Thursday 14 January 2010

KESETIAAN KEPADA RAJA

(Hanya Muhyiddin Mampu Selamatkan T'ganu Bahagian ke 4)

Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu

Bantahan kepada Ahmad Said oleh kumpulan penyokong Idris sampai kepada klimaksnya apabila ‘SMS Ugut bunuh’ terjadi pada 14 April, 2009. Mengakibatkan Presiden UMNO menggunakan kuasanya mengurangkan kuasa politik Ahmad Said dan dengan menggunakan peristiwa " rekaan" tersebut sebagai alasan.

Hishamudin dilantik menggantikan Ahmad sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu pada 24 April 2009 setelah memegang jawatan berkenaan kurang daripada satu tahun.

Perkara ini sengaja dirancang untuk menjatuhkan Ahmad Said oleh kumpulan Penentang melalui “SMS UGUTAN BUNUH – SATU KONSPIRASI”,

Ini diakui sendiri oleh Mubin Ismail blog jurucakap kumpulan berbunyi…”.Kalaupun (ulang : kalaupun) nak dikatakan sms itu sebagai satu konspirasi terancang oleh Deris Jusoh and the geng untuk memalukan dan menurunkan Mat Said - apa salahnya? …dan Mat Said secara dasarnya ‘tidak bersalah”

Rosol pula dalam blognya entri 20 April bertajuk Klon dan Takdir telah mengaitkan sms ugutan ini dengan sim card yang di klon serta satu yang malang kepada mereka bertiga bertindak atas maklumat yang salah.

Ada kebenaran kata Rosol dalam blognya yang dinyatakan "orang mukmin tidak dipatuk dua kali dalam satu lubang" . Apabila serangan oleh puak penentang kepada Ahmad Said, mereka hanya berjaya menjatuhkan Ahmad Said dari kerusi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu tapi tidak yang keduanya ia itu Menteri Besar Terengganu yang terletak dalam bidang kuasa DYMM Sultan Terengganu.

Berasaskan pengakuan dua blog jurucakap kumpulan ini, ternyata Ahmad Said tidak bersalah, Dato’ Seri Najib, Presiden UMNO melucutkan jawatan Pengerusi Perhubungan kepada Ahmad Said berdasarkan kepada maklumat dan fakta yang salah, iaitu satu konpirasi dan maklumat palsu, oleh itu wajarlah dikembalikan semula jawatan berkenaan kepada Ahmad Said.

Pengembalian semula pasti dapat menguatkan parti berasaskan Terengganu satu-satunya negeri melayu yang BN menang dengan majority besar disamping kumpulan 10 budak hitam telah dibubarkan dan telah kembali bertuankan kepada Ahmad Said.

Sistem Pemerintahan “Demokrasi Berparlimmen Dan Raja Berpelembagaan”

Dibawah sistem ini Raja bertindak mengikut kuasa yang diberi oleh Perlembagaan. Perlantikan Menteri Besar mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu adalah kuasa mutlak DYMM Sultan bagi melantik seorang ADUN daripada parti yang mempuyai kerusi majority dalalam Dewan Undangan Negeri.

Dato’ Ahmad Said telah dilantik secara yang sah mengikut Undang-Undang. Pertikaian perlantikan oleh pihak tertentu membawa maksud kepada pertikaian kuasa Raja. Malah dalam Perlembagaan Persekutuan tiada lansung menyeebut kuasa Perdana Menteri dalam mengesyor perlantikan Menteri Besar.

Berbeza dizaman sebelum ini Kerajaan Barisan Nasional kuat, mempunyai kerusi melebihi 2/3 di Parlimen. Jadi UMNO mampu memberI tekanan kepada Raja dengan cara mengurangkan kuasa Raja bila tidak mengikuti kehendaknya melalui pindaan kepada kepada kuasa-kuasa Raja yang disebut dalam Perlembagaan dengan cara mendapat undi majority 2/3 di Dewan Rakyat.

Sekarang BN tidak lagi mempunyai kedudukan sekuat dulu kerana kerusi Barisan Nasional di Parlimen tidak sampai 2/3. . Untuk meminda Pelembagaan Persekutuan bagi mengurang kuasa Raja, perlulah mendapat kelulusan majoroti 2/3 di Dewan Rakyat.

Namun untuk meminda Undang-Undang biasa selain Perlembagaan perlu kepada kelulusan majority biasa (simple majority) sahaja.

Baru-baru ini kelam kabut BN di Parlimen, berlaku dalam sidang Dewan Rakyat hampir tidak cukup majority Ahli Parlimen Barisan Nasional yang hadir sidang untuk meluluskan satu rang undang-undang yang memerlukan hanya simple majority. Apakah ini masalah disiplin Ahli Parlimen BN.?

Oleh itu kedudukan Raja kini kuat dan mampu untuk tidak tunduk kepada tekanan politik yang tidak mempunyai asas perundangan.

Dalam suasana di Terengganu hari ini, penyelesaian amat mudah sekiranya Perdana Menteri mengarahkan saja tiga lagi budak hitam “STOP” dari menentang Ahmad Said., Sekiranya Perdana Menteri mengeluarkan arahan begitu, pasti mereka ikut.

Ahmad Said telah menunjukan kemajuan dari segi politik dan pembangunan Darul Iman..

Dari segi politik, daripada dikatakan asalnya 18 menentang, telah berkurang kepada 10 dan akhirnya tinggal lagi 3 budak hitam sahaja lagi.

Mereka yang terlibat perlulah mengarahkan tiga (3) budak hitam memberhentikan penentangan terhadap Menteri Besar, Menteri Besar dilantik oleh DYMM Sultan.

Penentangan kepada Menteri Besar membawa implikasi penentangan kepada DYMM Sultan juga.

Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri perlulah dikembalikan kepada Menteri Besar kerana pertukaran dibuat berasaskan kes atau isu palsu atau satu konspirasi yang sengaja diadakan oleh kumpulan penentang.

Lagi pun di Perlis, Menteri Besar juga dilantik dengan cara yang sama dengan Terengganu terus dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO oleh Perdana Menteri selaku Presiden Parti.

Walaupun tinggal tiga budak hitam, mereka berani berterusan menentang Menteri Besar dan Raja kerana tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka . Sekiranya pihak parti mengambil tindakan disiplin pasti mereka takut dan berubah.

Sekiranya pihak Istana menarik balik apa-apa keistemewaan atau pangkat kebesaran, pasti mereka juga akan berubah !

Kesimpulan : Hanya Muhyiddin Mampu Selamatkan T'ganu !, Hebatnya pemimpin ini, sepatah kata keramat telah menghancurkan kumpulan penentang dalam UMNO Terengganu. Menambah lagi keyakinan Istana yang Ahmad disokong kepimpinan tertinggi UMNO.

Saki baki kumpulan penentang dalam UMNO Terengganu amat takutkan kepada sentuhan Tan Sri Muhyiddin, takutkan mereka terus hancur dan makin tidak relevan lagi dalam politik UMNO, lantas saki baki kumpulan ini menggunakan khidmat Hisham untuk menyekat Timbalan Presiden ini terus memberi sentuhan keramatnya di Terengganu.

Tapi mereka lupa, Tan Sri Muhyiddin ialah Timbalan Presiden yang sikit atas daripada Naib Presiden, yang merupakan orang yang bertanggungjawab kepada kemenangan UMNO pada PRU 13 nanti ! Syabas Tan Sri ! .


No comments:

Post a Comment