Saturday 2 January 2010

Salam Tahun Baru Buat Ahmad Said - Tinta Merah & Sinar

Blogger Tinta Merah seorang sifu … memulakan Salam Tahun Barunya kepada Ahmad Said mencurahkan pemerhatian ikhlas beliau dengan kata secantik bahasa…’ walaupun dia (Ahmad Said) nampak ‘komang’ kata orang Terengganu, tidak hebat, nampak darat macam orang kampung tetapi dia ada kelebihan. Yang pastinya kalau bukan ada kelebihan dan keistimewaan, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak akan perkenan untuk dia jadi MB.’


Syabas diucapkan kepada Tinta Merah yang Berjaya merungkai jawpan kepada kecelaruan dan persoalan sebilangan golongan menengah Terengganu terhadap Ahmad Said. Bagi orang kampong dan golongan bawahan mereka tiada masalah dan amat-amat berkenan dengan Ahmad Said yang mengutamakan rakyat.

Kepada yang arif dengan sejarah Terengganu, pemilihan Menteri Besar
memang dibuat oleh Istana bedasarkan saki baki kuasa yang beri oleh Perlembagaan Negeri. Pemilihan dibuat daripada calon-calon daripada parti yang mendapat kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri.


Istana telah memilih Ahmad berasaskan beliau orang paling kanan dalam parti yang menang, yang merupakan salah seorang daripada dua(2) Ketua Bahagian parti yang bertanding di kerusi negeri dalam pilihanraya yang lalu, selain daripada fakta yang akan dinukilkan oleh Tinta Merah berikutnya nanti.... Ini lah apa yang paling asas dalam amalan ‘Demokrasi Berparlimen Dan Raja Berpelembagaan’. Istana telah membuat pertimbangan yang seadilnya dalam memilih Menteri Besar.



Persoalan Selamat Tahun Baru yang dilontarkan oleh Tinta Merah iaitu… ‘ Masih ramai lagi Adun BN yang dianggap dan merasakan diri lebih hebat dari Mat Said. Ada 20 orang lagi,(sebenarnya 23 orang) tetapi kenapa Mat Said yang dipilih jadi MB oleh Sultan. Yang lebih hebat daripada bekas MB, Idris Jusoh pun ada, seperti Rosol Wahid, Din Adam, tetapi tidak dipilih, Mat Said juga diambil Sultan. Kenapa?


Tinta Merah telah mempunyai ketepatan fakta dalam meberi jawapan…’.Selalunya istana hanya akan memberi perkenan kepada orang yang baik budi, perangai comel dan tahu adat istiadat istana sahaja untuk menjadi menteri, wazir dan pegawainya. Orang yang sumpah seranah sultan takkan diambil! Hatta untuk jadi tukang kebun dan jong masak pun kena ada takmaninah. Istana tidak akan ambil orang perangai buruk, cakap besar berjalan lenggak ke langit dan berperasan tinggi.’

Kehebatan Ahmad digambarkan lagi oleh Tinta Merah dalam dialog seorang rakannya dengan beliau dari Kuala Lumur….“Hebat! Dia buat kerja dia tidak peduli apa orang nak kata kepadanya...” jelas rakan ini menunjukkan wajah kekagumannya. Ulasnya lagi, walaupun kawan-kawan sepertinya kritik dia, palu dia, dia buat tidak peduli saja. Dia hadapi dengan selamba saja.


“Jarang orang boleh lakukan begitu, selalunya kalau kena kritik seseorang itu akan give-up. Tetapi tidak bagi Mat Said. Seolah-olah hentaman dan kritikan itu dijadikan cabaran untuk dia buktikan kemampuannya. Inilah saya maksudkan hebat! Dan dia berjiwa besar,”



Akhbar Sinar Harian dalam Selamat Tahun Barunya kepada Ahmad Said mencatatkan rasa terima kasih dan pujian daripada seorang rakyat…….’semasa menerima beg berisi kurma istemewa dan air zam-zam daripada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said… hati saya terdetik…inilah kali pertama dalam hidup saya sebagai rakyat Terengganu mendapat hadiah daripada Menteri Besar tanpa pilih kasih. Saya bukan penyokong partinya.. jadi apa-apa pun sentiasa tersisih..

Berkat hadiah ini, barulah saya mula menjejak langkah Ahmad Said .. MasyaAllah inilah satu-satunya Menteri Besar yang kerjanya untuk rakyat Terengganu.. tidak semacam pemimpin terdahulu.

Walaupun kurma itu menjadi isu besar, RM 7 juta.. namun inilah RM 7 juta dikongsi dengan kita semua.. bukan untuk penyokongnya sahaja..bagi saya kurma itu lebih bernilai dari RM20..

Terima kasih Menteri Besar.. Ahmad Said Berjaya membuktikan beliau memang Menteri Besar kita…’

Kini terbukti Ahmad Said berjaya menghidupkan hubungan beliau dengan rakyat, beliau bijak menyusun program dan mengutamakan rakyat selaras dengan mottonya ‘Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan.”

No comments:

Post a Comment