Sunday 3 January 2010

MELEPAS GERAM KEPADA ISTANA

Buletinonline dalam entri pada 17 Disember 2009 bertajuk Perbalahan Umno Terengganu Tidak Akan Selesai berbunyi"Bantahan kepada Ahmad Said oleh kumpulan penyokong Idris sampai kepada klimaksnya apabila konspirasi ‘SMS Ugut bunuh’ terjadi pada 14 Mei, 2009. Ia jelas satu konspirasi melalui jawapan yang diberikan oleh bekas Setiausaha Politik Idris, Dato’ Dr. Ramzi kepada Wakil Rakyat PAS, Ustaz Mohd Noor.

Dr. Ramzi tidak merasa bimbang dan takut tentang peristiwa tersebut, dan hanya menyebut ia adalah satu tindkan ‘politik’. Ekoran konspirasi ‘SMS Ugut Bunuh’, kumpulan penyokong Idris berharap dapat menjatuhkan Ahmad Said apabila kes tersebut disensasikan sehingga peringkat nasional."

"10 Adun terbabit tidak mahu hadir ke dalam Sidang DUN, menyebabkan Putrajaya terpaksa campurtangan dan memanggil mereka. Mereka telah berjumpa dengan Najib dan menyerahkan memorandum yang menyenaraikan kelemahan-kelemahan MB Terengganu.

Namun demikian, Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menukar MB tanpa restu istana yang mana akhirnya, Najib hanya boleh mengurangkan kuasa politik Ahmad Said dan dengan menggunakan peristiwa tersebut sebagai alasan, Hishamudin dilantik menggantikan Ahmad".

Isu sms ini dirancang dengan teliti dan telah dipromo terlebih dahulu dilapangan . Sebelum sms ugutan disebarkan pihak media telah dikerah awal awal lagi untuk hadir ke Balai Polis Kuala Teganu pada malam 13 April 2009 bagi membuat satu liputan penting.


EPISOD pertama siri undi tidak percaya terhadap Ahmad Said, SMS Ugutan Bunuh oleh SUSK dimulai dengan dengan satu promo yang disiarkan oleh blogger amatur bekas pegawai kanan Datuk Din Adam ketika menjadi Exco kerajaan negeri di bawah tajuk . ‘’ YANG TERKINI : UNDI TAK PERCAYA - HANGAT!!! HANGAT!!! HANGAT!!!(entri 13 April 2009 ) menyebut:

PANAS... baru sebentar tadi, saya menerima SMS dan panggilan telefon daripada sumber yang 70% boleh dipercayai. SMS yang baru diterima berbunyi :

YB2 BN dijangka akan meneruskan hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap MB semasa sidang DUN esok. Mereka dikatakan telah mendapat restu daripada istana, hanya menunggu lampu hijau daripada Presiden parti. Difahamkan MB telah menghantar SUSK beliau (Menteri Besar 2 @ budak tingkat 16) untuk berunding dengan Harun Taib (Ketua Whip PAS - Manir) dan Tg Hassan (PAS Ladang)bagi mendapatkan sokongan YB2 PAS.

Perkembangan atau tindakan lanjutan hanya menunggu lampu hijau daripada PM @ Presiden parti. Sama-samalah kita tunggu apakah berita ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya esok.
Perkembangan selanjutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Menyedari pagar istana masih tegap, penulis blog terpaksa mengguna nama Istana dalam membuat promo isu berkenaan dengan mengatakan"
usul undi tidak percaya terhadap MB semasa sidang DUN esok dikatakan telah mendapat restu daripada istana."


Mereka kecewa kerana pagar istana masih terlalu tegap untuk digoyang. Lantaran itu mereka melepaskan geram melalui sindiran kepada Istana penulisan diblog mereka muktakhir ini menyebut :-

"Kesihan MB Mat Said kita tu, dah lah dari Mekah tak terus balik ke Terengganu,terpaksa melencong dulu kerana kerja dan kuatnya memikirkan perihal nak membangunkan negeri, (kata orang Terengganu ‘sian malang kheje, sapa dok balik dumoh’), "

Peristiwa yang dimaksudkan ialah ketika Menteri Besar mengadap DYMM SPB Yang Dipertuan Agong, ketika baginda mendapat rawatan di Munich, Jerman.

Blogger berkenaan juga mengatakan jawatan Ahmad akan kekal kerana sokongan daripada pihak Istana.

Apabila Timbalan Perdana Menteri dalam lawatan ke Terengganu tak berapa lama dulu mengesahkan Ahmad Said akan terus kekal MB Terengganu, blogger ini mula melenting tak tentu fasal mengatakan akhbar membuat laporan yang silap.



No comments:

Post a Comment