Saturday 30 January 2010

RAKYAT BANGKIT BILA SULTAN DIHINA

Seorang juruteknik komputer sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban pada 29 Januari 2010 atas pertuduhan menghina institusi kesultanan dan rakyat Johor menerusi blog adukataruna.blogspot.com pada 22 Januari lalu.

Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di No.297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini antara 7.25 malam dan 9.05 malam. Pertuduhan adalah mengikut 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika didapati bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Terdapat lima isu yang menarik dalam kes ini ;

1. Khairul berjiwa besar, sanggup memohon maaf secara terbuka

2. Kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit apabila Sultan Johor dihina !

3. Apakah isu ini tidak berlaku di negeri lain ?

4. Perlu contohi Khairul , sanggup memohon maaf secara terbuka

5. Kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit apabila Sultan mereka dihina !

Isu (1) Khairul berjiwa besar, sanggup memohon maaf secara terbuka

Beliau telah memohon maaf secara terbuka dalam blognya dengan menyatakan setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran beliau berkenaan dengan artikel yang disebutnta sebagai di luar norma kemanusiaan .

Dengan tegas beliau mengaku memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjuran beliau serta berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa dan seterusnya menarik semula artikel yang diakuinya luar norma kemanusiaan itu dari blog beliau sebagai tanda beliau akui kesalahan yang dilakukan beliau.

Isu (2) Kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit apabila Sultan mereka dihina !

Apabila sahaja entri menghina Sultan diangkat ke blog beliau pada 22 Januari 2010, rakyat menjadi marah dan ada yang membuat repot polis. Hasilnya beliau ditangkap.

Penangkapan dan penghadapan kepengadilan oleh pihakberkuasa mungkin tidak besar kesannya kerana perbicaraan memakan masa diluar jangkauan perkiraan kerana memakan masa yang lama. Banyak perkara-perkara teknikal akan melambatkan perbicaraan dan keputusan.

Kadangkala OKT jatuh sakit bila dekat dengan hari perbicaraan. Kadangan-kadang OKT masuk wad pada hari perbicaraan dan macam-macam lagi perkara teknikal boleh berlaku.

Yang telah pasti dalam kes ini ialah kebangkitan dan kemarahan rakyat Malaysia dan Johor khususnya apabila Sultan dihina.

Amat ketara apabila ada blogger yang sanggup mengikuti jejak Khairul sampai ke Kelantan dan melapor dalam blognya di mana Khairul berada sehingga tertangkapnya Khairul.

Lebih menyerlah lagi kebangkitan rakyat apabila Khairul memohon maaf secara terbuka dalam blognya 23 Januari 2010, terdapat 891 rakyat masuk ke blog berkenaan menyampai komen yang mengutuk blogger muda ini atas keterlanjuran menghina Sultan.

Ditambah pula terdapat bakyak lagi komen daripada rakyat yang mengutuk perbuatan Khairul pada banyak blog yang membangkitkan isu yang sama.

Antara komen yang diterima beliau :-

Mussolini says


Saturday, January 23, 2010 6:34:00 PM GMT+08:00


senang ja hang no...dah cerca orang mati lepaih tu buat muka toya mintak maap.rasanya tak ikhlas pon permohonan maap tu


kalo semua benda boleh selesai dengan mintak maap,baik tutup segala balai polis,mahkamah dan penjara di malaysia


kadang2 manusia bodoh neh,bila kena hukuman baru dia masuk dek ajaq sikit otak tu.kalo dak dia tak reti adab bercakap


hang tunggu la polis mai ambik hang kat rumah tu.gerenti ada rakyat johor yang buat laporan polis


apa2 hal pon....balai cerita


tak mustahil kerabat diraja negeri johor akan failkan saman terhadap hang jugak


kerana pulut santan binasa


kerana mulut badan binasa


Anonymous says


Saturday, January 23, 2010 7:36:00 PM GMT+08:00


wey mat kau ni ada 2 otak.....


satu otak kau kat kpala......


satu lagi otak kau kat kpala lutut...


tapi skang yg kau pakai ni otak kat kpala lutut kau......


suka2 kau je hembus......


hormat la ckit.......


kau 2 sape yg bleh ckp mcm 2.....


aku ni walaupun bkn org johor tapi bila ada org berckp mcm ni aku pun melenting gak.....


eloknya kau sedekah kan al-fatihah....


bknnya sedekahkan kata2 yg mcm org xberakal.......


kalo kau lps kat dunia skali pun tapi kat akhirat menjawab la kau ngan ALLAH S.W.T........


kali pertama la aku jumpa org yg paling xberguna untuk bangsa, agama dan negara mcm kau ni.......


Anonymous says


Saturday, January 23, 2010 8:32:00 PM GMT+08:00


haha.tak tau ke hukum derhaka kat raja hukum pancung.tu zaman dulu la.skrg pndai2 la ko jwb.habis hancur hidup ko sbb tulis benda yg xde faedah.tu la cakap jgn ikut emosi.kan dah kena.bari nak menyesal.haha


Aduka Teruna Pengkhianat Bangsa! says


Saturday, January 23, 2010 8:35:00 PM GMT+08:00


Terlajak kereta buleh diundur, terlajak kata memang binasa lah kau Aduka Taruna!


Lebih baik kau merayu disumbat dalam penjara sekarang daripada dibelasah separuh mati oleh Rakyat Tuanku Sultan Johor!

(lawati blog berkenaan untuk melihat komen berkenaan, juga terlalu banyak komen dalam blog-blog lain yang mengupas isu ini)

3. Apakah isu ini tidak berlaku di negeri lain ?

Blogger Hambali mengemukakan persoalan bagaimana dengan kes blogger lain di Perak, Selangor dan Terengganu yang bukan sahaja menghina malah mempertikaikan setiap keputusan Sultan mereka?

Apakah kes seperti Aduka Teruna ini tidak berlaku?

Sewajarnya rakyat di negeri-negeri yang Sultan mereka menerima malu bertindak bagi membolehkan mereka yang menghina dan mempersoalkan keputusan Sultan atau Raja mereka bertindak bagi membawa mereka yang
Dalam kes di Terengganu umpamanya, ada blogger tertentu yang bukan sekadar mempersoalkan keputusan Tuanku Mizan Zainal Abidin tetapi dalam tulisan sesetengah blogger, ia turut mempunyai unsur menghina?

Tuanku Mizan bukan sekadar Sultan, baginda juga Yang DiPertuan Agong.

Apakah tiada rasa hormat hanya kerana menyokong pihak tertentu dalam kemelut politik Terengganu yang menyebabkan ada tulisan sedemikian?

Lalu teringat saya kepada satu entri Datuk Noh Omar dalam blognya bertajuk “ADAT MELAYU PANTANG DERHAKA KEPADA SULTAN !!!

Apabila beliau mengatakan adat Melayu, orang Melayu di Malaysia sewajarnya faham bahawa adat inilah yang menjadi ‘pengawal’ kepada tindak-tanduk orang Melayu selama ini.

Persoalan lain ialah apakah orang muda Melayu sekarang tidak tertakluk kepada perkara ini?

Dan jika ada Melayu yang tidak ‘beradab’ dan membelakangkan adat Melayu, bukankah mereka ini sedikit sebanyak sudah menderhaka kepada Sultan mereka?


Isu (4) Perlu contohi Khairul , sanggup memohon maaf secara terbuka

Dalam kes di Terengganu, mereka yang terbabit tidak mencontohi Khairul, tidak memohon ampun kepada Sultan dan mohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas keterlanjuran perbuatan mereka. Malahan mereka meneruskan tindakan provokasi terhadap Sultan dengan menentang MB pilihan Sultan.


Mereka sebelum ini sanggup menghantar memorandum kepada pihak istana menyatakan bantahan mereka terhadap Sultan yang menggunakan kuasa yang sah seperti termaktub dalam Perlembangaan Negeri 1911 dan pindaan 1948, sebagaimana yang telah disahkan oleh Dato' Seri Utama bahawa Perak, Terengganu dan Perlis, Sultan mempunyai kuasa tradisi dan mempunyai kuasa mutlak melantik MB.


Isu (5) Kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit apabila Sultan mereka dihina !

Rakyat Terengganu marah apabila tindakan keterlaluan kepada Raja mereka apabila  ratusan ribu rakyat keluar menyambut kepulangan Tuanku Mizan pada 30 Mac 2008. Dilapangan Terbang Sultan Mahmud sahaja lebih lima puluh ribu rakyat termasuk pegawai kerajaan berkumpul. Manakala sepanjang jalan dari lapangan terbang ke tapak endurence park di Setiu, puluhan ribu lagi rakyat menunggu di sepanjang jalan !

Ini bukti rakyat bangkit bila Sultan dihina. 'Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada'. Rakyat Terengganu berdiri teguh di belakang Tuanku Al-Sultan !


Puluhan ribu rakyat menyambut ketibaan Tuanku Mizan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap keputusan Tuanku melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu serta mengutuk tindakan pihak yang tidak bertanggung jawab menghina intitusi Kesultanan Terengganu.

Kuasa rakyat kuasa keramat, contohi lah tindakan Aduka Taruna yang, sanggup memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran beliau kepada Sultan,  walaupun pada masa ini masih  belum dapat diterima oleh rakyat kerana suasana masih panas.

Rakyat  Malaysia  cinta kedamaian, .  Kes Aduka Taruna, Isu Perlantikan MB Terengganu, Perlis dan Perak telah memberi jawapan sebenar kepada pengertian asas perlembagaan "Demokrasi Berparlimen Dan Raja Berpelembagaan' serta Kedaulatan Sultan !

Hentikan lah tindakan  tindakan provokasi yang menyinggung Sultan dan mengundang kemarahan rakyat !Jangan pentingkan diri sendiri, hormatilah kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Elaklah daripada menerima 'tulah' . Tulah membawa maksud satu balasan atau akibat yang akan diterima oleh mereka yang menderhaka kepada Sultan. Kepada generasi lama mereka amat faham dan amat gerun dengan 'tulah' ini. Sebab itu lah mereka tidak derhaka kepada Sultan.

No comments:

Post a Comment