Sunday 10 January 2010

MEMBURU BUDAK HITAM

Dalam filem melayu kelasik, lagu 10 budak hitam dinyanyikan oleh Biduanita Negara bersama Seniman Aziz Jaafar, yang dilakonkan oleh Seniwati Nor Azizah dan Aziz Jaafar sendiri.

Lirik lagu dalam filem berkenaan mengisahkan 10 budak hitam yang bermain ditepi jalan , satu daripadanya tidak mahu bermain lagi dan pulang kerumahnya. Maka tinggal lagi sejumlahsembilan budak hitam..

Sembilan budak hitam yang nakal itu, akhirnya pergi bemain ditepi tongkang. Selepas digigit lipan, semuanya pun lari pulang. Begitulah senangnya kumpulan 10 budak hitam ini di bubarkan.

Pembubaran kumpulan 10 budak hitam ini telah diberitahu melalui lagu yang disiarkan melalui filem , radio dan sebagainya, tetapi tidak melalui akhbar dan blog kerana mungkin belum wujud ketika itu.

Untuk menunjukkan kayanya bahasa melayu, lagu ini diakhiri dengan satu seloka.. sorong papan tarik papan, buah ciku atas peti, suruh makan dia makan, suruh mengaji (belajar) dia benci.

Begitu lah kayanya dan indahnya bahasa kita. “Bahasa jiwa bangsa” , Jadi kita boleh membuat penilaian individu melalui bahasa yang dituturnya. Dalam senikata lagu klsik budak hitam ini tidak menggunakan kata-kata yang hina seperti “natang” !

Seperti satu ungkapan dalam satu ceramah di Jertih Besut pada 18 April 2009 yang boleh di download dari blog jaranganakmelayu1.blogspot.com menyatakan, …jika kito belaja bahasa sesuatu bangsa. ,.. kito tidak akan ditipu oleh bangsa itu …?

Semestilah, individu atau kumpulan yang yang mennggunakan kata-kata yang tidak baik seperti ‘natang’ mengambarkan individu itu atau kumpulan itu tidak baik ! jadi waspadalah dengan mereka.

Kita kaji sejarah di Bumi Darul Iman ini, kenapa sejak dulu rakyat menolak satu parti politik itu dalam pilihanraya umum yang lalu di Terengganu ? Sedangkan dalam masa yang sama mereka menguasai lima negeri yang lain ? Jawabnya pemimpin-pemimpinnya menggunakan bahasa yang kasar dan tindakan yang keras.

Bahasa dan tindakan kumpulan berkenaan melambangkan ketidakbaikan kumpulan dan ditolak rakyat.

Timbul persolan dalam dua pilihanraya yang lalu, kenapa kumpulan ini berjaya menawan Darul Iman, sedangkan semua negeri lain dikuasai parti kerajaan, melainkan Kelantan ?. Jawabnya berlaku perpecahan dalam BN Terengganu ketika itu, muncul tiga budak hitam masa menentangan kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar..

Bahasa jiwa bangsa ! , Hayatilah lagu 10 budak hitam ori yang kaya dengan bahasa;

Apabila kesemua 10 budak hitam di atas lari pulang, tidak kedengaran kembalinya lagi budak 10 budak hitam ke dunia, dizaman IT yang serba canggih ini.

Selaras dengan iitu, MB Mat Said mahu anak Terengganu mahir IT !, e-book diberi percuma. “Suatu masa lagi, jika buta IT, bukan anak Terengganu”, itu lah kata Amad.

Jadi, dengan mahir dengan bahasa IT, rakyat Terengganu tidak akan tertipu lagi oleh IT (seperti internet, sms dan sebagainya ! ), pasti tak akan ada lagi yang salah guna IT untuk memfitnah, seperti hantas sms ugutan dan sebagainya. Jika ada yang hantar sms ugutan dewasa itu pasti dia bukan anak Terengganu !

Kisah 3 budak hitam muncul awal tahun 2009 ababila seorang
pemilik blog yang mengaku dirinya Bekas Felo Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS dalam blognya ketuapesusuh.wordpress.com menyebut kisah Jawatan Timbalan Presiden UMNO yang akan ditandingi secara tiga penjuru diantara Muhyiddin Yassin, Ali Rustam dan Muhammad Muhd Taib.

Dikatakan lagi….begitu bersungguh-sungguh nampaknya ketiga-tiga calon berusaha untuk menempatkan diri mereka. Begitu juga dengan para pelobi-pelobi mereka. Diantara tiga orang calon ini (yang saya gelarkan sebagai “Tiga Budak Hitam”),

Manakala syed Nazmi Yaakup dalam blog nya kawat.blogspot.com dalam entri pada 20 Apri 2009 menulis lirik lagu 10 Budak Hitam (versi loghat Terengganu) sebagaimana di bawah ;

10 budak hitang
Duduk tepi pantai
Sambil ratah ikang
Mau joing partai.

10 budak hitang
isi borang calong
satu lupa saing
tinggal lagi sembilang.

Budak hitang tinggallah sembilang.

Sembilang budak hitang
mula sibuk kempeng
satu payah senyung
tinggal lagi lapang.

Budak hitang tinggallah lapang.

Lapang budak hitang
tanding jawatang bahgiang
satu kena larang
tujuh kena amarang.

Tinggallah tujuh budak hitang.

Tujuh budak hitang
keluar masuk cawangang
satu masuk spital
kena lempar cawang.

Budak hitang tinggallah enang.

Enang budak hitang
selamat ke hari pemilihang
satu kena potong
lima jah hok menang.

Tinggallah lima budak hitang.

Lima budak hitang
juga jadi adung
tiga dapat sms ugutang
terus boikot sidang.

Tinggallah dua budak hitang.

Dua budak hitang
pergi jumpa timbalang
satu tak nak pulang
budak hitang tinggal sorang.

Budak hitang tinggallah sorang.

Sorang budak hitang
mau jadi ketua kerajaang
siapa nak kena tentang
siapa pula nak kena guling.

Hanya sorang budak hitang
simpang rahsia sorang-sorang.

Elemen: Satira/parodi

Kemunculan semula 10 budak hitam dizaman IT ini telah digambarkan begitu rupa oleh Mumi Rokiah dalam blognya bertajuk….. Kerana SMS 10 ADUN lari lintang pukang, 10 ADUN Tidak Hadir Sidang Dewan,........ berkaitan dengan berita Laporan (Bernama)14 April 2009 mengenai Sidang DUN Terengganu semasa membahas usul titah DiRaja.

Tambah Mumi lagi, dunia dan rakyat Malaysia khasnya terkejut dan cemas apabila membaca berita bahawa keselamatan 10 Wakil Rakyat Barisan Nasional Terengganu terancam kerana ugutan SMS nyawa mereka akan melayang. Mereka menjadi panik dan cemas sehingga takut untuk hazir ke sidang DUN dan semalam TV3 melapurkan mereka semua berkumpul dan berehat dibilik hotel.

Sepuluh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu yang tidak menghadiri hari kedua sessi pagi persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri ;

1) Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

2) (Adun) Tepoh Muhammad Ramli Noh,

3) Ramlan Ali (Jabi),

4) Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang),

5) Abdul Halim Jusoh (Permaisuri),

6) Zakaria Abdullah (Paka),

7) Datuk Rosol Wahid (Ajil),

8) Datuk Din Adam (Bukit Besi),

9) Alias Abdullah (Alor Limbat),

10) Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih)


Tindakan kesemua Adun BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.

Carian imej dalam Google search engine, wajah budak hitam yang dirakamkan sebagaimana ;

Wajah yang dirakamkan oleh Google search engine kurang tepat , perlu diselaraskan dengan menarik keluar wajah YB. Wan Halim Tan Sri Wan Mokthar dan memasukan wajah YB. Dato’ Seri Idris Jusoh.

Semasa wajah dirakam , Wan Halim berada bersama, tetapi meninggalkan kumpulan selepas itu dan memasuki sessi pagi persidangan DUN pada 14 April 2009, walaupun lewat sedikit.

YB. Wan Halim mungkin teringat kisah kelahiran 3 budak hitam meminta ayahandanya berundur dari kerusi Menteri Besar juga dalam satu sidang Dewan…. Tapi Dewan di Hotel Pantai Primula. Bagi menyelamatkan Tan Sri Wan Mokthar dari ancaman 3 budak hitam itu…. Ahmad Said telah mengugut untuk 'pancung' 3 budak hitam itu.

Dizaman itu hand phone masih belum meluas lagi , Cuma di Pupuk Semangat, Telok Kalong masa itu, ada beberapa unit ‘Nokia Mobera” yang besar untuk kegunaan peserta semasa berkemah di hutan.

Di zaman Wan Mokhtar, 3 budak hitam berkenaan telah menerima ancaman ‘pancung’.

Berulang lagi masa MB Ahmad Said, 3 daripada 10 budak hitam terima ancaman ugutan bunuh melalui ‘sms’?.

Bezanya di zaman Wan Mokhtar, UMNO kuat , mereka tak buat repot Polis dan mampu selesai masalah, tetapi kesannya diakhir penerintahan Wan Mokthar, PAS Berjaya menawan Teganu, walupun masa itu negeri lain kekal bawah BN.

Dizaman Ahmad Said ini mereka tak kuat, terima saja ancaman SMS, lari litang pukang, tidak masuk Dewan dan terpaksa buat repot Polis. Marahkan Polis bila tidak tangkap orang yang mereka tuduh. Tapi akhirnya tembelang pecah bila dari kumpulan mereka di cari dan telah ditahan Polis !

Mungkin mengenag jasa MB Mat Said yang menyelamatkan ayahandanya ketika itu, Wan Hakim kembali semula memasuki Sidang DUN sessi pagi 14 April 2009 walaupun sedikit lewat. Maka selamatlah dia dari menjadi Hitam.

Secara kebetulan, ketua kumpulan yang menentang ayahandanya dulu bersama-sama menanggotai dan kumpulan 10 budak hitam yang menentang Ahmad Said ! tapi kali ini dengan pangkat yang lebih tinggi mungkin sebagai penasihat ?

Kesimpulan : Berasaskan lagu klasik di atas,10 budak hitam ialah mereka yang kuat makan dan malas belajar……. menakala bagi bekas fellow kanan ISIS, budak hitam ialah orang politik umno yang berebut jawatan. ….manaka kawat pula mengaitkan budak hitam dengan wakil rakyat……. Bersambung.

No comments:

Post a Comment