Exco Terengganu, Ghazali Taib membuka mulut mengenai isu
pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal semalam. Ini membayangkan keresahan kepimpinan UMNO negeri.
Beliau mengatakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO tidak memecat Datuk Seri Ahmad Said daripada parti itu adalah
tepat.
Pendapat Ghazali sudah tentu bertentangan dengan
pendirian bosnya, Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu yang ‘meratap merayu’ agar Ketua Bahagian UMNO Kemaman itu ‘diterajang keluar’ UMNO dengan
segera.
Pendapat Ghazali itu juga jelas bertentangan dengan
pendapat Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Razif sendiri.
Hakikatnya, bukan semua EXCO atau ADUN yang mahu Ahmad
Said dipecat.
Ada sebab mereka sendiri kenapa bekas Menteri Besar itu
tidak wajar dipecat. Ini akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional Terengganu
terumbang-ambing.
Selain mempunyai sebab tertentu, seperti kata Ghazali, Perdana
Menteri, timbalannya dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
merupakan ahli politik berpengalaman yang tahu apa yang baik untuk Terengganu.
Ghazali, yang juga ADUN Ajil dan Pengerusi
Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas
berkata, sejak kebelakangan ini, rakyat Terengganu dan majoriti ADUN tidak
berpuas hati dengan kebimbangan yang mereka hadapi.
Beliau berkata, kebimbangan tersebut disebabkan oleh
kekeliruan dan suasana politik yang tidak stabil di negeri itu.
"Saya tidak boleh bercakap banyak mengapa ini
berlaku. Ini hanya dapat dijawab dengan tepat oleh MB. Tetapi sekarang, saya
bimbang dan sedih dengan apa yang dilalui rakyat Terengganu, tegasnya.
Walaupun Ghazali tidak mahu bercakap banyak dan
melabelkan ia ‘Rahsia’ (bukan seperti Laporan Ketua Audit Negara yang
diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi) tetapi ia ‘rahsia yang sudah
diketahui umum’.
Di Terengganu, rakyat, ahli politik dan kalanga media tidak akan ditahan jika bercakap pasal politik dan kedudukan Menteri Besar kini.
Perkara yang dibangkitkan Ghazali itu boleh dinilai daripada perspektif berikut.
Pertama, ‘peperangan Mad Said dan Razif’ adalah pertentangan ‘peribadi’
bukan melibatkan parti.
Ahmad Said tidak mengkritik UMNO Terengganu atau BN
sejauh ini. Beliau tidak menyerang UMNO tetapi mengkritik Ahmad Razif dan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di atas kapasitinya sebagai Menteri Besar
dan Perdana Menteri.
Ahmad Said tidak ‘menyerang’ Razif dan Najib atas
kapasiti mereka sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden UMNO.
Ini jelas. Kenapa kaitkan UMNO dengan jawatan
pentadbiran?
Jika dilihat kepada isu kritikan Ahmad Said kepada Ahmad Razif,
khususnya pada soalan dan perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum
ini, ia hanya membabitkan dasar dan pelaksanaan kerajaan. Tidak lebih daripada
itu.
Ahmad Said tidak mencabar Ahmad Razif kerana sebab lain. Ini
bermakna Ahmad Said memisahkan dirinya
daripada mengkritik Menteri Besar itu sebagai ketua UMNO negeri.
Kedua, apabila ADUN Kijal itu mengkritik Menteri Besar mengenai
peruntukan di DUN Kijal yang ditarik balik dan diletakkan di bawah Pejabat
Menteri Besar, ini juga berkaitan pentadbiran, bukan UMNO.
Pelantikan Penyelaras DUN di kawasan berkenaan tidak
wajar kerana Ahmad Said bukan ADUN pembangkang tetapi ADUN UMNO dan Barisan Nasional. Wajarkah cara demikian?
Arahan Menteri Besar kepada pejawat awam yang agar bersekongkol dan mewujudkan kospirasi ini supaya bertindak
sedemikian, dilihat tidak kena kerana Ahmad Said dijadikan ‘anak tiri’ dalam
pentadbiran Ahmad Razif.
Peruntukan yang disalurkan melalui Pejabat Menteri Besar
ke DUN Kijal dan menyekat Ahmad Said mendapatkan peruntukan adalah tindakan
pelik dan hanya berlaku di Terengganu.
Sekali lagi Ahmad Said tidak marahkan UMNO tetapi Pejabat
Menteri Besar.
Ketiga, Ahmad Said mengkritik Ahmad Razif kerana menawarkan
jawatan Timbalan Exco kepada beliau yang diibaratkan sebagai ‘hujan naik kelangit’ oleh seorang pemimpin UMNO negeri, tiada kaitan dengan UMNO negeri.
Ini membabitkan pentadbiran. Malah, menjadi pertanyaan di
seluruh negeri, apakah Ahmad Razif memaklumkan kepada istana terlebih dahulu
mengenai perubahan EXCO sebelum membuat pengumuman?
Ada pendapat mengatakan Ahmad Razif bertindak
bersendirian dalam perubahan EXCO tanpa berbincang dan memaklumkan lebih dahulu
kepada EXCO mengenai perubahan itu.
Beliau hanya mengumumkan perlantikan kerana beliau ‘Menteri Besar’ tanpa meminta
pandangan walau sepatah perkataan kepada Exco.
Begitu juga dalam pengumuman untuk lantik Ahmad Said. Ini
urusan kerajaan, kenapa EXCO tidak diminta pandangan? Pandangan siapa Amhamd
Razif ambil kira? Pandangan ‘tong sampah UMNO di Seberang Takir dan Kuala
Terengganu’?
Keempat, Ahmad Said menunjukkan beliau sayang UMNO apabila
tidak menyerang Pengerusi UMNO Negeri, walaupun tahu UMNO sedang bergolak
membuktikan beliau sayangkan UMNO.
Kerana itu Ahmad Said mengatakan beliau kekal dengan
partinya dan terpaksa keluar hanya jika dipecat. Namun amaran beliau, tidak
akan sekali-kali merayu untuk diterima kembali. Itu pendirian Ahmad Said.
Jadi apabila Ahmad Razif merengek-rengek dengan keputusan
Majlis Tertinggi UMNO yang enggan memecat Ahmad Said, jelas Ahmad Razif tidak
faham kenapa keputusan itu ditangguhkan.
Ada sebab lain yang juga besar tetapi ia lebih kepada
kepentingan survival UMNO di Terengganu yang mungkin difikirkan oleh Presiden UMNO
dan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang lain, termasuk Datuk Seri Ahmad Shabery
Chik dan Datuk Seri Idris Jusoh yang lebih mahir politik dari Ahmad Razif.
Yang tidak faham dan bangang pasal politik UMNO
Terengganu hanya Ahli Majlis Tertinggi yang juga Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Mohd
Fuad Zarkashi keran itu dia beria-sia menyokong Ahmad Razif.
Jadi apabila semalam Ghazali menimbulkan isu pemecatan
Ahmad Said daripada UMNO, ia menggambarkan kematangan beliau dalam menilai apa
akan jadi kepada UMNO Terengganu jika Ahmad Said dipecat.
UMNO dan BN tidak boleh ada wakil hanya 16 kerusi di DUN.
Ada perkara mustahak yang akan dilakukan tidak lama lagi yang memerlukan ‘simple
majoriti’.
Ahmad Razif tahu ini dan kenapa tetap mahu buang Ahmad
Said daripada UMNO?
Kenapa dia meroyan di mesyuarat Majlis Tertinggi begitu
sekali? Apakah dia merasakan kedudukannya sebagai Menteri Besar kini sudah
tidak ada harapan dan ‘as good as finished’?
"Kita melihat ahli-ahli dalam UMNO berpecah kerana
keputusan dan kenyataan yang dibuat, dengan kerajaan negeri yang goyah dengan
hanya majoriti dua kerusi, BN 17, PAS 14 dan PKR 1," kata Ghazali semalam.
Bagi Ghazali UMNO tidak boleh berpecah dengan pemecatan
seorang wakil rakyat.
"Kita perlu mengetepikan perbezaan kita, sama ada kita suka atau tidak, dan menyatukan semua ahli dan wakil rakyat.
"Kita perlu membuat parti tempat di mana semua ahli bersatu dan bukan tempat untuk menakut-nakutkan rakyat dengan memecat mereka," kata Ghazali pada sidang media semalam.
Kini terpulanglah kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk
menilainya.
Buatlah pilihan untuk ;gembirakan Ahmad Razif’ atau ‘kekalkan
UMNO dan Barisan Nasional di Terengganu’.
Masa masih ada untuk memperbaiki UMNO Terengganu tetapi
dengan syarat – mereka yang bertelagah mesti diketepikan.
Mungkin dengan nakhoda baru UMNO negeri boleh mengatasi
krisis ini. Ini kerana ramai pemimpin di bahagian mahu melihat isu ini
diselesaikan segera.
Ini yang perlu difikirkan oleh Presiden UMNO dan askarnya
dalam Majlis Tertinggi, bukan membela seseorang yang kepimpinannya di negeri
semakin 'hancus' dan semakin dipersoalkan!!!
No comments:
Post a Comment