Wednesday 6 January 2010

MUBIN MELENTING - YANG DIBUBAR & TERBUBAR

Mengapa tiba-tiba Mubin melenting ? begitulah adengan blog cikgu mubin 6 januari , melenting tak tentu pasal dan menidakkan pengesahan beliau sebelum ini bahawa kumpulan 10 budak hitam yang diwujudkannya melalui dua SMS masing-masing pada 13 dan 14 April 2009 lalu telah dibubarkan dan bakinya cuma tiga orang saja lagi .

Sebelum ini beliau beliau membenarkan kenyataan seorang ADUN (mendakwa mewakili kumpulan ’10 Budak Hitam’ yang disiarkan dalam akhbar beberapa minggu lalu) dengan menyatakan kumpulan/geng 10 Budak Hitam sudah dibubarkan dan sekarang hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi.


Ini disahkan Mubin dengan entri dalam blognya… 'Tanpa prejudis, sama ada hanya seorang atau dua orang atau beberapa orang yang ‘masih’ tidak berpuas hati itu, mereka tetap YB UMNO yang tidak berpuas hati. Larinya mereka walaupun seorang daripada landasan perjuangan UMNO, akan tercalarlah maruah dan kredibiliti UMNO seluruhnya. Akan padahlah UMNO dalam menghadapi perang kepentingan dan kekuasaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Itu wajar diinsafi dan disedari oleh semua terutamanya pimpinan UMNO pusat mahupun negeri.'


Selaras dengan kenyataan Hambali dalam blognya…daripada sepuluh, hanya ada empat – seorang melepaskan ‘bom’semalam dan tiga lagi membisu. Itulah kedudukan terkini ‘10 Budak Hitam VS Mat Said’ kerana enam pemain 10 Budak Hitam sudah bertukar gelanggang bermain dengan berkaptenkan Mat Said. Malang sedikit ada seorang pemain yang sepatutnya bermain untuk memenangkan pasukan pimpinan Mat Said -- semalam kerana sebab-sebabnya sendiri - sumbat gol sendiri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bendera putih yang diangkat Mubin apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kepimpinan negeri ini akan terus diterajui Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Sebelumnya, dalam entri pada 27/4/09 blognya Mubin membayangkan Yahya Khatib sebagai bakal Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baru berdasarkan beberapa premis yang beliau sebutkan, serta dalam masa yang sama turut membayangkan kemungkinan kepimpinan BPUNT akan dipangku sementara oleh pemimpin pusat.

Selaras dengan itu Mubin meminta MB Mat Said melantik semula Din Adam sebagai Exco Kerajaan Negeri, katanya lagi, MB Mat Said wajar memberikan kedudukan yang sewajarnya, sesuai dengan pengorbanan dan kesungguhan Din Adam mendamaikan Ahmad dengan kumpulan penentang. Kalau MB Mat Said mampu dan ada cadangan (telah lama cadangan ini sebenarnya) untuk menukargantikan Exco, makanya Din Adam wajar ‘diberikan semula’ kedudukan itu.


Menyingkap kembali drama sms ugutan bunuh pada 14 April 2009, EPISOD pertama siri undi tidak percaya terhadap Ahmad Said @ SMS Ugutan Bunuh oleh SUSK dimulai dengan dengan satu promo yang disiarkan oleh Mubin dalam blognya. Mubin bekas pegawai Datuk Din Adam ketika menjadi Exco kerajaan negeri di bawah tajuk . ‘’ YANG TERKINI : UNDI TAK PERCAYA - HANGAT!!! HANGAT!!! HANGAT!!!(entri 13 April 2009 ) menyebut:

PANAS... baru sebentar tadi, saya menerima SMS dan panggilan telefon daripada sumber yang 70% boleh dipercayai. SMS yang baru diterima berbunyi :

YB2 BN dijangka akan meneruskan hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap MB semasa sidang DUN esok. Mereka dikatakan telah mendapat restu daripada istana, hanya menunggu lampu hijau daripada Presiden parti. Difahamkan MB telah menghantar SUSK beliau (Menteri Besar 2 @ budak tingkat 16) untuk berunding dengan Harun Taib (Ketua Whip PAS - Manir) dan Tg Hassan (PAS Ladang)bagi mendapatkan sokongan YB2 PAS.

Perkembangan atau tindakan lanjutan hanya menunggu lampu hijau daripada PM @ Presiden parti. Sama-samalah kita tunggu apakah berita ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya esok. Perkembangan selanjutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Perkembangan akibat sms diatas diringkaskan oleh Blog Buletinonline dalam entri pada 17 Disember 2009 bertajuk Perbalahan Umno Terengganu Tidak Akan Selesai berbunyi"Bantahan kepada Ahmad Said oleh kumpulan penyokong Idris sampai kepada klimaksnya apabila konspirasi ‘SMS Ugut bunuh’ terjadi pada 14 Mei, 2009. Ia jelas satu konspirasi melalui jawapan yang diberikan oleh bekas Setiausaha Politik Idris, Dato’ Dr. Ramzi kepada Wakil Rakyat PAS, Ustaz Mohd Noor. Dr. Ramzi tidak merasa bimbang dan takut tentang peristiwa tersebut, dan hanya menyebut ia adalah satu tindkan ‘politik’. Ekoran konspirasi ‘SMS Ugut Bunuh’, kumpulan penyokong Idris berharap dapat menjatuhkan Ahmad Said apabila kes tersebut disensasikan sehingga peringkat nasional."

"10 Adun terbabit tidak mahu hadir ke dalam Sidang DUN, menyebabkan Putrajaya terpaksa campurtangan dan memanggil mereka. Mereka telah berjumpa dengan Najib dan menyerahkan memorandum yang menyenaraikan kelemahan-kelemahan MB Terengganu. Namun demikian, Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menukar MB tanpa restu istana yang mana akhirnya, Najib hanya boleh mengurangkan kuasa politik Ahmad Said dan dengan menggunakan peristiwa tersebut sebagai alasan, Hishamudin dilantik menggantikan Ahmad".

Mubin Ismail blog jurucakap kumpulan juga mengesahkan tindakan kumpulan ini merupakan satu konspirasi, kata Mubin…”.Kalaupun (ulang : kalaupun) nak dikatakan sms itu sebagai satu konspirasi terancang oleh Deris Jusoh and the geng untuk memalukan dan menurunkan Mat Said - apa salahnya? …dan Mat Said secara dasarnya ‘tidak bersalah”


Rosol pula dalam blognya entri 20 April bertajuk Klon dan Takdir telah mengaitkan sms ugutan ini dengan sim card yang di klon serta satu yang malang kepada mereka bertiga mengambil tindakan berasaskan kepada maklumat yang salah.

Tapi yang sedihnya, Mubin mengutuk gengnnya sendiri dengan berkata…….Kalau nanti kes sms ugutan ini selesai dan Dr Ramzi benar-benar didapati bersalah dan bertanggungjawab, beliau amat wajar dihukum. Padan mukanya kerana membuat kerja-kerja bodoh dan bahalul itu. SUSK MB yang dikaitkan dengan penggunaan nombor telefonnya juga boleh menyaman Dr Ramzi. Nama SUSK akan bersih dalam kes ini ...

Konspirasi sebagaimana pengakuan Mubin dan Buletinonline dapat dikuatkan apabila puak penentang mengingkari arahan Perdana Menteri dan Polis sebagaimana di bawah :-

1. Laporan Berita Harian Online (15 April 2009): – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

2. Laporan Sinar Harian (23 April 2009):
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

3 . Laporan Utusan Malaysia (23 April 2009): ):
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa lelaki berusia 31 tahun itu tiada kaitan dengan Pejabat Menteri Besar seperti yang didakwa sebelum ini; dan

4. Laporan Berita Harian Online (24 April 2009) bertajuk
“Ramai lagi ditahan” melaporkan “Sumber memberitahu, kerani berkenaan ada kaitan dengan 10 ADUN yang memulaukan hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri pada 14 April lalu.”

Hairan , kenapa hari ini tukar pendirian, takut dengan terbubarnya kumpulan 10 budak hitam. Yang lebih daripada takut kepada kekuatan MB Mat Said kini yang mungkin dikembalikan semula jawatan yang telah hilang.

Mengulangi kejayaan Mubin sebagai jurucakap atau orang upahan kumpulan, beliau memula darama sms ugutan bunuh dengan mencipta satu sms memfitnah SUSK MB.

Tapi kali kedua ini lebih ganas lagi memulakan SMS dengan memfitnah YB. yang menyokong kerajaan termasuk YB. Fahemi,YB. Nawi, YB. Halim, YB. Ramli Noh, YB. Ramlan dan lain-lain, dengan satu sms yang ungkapannya amat keji dan hina sebagaimana berikut;

“Satu-satunya modal sementara untuk menutup kelemahan kepimpinan dan runding terus yang berterusan yang menjadi sungutan rakyat dan pegawai kerajaan adalah mengaitkan mereka yang mengkritik dengan ‘Idris Jusoh’ kerana hanya itu sahaja yang boleh menjadi alasan yang menarik perhatian istana. Maka diupahlah wartawan yang senantiasa lapar wang dengan mencari wakil rakyat yang menjadikan jawatan dan mandat yang diberi oleh rakyat sebagai batu loncatan untuk mengumpul wang atas nama projek runding terus dalam kawasan (kononnya projek membela rakyat) untuk membuat kenyataan menyokong kepimpinannya. Sampai bila kita mahu menipu dan menutup mata rakyat dengan menyimpan sampah di bawah tikar? Sampai bila kita sanggup menggunakan hasil mahsyul dan projek pembangunan negeri Terengganu untuk menyuap kepada wakil rakyat bagi meraih sokongan mereka dan menutup mulut mereka? Sampai bila kita mahu gunakan hasil negeri untuk mengupah wartawan dan bloggers menulis menyokong kita? SEHINGGALAH RAKYAT MENUKAR KERAJAAN DALAM PRU AKAN DATANG!!!”

Persoalannya, siapakah wartawan lapar wang ? Apakah dimaksudkan dengan dirinya sendiri yang kelut kelit ? Apabila dah mengangkat bendera putih nak berperang lagi ?

YB. Fahemi,YB. Nawi, YB. Halim, YB. Ramli Noh, YB. Ramlan dan lain-lain jangan ambil peduli, teruskan perjuangan membantu kawasan sebagaimana yang telah di amanahkan oleh rakyat. Jangan tertipu lagi, dulu dia dah tipu sekali dengan SMS memfitnah SUSK dan MB. Menyebabkan YB percaya.

Lebih dahsyat lagi kali ini mubin memfitnah YB yang menyokong kerajaan termasuk YB. Fahemi, YB. Nawi, YB. Halim, YB. Ramli Noh, YB. Ramlan dan lain-lain semata-mata kerana bekerjasama dengan kerajaan dan menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan demi pembangunan negeri dan kejayaan dalam PRU 13 yang mungkin diadakan pada 2011 bagi PM mengambil mandate baru.

Yakinlah kata Rosol dalam blognya yang orang mukmin tidak dipatuk dua kali dalam satu lubang. Kali pertama mencipata sms berjaya mempengaruhi Yang Berhormat, tapi kali kedua mereka memfitnah Yang Berhormat yang pernah bersama mereka baru-baru ini.

Kepada siapakah kenyataan SMS ini ditujukan? Jawabnya pasti daripada Mubin kepada penyokong kerajaan termasuk YB. Fahemi,YB. Nawi, YB. Halim, YB. Ramli Noh, YB. Ramlan dan semua ADUN kecuali 3 ADUN sebagaimana dalam pengakuan Mubin di atas, semata-mata kerana bekerjasama dengan kerajaan sebagaimana yang diamanahkan . Agaknya Mubin takut BN Menang PRU 2011, jika berlaku hilanglah peluang bosnya dilantik sebagai pengawal kepada Wang Ehsan, macam dulu-dulu….

Alahai…… kesihan Mubin tu tak tetap pendirian….

No comments:

Post a Comment