Analisis tiga bahagian mengenai kemelut politik Terengganu, kedudukan Menteri Besar dan kemungkinan pilihan raya kecil negeri (PRN).
Bahagian Pertama:
Di Terengganu sekarang, ramai bangga menggunakan plat
kereta ‘TTB’. Poster TTB pula di mana-mana.
Ada melihatnya dengan bangga tetapi ada ada melihatnya dengan
sinis.
Kenapa demikian? TTB bukan sahaja kini dikenali dengan
‘Transformasi Terengganu Baharu’, slogan diperkenalkan oleh Ahmad Razif Abdul
Rahman tetapi juga dengan berbagai istilah..
Ada menyebutnya sebagai ‘Tranung Terus Bolok’ (Terengganu Terus
Bercelaru), 'Teganu Tengah Bolok' serta “Tuanku Tarik Balik’. Yang terakhir ini berkaitan dengan penarikan
pingat Datuk dan Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Ahmad Razif sebelum ini.
Ia sudah menjadi mainan di bibir sesetengah pemimpin dan
rakyat yang mempersenda slogan diperkenalkan oleh Ahmad Razif itu.
Ia menggambarkan senario politik terkini dan bagaimana
berbagai isu kini menghantui kepimpinan dan pentadbiran semasa Menteri Besar
itu.
Jika di dalam UMNO, pertelingkahan berlaku antara bekas
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ahmad Razif, antara ADUN Ajil, Ghazali
Taib dan Ahmad Razif serta ADUN Air Puteh, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan
Ghazali, Ahmad Razif juga kini mendapat kritikan daripada pembangkang.
Semalam kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail melalui Facebooknya menyerlahkan betapa pertelingkahan yang belaku di bumi Terengganu ini akan
mendatangkan kesan yang sukar untuk dibaca untuk ketika ini.
Sukar membaca pemikiran Azan tetapi beberapa pilihan dikemukakan
oleh beliau wajar untuk diberikan analisis dengan kedudukan kini apabila bilangan kerusi di
Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang ialah Barisan Nasional 17 dengan 14 kerusi
milik PAS dan 1 kerusi PKR yang diwakili Azan di DUN Bandar.
Azan mendapat
maklumat bahawa kini ada sebanyak sembilan (9) ADUN BN menyatakan hilang
kepercayaan kpd Menteri Besar. Ini bermakna daripada 15 ADUN Barisan Nasional
(tidak termasuk Menteri Besar), yang menyokong Ahmad Razif kini hanya enam (6)
sahaja.
Apa maknanya ini pada ketika kedudukan Ahmad Razif
dilihat goyah kerana selain isu sokongan, dua lagi isu menghantui Ahmad Razif:
1.
Segala pingat darjah kebesaran dilucutkan; dan
2.
Ahmad Razif sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO
Negeri gagal mendapat sokongan daripada Majlis Tertinggi UMNO untuk memecat
Ahmad Said daripada UMNO.
Ini menunjukkan bahawa pendirian istana sukar dibaca
mengenai kedudukan Ahmad Razif.
Selain itu, formula Ahmad Razif untuk mengatasi kemelut
politik Terengganu tidak diterima oleh kepimpinan tertinggi parti dan
kepimpinannya dinafikan oleh kepimpinan tertinggi di Ibu Pejabat UMNO, PWTC dan
juga pentadbiran Putrajaya.
Menurut pemikiran Azan, seorang akauntan dan pernah
menjadi Ahli Parlimen sepenggal bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota, Razif
tidak banyak pilihan sebenarnya.
Pertama, meletakkan jawatan secara
berseorangan di mana lantikan baru dibuat segera; dan
Kedua, memohon menghadap
Sultan Terengganu untuk mendapat perkenan perkenan dibubarkan DUN bagi pilihan raya negeri (PRN).
Namun, cara kedua ini turut
mempunyai dua kemungkinan – (a) Sultan Terenganu perkenan dan DUN dibubarkan
utk PRN, juga (b)Tidak perkenan yang dengan secara automatik menyebabkan Menteri
Besar dan EXCO perlu melepaskan jawatan.
Berikutan ini, akan ada
pemilihan Menteri Besar baharu dan pengundian akan dijalankan.
Bersambung esok
No comments:
Post a Comment