Showing posts with label ADUN. Show all posts
Showing posts with label ADUN. Show all posts

Thursday, 19 November 2015

Polis Siasat Kes Kematian Buruh Selepas Tahan Semula Tiga Suspek Tembak Adun



Polis membuka semula siasatan satu kes bunuh di Hulu Terengganu tahun lepas susulan penahanan semula tiga suspek kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat Alias Abdullah dan kes tembakan seorang lelaki di Pulau Kambing.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan reman selama seminggu mulai hari ini untuk siasatan lanjut kes bunuh itu.

"Bagi kes 27 Nov tahun lepas, polis telah dimaklumkan mengenai penemuan satu rangka manusia di dalam salur pembentung air di laluan Aring-Kenyir. Hasil siasatan awal kes itu mendapati tiada bukti ditemui daripada pekerja buruh berusia 29 tahun itu dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


"Dengan perkembangan terbaharu ini, kita mengklasifikasikan semula kes itu sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.

"Seorang daripada tiga suspek itu telah mendapat arahan tuduh mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971)," katanya.

Rosli berkata daripada 10 suspek yang ditahan sebelum ini, lima daripada mereka telah dibebaskan kelmarin.

Manakala dua lagi dibebaskan hari ini (semalam) termasuk seorang yang dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan bagi menyelesaikan kes-kes berkenaan dan polis telah mengenal pasti beberapa individu lain yang dipercayai dapat membantu siasatan," katanya.

Pada 9 Okt lepas, Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Dalam kes 27 Ogos lepas, seorang lelaki berusia 28 tahun nyaris maut selepas terkena tembakan penjenayah yang dipercayai cuba melarikan kenderaan pacuan empat roda miliknya dalam kejadian di Jalan Hiliran Pulau Kambing.

Saturday, 31 May 2014

ADUN Mana Yang Akan Menyebabkan PRK Diadakan Di Terengganu?


"Jika pilihan raya kecil diadakan, apakah rakyat akan menerima BN atau menolaknya gara-gara ‘dosa yang dilakukan ADUN berkenaan’...Selain itu pembangkang akan menggunakan isu ini untuk menentang BN habis-habisan dan apakah ia akan menjadi suatu keruntuhan kepada kerajaan BN hasil daripada kesan ‘teori domino’ gara-gara ADUN berkenaan?

Daripada http://hambali1.blogspot.com

Bolehkah kita percaya dengan berita bahawa pilihan raya kecil akan berlaku di Terengganu?

Laporan Free Malaysia Today pada 29 Mei 2014 menyebut seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi.

Laporan ini menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya di Terengganu apabila dua persoalan diperkatakan.
Pertama - apakah benar akan berlaku pilihan raya kecil?

Kedua - benarkah ia diakibatkan oleh wujudnya perempuan simpanan seperti yang didakwa oleh portal berita berkenaan?

Kesan laporan itu besar kerana ia akan menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN) dengan kerajaan negeri.

BN kini mempunyai 17 kerusi manakala PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi.

Jika PAS menang dalam PRK itu , ia menyebabkan BN dan PAS akan mempunyai bilangan kerusi yang sama (16 kerusi).

Persoalannya  ialah jika pilihan raya kecil diadakan, apakah rakyat akan menerima BN atau menolaknya gara-gara ‘dosa yang dilakukan ADUN berkenaan’?

Selain itu pembangkang akan menggunakan isu ini untuk menentang BN habis-habisan dan apakah ia akan menjadi suatu keruntuhan kepada kerajaan BN hasil daripada kesan ‘teori domino’ gara-gara ADUN berkenaan?

Memang diakui  laporan FMT itu menyebabkan heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan.

Perkara ini sudah diperkatakan di Facebook apabila banyak komen-komen menggambarkan kedudukan negatif kepada BN dan UMNO Terengganu.

Sejak dua hari lepas memang pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut.

Pejabat FMTsendiri dikatakan dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut.

Menurut laporan FMT ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang.

FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji.

Pihak yang rapat dengan istana ketika dihubungi menjelaskan setakat ini ahli perniagaan tersebut belum lagi membuat temujanji dengan istana.


Persoalan kini ialah apakah kes ini ada kaitan dengan laporan awal FMT sebelum ini bahawa ada Menteri Besar (MB) yang mempunyai perempuan simpanan?

Jika demikian, tidak sukar untuk meneka siapa dimaksudkan oleh FMT ini.

Bagaimanapun, identiti ADUN berkenaan masih dirahsiakan sejauh ini.

Kita ingin bertanya, sejauh manakah dakwaan perempuan berkenaan yang mendakwa dia menjadi simpanan?

Apakah perempuan berkenaan sengaja mengambil peluang apabila mengetahui bahawa pemimpin berkenaan dalam kekusutan

Bukti apa yang perempuan itu ada menyebabkan FMT begitu berani mendedahkan isu ini?

Hanya perempuan dan FMT boleh menjawab isu ini.

Mungkin ketika ini yang dituduh mendiamkan diri mungkin untuk seketika bagi melihat cara-cara atau taktik perempuan berkenaan membuat tohmahan terhadapnya.

Apakah akan ada penafian dan ADUN berkenaan berusaha membersihkan dirinya demi maruahnya, BN dan juga UMNO Negeri?

Lebih memburukkan jika ADUN berkenaan memegang jawatan penting di bahagian atau UMNO Negeri.

Kita berharap laporan FMT ini tidak benar dan perempuan yang mendakwa dia simpanan ADUN demi sesuatu kepentingan peribadinya.

Tuesday, 24 April 2012

ADUN PAS Terengganu Selamba Jer Rembat Bini Orang

Inikah ADUN PAS yang dikatakan 'curi isteri orang'?
Cerita pemimpin PAS sondol bini orang yang diperkatakan hebat di Kelantan kini merebak ke Terengganu.

Kalaulah kejadian ini berlaku kepada ADUN UMNO habislah Datuk Seri Ahmad Said.

Pasti akan bertalu-talu soalan dihadapkan kepadanya. Ceritanya begini.

Ahli Dewan Undangan Negeri PAS dalam Parlimen Kuala Terengganu berusia 62 tahub ini kematian isteri.

Beliau sering dipersenda rakan-rakan ADUN dari Barisan Nasional khususnya kerana sudah lebih dua tahun tidak menunjukkan ‘minat kepada wanita’.

Bekas penjawat awam kanan yang kemudian menceburi politik ini memang nampak baik dan alim walaupun tidak mengenakan pakaian seperti pemimpin PAS yang sering berjubah dan berkopiah.

ADUN ini mengenakan pakaian biasa, malah ketika menghadiri sidang DUN pun memakai sut atau baju Melayu.

Dijadikan cerita, tup…tup dengarnya beliau tiba-tiba berkahwin.

Menurut sumber, selepas kematian isterinya, beliau rapat dengan seorang wanita – isteri orang - juga bekas rakan isterinya.

Wanita itu sering dibawa keluar oleh pemimpin PAS berkenaan dan perhubungan mereka kemudian dihidu suami wanita berkenaan.

Pada mulanya wanita berkenaan adalah tukang urut kepada isteri ADUN berkenaan sehinggalah isteri ADUN berkenaan meninggal dunia. 

Mereka agak mengenali antara satu sama lain dan hubungan cinta yang berputik sekian lama diteruskan selepas isteri ADUN berkenaan meninggal dunia. 

Perhubungan mereka dikatakan menimbulkan rasa tidak senang suami wanita berkenaan namun tidak mampu menghalangnya.

Tidak tahan dengan gelagat mereka, lelaki tukang urut berkenaan mengambil langkah menceraikan isterinya itu. ADUN berkenaan yang disifatkan berperawakan menarik dan berada, dua bulan yang lalu menikahi wanita berkenaan selepas diceraikan suaminya.

Kini tukang urut wanita yang berasal dari Bukit Kecil itu telah menjadi isteri yang sah kepada ADUN berkenaan.

 Hakikatnya tidak ramai orang Terengganu sendiri yang mengetahui bahawa ADUN pembangkang itu sebenarnya ‘mencuri’ isteri orang untuk dijadikan isterinya.

Pemimpin PAS lain, termasuk ADUN lain di negeri ini bijak menyimpan rahsia bimbang ia diketahui umum.

Namun, bangkai gajah mana boleh ditutup dan perbuatan ADUN itu bagaikan ‘menconteng arang ke muka PAS’ tetapi seperti biasalah pemimpin PAS Terengganu boleh buat ‘lembu kenyang’ sahaja.