Wednesday 6 January 2010

MENSEJARAHKAN UMNO DARI BUMI DARUL IMAN

BLOG HAMBALI MEDIA ALTERNATIF PENYELAMAT MB (siri 2)

Sebagai pemilik blog media alternative , Hambali bekerja keras memantau perkembang media masa berkait dengan isu sms ugutan bunuh dalam usaha menyelamat bosnya dari fitnah media massa. Entah cukupkah tidurnya ? melihat entri dalam blog nya dilewat malam atau awal pagi.

Dalam enterinya pada Mei 2009 bertajuk ’10 ADUN Patut Letak Jawatan ?, beliau maklumkan rakan lama nya, Zabidi Saidi (bekas Editor Watan (baru),menulis melalui bloknya, Memo Belakang bahawa Dr. Ramzi Zubir bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh jadi dalang mengirim sms ugut tiga orang ADUN.

Rakanya memberi
peringatan kepada pusat bahawa perkembangan isu ini serius, mampu mensejarahkan UMNO dari bumi Darul Iman ini , dengan kata rakannya itu “ Oleh itu Najib Razak selaku Presiden UMNO perlu melihat kes ini secara serius. Inilah ujian pertama bagi Hishamuddin (Hussein) sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Semoga beliau dapat mempertahankan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS? Janganlah dalam sejarah nanti, nama anda disebut sebagai pengerusi perhubungan UMNO Terengganu ketika BN Terengganu tumbang pada pilihanraya umum 2012,” kata Zabidi

Bloger Zabidi Saidi tidak kurang juga hebatnya, menggunakan pedangnya untuk menegak kebenaran. Selalunya mata pena Harakah tajam kepada kerajaan. Tapi kali ini keadaan sebaliknya berlaku, Zabidi Saidi bersama Ahmad Said. Pasti beliau mengenal hati budi Ahmad semasa bersama kepimpinan Pemuda dan Bahagian Kemaman, atau sekurang-kurangnya ahli UMNO Kemaman yang dipimpin Ahmad.

Kita berehat seketika, harap Sdr. Hambali dan Zabidi Saidi meneliti jawapan yang diberi kepada soalan Hambali dalam bahagian dulu dan memberi ulasan dalam blognya bagi mengharmonikan ketegangan politik teganu.

Mari kita sama-sama meneliti soalan daripada Sdr Hambali berikutnya untuk kita beri jawapan dan ulasan bagi mengharmonikan lagi iklim politik Teganu.

Pertanyaan selanjutnya ialah:
1. Siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘orang yang bertanggungjawab’ tetapi masih bebas?

Pemilik telefon yang menghantar SMS kepada Dato’ Rosol nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti, sebagaimana yang dilaporkan oleh YB Alias dalam blog mubin, mungkinlah orang yang belum dikenalpasti itu masih bebas.


2. Apakah pihak polis ‘tidak cekap’ atau tidak pandai dalam menjalankan tugasnya sehinggakan ‘orang yang bertanggung jawab’ masih bebas?

Rujuk jawapan kepada soalan 4 di atas.

3. Apakah pemilik blog berkenaan tidak percaya atau ragu-ragu dengan tugas dan penyiasatan polis?

Jawapannya : Biasanya soalan ini ditimbulkan oleh pihak pembangkang menjelang Pilihanraya. Pihak Polis biasanya dituduh oleh pembangkang sebagai alat kepada parti pemerintah.

Ulasan Hambali satu alternative jawapan…. Apapun, rasanya elok kalau kita serahkan semua perkara ini kepada polis. Jawapan atau buktinya akan terserlah juga akhirnya apabila polis menamatkan siasatannya.

Kecuali kalau kita terus mempersoalkan kredibiliti polis, kita akan kemukakan pula teori lain dan kata-kata bahawa memang wujud konspirasi - tiada siapa boleh menghentikannya.

Hanya hasil siasatan polis dan minda dan mulut orang yang menganggapnya satu konspirasi terpaksa menutupnya sendiri selepas mengetahui bahawa yang melakukan perbuatan menghantar sms itu rupa-rupanya mungkin dari ‘kandang sendiri’.

3 Respons to "SMS UGUT BUNUH - WUJUD KONSPIRASI?" diterima oleh Hambali, Komen yang dihantar oleh Insan berbunyi ;

“ Ini macam nak menghina Polis DIRAJA Malaysia je ni. Buat hal dengan Raja lagi. Nak Derhaka ke Raja ke ape? Tak habis2 diaorang ni. Cukup2 la tu. fikir la untuk kemajuan rakyat dan negeri pula. beri la peluang ke YAB Dato MB menjalankan agenda beliau untuk membangunkan negeri dan membantu rakyat.

Kenapa puak penentang seperti takot je dengan isu sms? puak ditentang ok je. tak takot pun.aku tengok puak penentang ni takot gile. ke ada ape2 ni? dia kata kita takot dgn bayang2. tapi aku tengok dia takot lagi dengan bayang2 sendiri.dulu kata nak buat sesi penerangan bersiri tentang isu ni. tapi dok jadi katanya sebab arahan orang atas. aku dok nampak ni arahan orang atas. arahan orang atas ke atau takot tembelang yang sudah pecah? bak kata pepatah. Berani kerana benar. TAKOT kerana SALAH. untuk puak penentang.. lu pikir la sendiri

4. Atau lebih jauh – pemilik blog berkenaan mempersoalkan polis sebagai pihak yang cuba melindungi ‘suspek’?

Polis professional, tidak bertindak kepada laporan semata-mata. Jika berdasarkan kepada laporan YB. Halim ADUN Permaisuri dan YB Zakaria ADUN Paka. Jika Polis terus bertindak tanpa menyiasat, terus saja tangkap SUSK MB, tak profesionalah Polis.

Bagaimana pula dengan pemilik telefon yang menghantar SMS kepada Dato’ Rosol nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti, sebagaimana yang dilaporkan oleh YB Alias di atas ?, siapa Polis perlu tangkap ?

(Bersambung di siri ketiga)

No comments:

Post a Comment