Bahagian Pertama:
Mesyuarat MARA ke?
Atau datang melancong dan berehat selepas penat bekerja?
Tidak pasti sama ada ia untuk tujuan itu.
Namun ada pihak dari Kota London menceritakan Idris ‘duduk’ di Kota London dan tidak pun ke Paris atau ke Dublin atau Glasgow dari kota berkenaan.
Idris tidak tinggal langsung kota atau ibu negara bekas penjajah Tanah Melayu itu.
Idris yang juga Ketua Bahagian Besut ( ada empat ADUN dalam Parlimen Besut – Jerteh, Hulu Besut, Kota Putera dan Kuala Besut) bukan sekadar ada di London besama dengan keluarganya semata-mata.
Bersama-sama Idris ada kira-kira 46 orang lagi turut serta bersamanya.
Melancong? Makan angin? Menikmati keindahan Kota London dengan bas dua tingkat, Buckingham PalaceTrafalgar Square, Tower of London, Palace of Westminster, London Eye, Tower Bridge dan sebagainya?;
Pihak yang membawa berita mengatakan itu bukan tujuan atau matlamat utama Idris dan rombongan ke sana!
Idris ke sana kerana ada misi.
Misi apa?
Sebelum menjelaskan misinya, kita tinjau secara ringkas kedudukan Idris selepas digugurkan sebagai Menteri Besar oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang ketika ini masih Yang DiPertuan Agong.
Bagaimana kedudukan Idris ketika ini?
1. Dia kini Pengerusi MARA dan juga orang penting di Ibu Pejabat UMNO yang merangka strategi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke 13;
2. Dia kini Ketua Bahagian UMNO yang satu-satunya di Terengganu ‘tidak tunduk’ dan ‘tidak akan ‘pernah tunduk kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said’;
4. Sebagai ADUN, Idris berdendam bukan sahaja kepada Tuanku Mizan kerana menggugurkannya dan juga Ahmad Said kerana exco ketika pentadbirannya kini menggantikannya, sedangkan baginya kalaupun tidak beliau tetapi biarlah orang-orangnya seperti Datuk Rosol Wahid (ADUN Ajil, bekas Exco), Datuk Din Adam (ADUN Bukit Besi, bekas Exco) atau mungkin Alias Abdullah (ADUN Alor Limbat, seorang peguam);
5. Dia semakin merasakan kedudukannya ‘tidak selamat’ kerana banyak faktor. Antaranya, jika digugurkan sebagai calon dia akan kehilangan segala-galanya dalam politik; orang kuatnya, Datuk Dr Ramzi Abdul Rahman (bekas Setiausaha Politiknya, semakin jelas yang menghantar sms Ugut Bunuh di mahkamah) dan akan menjejaskan politiknya jika Dr Ramzi dijatuhi hukuman di mahkamah; dan projek-projek ‘kelas dunianya’ di Terengganu ada yang runtuh, bocor, terbengkalai dan ‘lingkup’;
Selepas memahami sedikit sebanyak latar belakang Idris, adalah baik untuk kita mengetahui dengan jelas apakah tujuan sebenar Idris dan 46 ahli rombongannya buat di Kota London.
Ikuti Bahagian Kedua Esok
No comments:
Post a Comment