. Untuk pengetahuan Datuk
MB, Saya dan Fatehah atlet bertaraf Dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas
pandang oleh Datuk MB.
Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar
negara.
Diharap Datuk MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang
Positif dan diharap semua ini akan membuka mata Datuk MB dan orang-orang yang
sepatutnya memainkan peranan.
Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak
jati Negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh.”
Kenapa jadi begini?
Apakah ini menunjukkan sikap negatif kerajaan Terengganu
terhadap sukan yang menyebabkan banyak pencapaian merudum akhir-akhir ini.
Amat jelas, di sebalik kejayaannya meraih pingat gangsa
di temasya Olimpik Rio de Janeiro awal pagi tadi, pelumba basikal negara
Azizulhasni masih 'menyimpan rasa' terhadap kerajaan Terengganu.
Azizulhasni meraih gangsa dalam saingan akhir kategori
keirin di Veledrom Olimpik, awal pagi tadi.
Fatehah Mustafa adalah seorang lagi atlet berbasikal yang diharap
dapat melakukan sesuatu di temasya Olimpik kali ini. Seperti Azizulhasni,
Fatehah, 27, juga anak Terengganu.
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila terkandas
dalam acara pecut wanita pada Ahad lalu.
Dalam tulisan panjang lebar itu, Azizulhasni turut
berterima kasih kepada penyokong dan keluarga yang mendoakan kejayaannya.
Walaupun ada pencapaian yang membanggakan dalam bidang sukan
tertentu di Terengganu, secara puratanya, keadaan membimbangkan.
Terengganu terus ketinggalan dalam konteks pencapaian pingat
di dua SUKMA lalu, bolasepak (pasukan utama negeri), lumba basikal seperti Le
Tour de Langkawi, sukan kapal layar, kecuali hoki.
Dengan perkembangan terbaru dan apa yang disebut oleh
Azizulhasni ini, wajarkah kerajaan Terengganu ‘menumpang semangkuk’ dengan
kejayaan Azizulhasni ini?
Ahmad Razif hari ini berkata beliau yakin kejayaan
Azizulhasni ini akan menjadi peniup semangat kepada pelumba berbasikal yang
lain.
Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan menyediakan
insentif khas kepada untuk Azizulhasni atas kejayaan itu.
"Terima kasih Azizulhasni yang tidak pernah lelah
membawa semangat Malaysia ke persada dunia. Terima kasih juga kepada semua
jurulatih dan keluarganya. Rakyat Terengganu bangga dengan 'The Pocket Rocket
Man'," katanya.
Tahniah Azizulhasni dan dukacita yang amat sangat terhadap MB Terengganu yang tidak memberi sokongan dan bantuan tetapi tanpa segan dan silu tumpang semangkuk atas kejayaan Azizul.
ReplyDeleteMB mangkuk ayun...nak buak guane azizul.
ReplyDelete