Wednesday 27 January 2010

ADAT MELAYU PANTANG DERHAKA KEPADA SULTAN (2)



Mengapa kedaulatan Raja-Raja Melayu mula menyerlah hari ini ?


Daulat berasal daripada perkatan Arab, iaitu `daulah'yang bererti kerajaan/negeri. Daulat juga dikaitkan dengan soal kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kuasa politik tertinggi seseorang sultan. Ia juga bererti kekuasaan dan kewibawaan seseorang Sultan yang memerintah dan kebahagiaan kepada Sultan yang memerintah.

Atas kedaulatan, Sultan mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan. Sultan adalah tunggak untuk menyatupadukan rakyat danSultan akan mengamankan dan memakmurkan negeri.

Kedaulatan Sultan menyebabkan rakyat mengikut dan menjalankan titah Sultan dengan taat setia dan sesiapa yang engkar  titah Sultan dalah menderhaka.


Secara  zahir kedaulatan diukir melalui penggunaan bahasa khusus  oleh Sultan dan kerabat iaitu `bahasa dalam'. Contoh : gering, titah, patik, santap, beradu dan sebagainya, disamping penggunaan alat kebesaran di Raja.

Daulat selalu dipadankan dengan tuanku. Jadinya daulat tuanku. Tulah pula ialah perkataan yang dimaksudkan sebagai balasan akibat menderhaka kepada sultan. Itu pada pandangan saya.


Mengikut Noh Omar,adat melayu pantang derhaka kepada sultan !!!  Orang Melayu hendaklah berpegang kepada ‘Adat Melayu pantang derhaka kepada Sultan’. Berlaku biadap sehingga boleh membawa kemurkaan kepada Baginda Sultan adalah perbuatan derhaka yang menjadi pantang larang kepada kalangan masyarakat melayu kerana ia merupakan sebesar-besar jenayah dalam Negeri Melayu.


Oleh itu kebiadapan dan penderhakaan rakyat terhadap Raja-Raja Melayu perlu dihentikan dan semua rakyat di negara ini harus tunduk dan taat kepada Sultan dan Raja dengan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.


Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari !948 juga telah mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Raja-raja Melayu telah diberikan semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-masing seperti sebelum perang.


Kini kedaulatan Raja digubal dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri. Antara kedaulatan Sultan ialah :-


Mengikut Dato’ Seri Utama Rais Yatim dalam berita minggu 8 Mac 2009 , seseorang Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga kuasa besar yang tidak boleh diganjak mengikut Perlembagaan. Pertama, melantik seseorang Perdana Menteri mengikut perkara 43 (2a) Perlembagaan Persekutuan. Kedua, sama ada bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Parlimen dan ketiga, menguruskan perkara berkaitan hak-hak keistimewaan atau pun adat istiadat Melayu dan yang berkaitan dengan agama Islam. Ketiga-tiga kuasa mutlak ini juga ada pada Raja Melayu atau Sultan di negeri-negeri.

Ini dapat diperkuat lagi dengan kenyataan "Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Perdana Menteri,"  oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia telah disiarkan secara jelas dalam beberapa akhbar khasnya akhbar The Sun.

 Kedaulatan in  inilah yang digunakan oleh Sultan Terengganu ketika melantik Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku pemimpin tertinggi BN, mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB.


Kedaulatan yang sama juga apabila Sultan Mizan Zainal Abidin mengampuni pekenan melantik Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.


 1)Boleh tidak mengikuti nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar untuk membubarkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri seperti pernah berlaku di Terengganu, Kelantan dan Perak. Tetapi ada limitnya bila selepas tempuh lima tahun dewan undangan negeri atau parlimen akan terbubar dengan sendirinya.


2) Boleh melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar daripada kalangan Ahli yang partinya mendapat kerusi dalam DUN atau Parlimen .


 Tiga artikal berikut adalah berkaitan  :-


 Agong diberi kuasa untuk tolak bubar dewan oleh PM! - (mSTAR)
Isnin Februari 11, 2008


SAYA bergegas menghubungi Profesor Dr. Abdul Aziz Bari untuk mendapat penjelasan lanjut kenapa Perlembagaan memberi kata putus kepada Yang Di Pertuan Agong dalam soal pembubaran parlimen.
Pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menjelaskan, Perlembagaan Malaysia mengambil iktibar dari pengalaman di Komanwel sejak lebih 100 tahun yang lalu dan Suruhanjaya Reid menyatakan bahawa adalah tidak bijak untuk memberi hak mutlak kepada kerajaan yang memerintah untuk membubarkan dewan.
Dr. Abdul Aziz menambah bahawa sebab mengapa ia tidak bijak ialah kerana pilihan raya mengambil masa, memakan biaya dan mengganggu pentadbiran negara jika ia terlalu kerap diadakan.
Dengan kata lain, tegas beliau, Yang Di Pertuan Agong diberi amanah untuk menimbangkan sama ada pembubaran yang bermakna pilihan raya itu perlu untuk kebaikan negara.
Suruhanjaya Reid bagaimanapun katanya, mengakui adalah tidak mungkin untuk menyenaraikan keadaan-keadaan di mana permintaan untuk membubarkan dewan oleh Perdana Menteri boleh atau perlu ditolak.
Beliau yang saya minta perjelaskan lebih lanjut berkenaan isu ini menegaskan bahawa Suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid itu sekadar menyerahkan soal pembubaran dewan kepada kebijaksanaan baginda.
Dr. Abdul Aziz menyatakan bahawa untuk mengetahui sebab-sebabnya, beliau telah membaca pelbagai buku undang-undang dan artikel jurnal yang memuatkan kajian dan analisis dari pelbagai negara Komanwel.
“Agak jelas bahawa kuasa budi bicara itu adalah salah satu dari keadaan di mana baginda perlu memainkan peranan proaktif selaku agen semak dan imbang perlembagaan,” tambahnya lagi.
Bagaimanapun Pensyarah Undang-Undang UIAM ini, mengingatkan bahawa Yang di Pertuan Agong tidak boleh membubarkan Dewan Rakyat sesuka hati; baginda cuma diberi kuasa untuk menolak permintaan membubarkan dewan oleh Perdana Menteri jika itu perlu dan wajar.
Dr. Abdul Aziz yang pakar dalam isu-isu Perlembagaan itu juga mempertegaskan bahawa kuasa Yang di Pertuan Agong itu hanya relevan sebelum Dewan Rakyat mencecah usia lima tahun kerana di kala itu dewan akan terbubar dengan sendirinya secara automatik.
Berdasarkan pengalaman seluruh Komanwel antara sebab-sebab mengapa permintaan membubarkan dewan ditolak ialah apabila pembubaran diminta tidak lama selepas pilihan raya; contohnya dua tahun selepas pilihan raya.
“Atau di dalam keadaan daftar pemilih belum siap dan banyak masalah. Pernah berlaku di sebuah negara di mana Gabnor-Jeneral menolak pembubaran dewan ketika ramai pengundi tidak berada di dalam negara,” tegasnya lagi.
Dr. Abdul Aziz menyimpulkan bahawa pengalaman di Malaysia setakat ini ialah kerana kerajaan boleh dibentuk tanpa pilihan raya dan ia baru sahaja diadakan.
“Ini yang berlaku di Terengganu pada 1962. Ketika itu kerajaan negeri dibentuk oleh PAS yang memenangi pilihan raya negeri pertama pada 1959. Bagaimanapun Umno berjaya membeli Adun PAS menyebabkan kerajaan yang dibentuk oleh PAS goncang.
“Dalam keadaan itu Sultan menolak permintaan untuk membubarkan dewan kerana jelas pihak Umno boleh membentuk kerajaan dengan adanya Adun yang cukup setelah mereka berjaya mempengaruhi Adun PAS menyeberang ke pihak mereka”.
Keadaan di Kelantan pada 1977 sedikit berbeza. Ketika itu Dato Mohamed Nasir – Menteri Besar PAS yang ditunggangi oleh Umno – tumbang kerana diundi tidak percaya oleh Adun PAS.
Jadi jelas Dr. Abdul Aziz lagi, PAS mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan. Pemangku Raja ketika itu – Tunku Ismail Petra – menolak permintaan Mohamed Nasir untuk membubarkan dewan kerana ia jelas tidak perlu.”
Kerajaan negeri dibentuk pada 1974 selepas pilihan raya kebangsaan. Dalam insiden di Kelantan itu, jelas beliau ada beberapa perkara yang penting yakni:
(1) Menteri Besar tumbang kerana undi tidak percaya ia tidak boleh memohon pembubaran dan
(2) Sebagaimana di Terengganu kerajaan masih boleh dibentuk tanpa melalui pilihan raya.
Oleh kerana Umno mati akal dan ia meminta Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat di Kelantan yang membawa kepada pilihan raya negeri 1978 dan berjaya membentuk kerajaan buat pertama kali sejak merdeka.
Mengenai penolakan di Sabah pada 1994 pula, Pensyarah UIAM itu menegaskan, ia sama dengan apa yang berlaku di Terengganu di mana Umno berjaya melumpuhkan Kerajaan PBS melalui taktik yang serupa.
Dalam keadaan tersebut tidak sukar bagi Yang di Pertua Negeri untuk menolak permintaan membubarkan dewan oleh PBS.
Selain keadaan-keadaan itu banyak lagi suasana yang memberi alasan untuk Yang di Pertuan Agong menolak permintaan membubarkan Dewan Rakyat.
Dr. Abdul Aziz berkata beliau setuju dengan cadangan BERSIH yang menyeru baginda menolak permintaan Perdana Menteri.
“Ini kerana kita boleh menunggu sehingga April atau Mei 2009 apabila Dewan Rakyat mencapai usia lima tahun dan terbubar sendiri,” ujarnya lagi.
Beliau berpendapat Yang di Pertuan Agong boleh menggunakan budibicara baginda di bawah Perkara 40(2)(b) itu bagi mempastikan pilihan raya yang bebas dan adil khususnya “dalam mempastikan wujudnya daftar pemilih yang bersih dan tidak diragui”.
Kesimpulannya, Dr. Abdul Aziz berkata, segala-galanya terpulang kepada Yang di Pertuan Agong untuk berbuat sesuatu.
Tetapi, beliau sendiri mengakui, ini semua bergantung kepada kekuatan peribadi dan komitmen baginda.
Sebab itu, katanya lagi, Perlembagaan mewajibkan baginda berikrar dengan lafaz wallahi, wabillahi dan watallahi sebagaimana yang diwajibkan oleh Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
“Yang DiPertuan Agong sebagai seorang Islam akan diminta bertanggung jawab di akhirat nanti,” tegasnya mengakhiri sembang-sembang berkenaan isu Perlembagaan dengan saya!

Apabila Agong Berkuasa Penuh Melantik Perdana Menteri
©
The Malaysian Insider
oleh Zulkifli Sulong

MAC 5 — "Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Perdana Menteri," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia telah disiarkan secara jelas dalam beberapa akhbar khasnya akhbar The Sun.

Kuasa inilah yang digunakan oleh Sultan Terengganu ketika melantik Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku pemimpin tertinggi BN, mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB.

Ia juga berlaku di Perlis. Walaupun Abdullah, melalui suratnya mahukan Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi MB, namun Datuk Mat Isa Sabu yang diperkenankan oleh Raja Perlis.

Selepas Mac 2009 nanti, Abdullah akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Inilah janji beliau dan ia diulangi lagi baru-baru ini.

Selepas beliau meletakkan jawatan, sebagaimana dikatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melantik siapa sahaja yang difikirkan baginda mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

"Tidak boleh. Baginda mesti melantik ketua parti iaitu Najib?" kata seorang anggota Parlimen Umno kepada saya. "Dalam kes Terengganu berbeza kerana Idris bukan ketua parti," tambah ahli Parlimen dari Umno berkenaan lagi.

Jia benar apa yang dikatakan beliau itu, bermakna tidak benarlah apa yang dikatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat itu.

Kini, khabar angin tersebar luas kononnya Yang di-Pertuan Agong tidak berapa senang dengan bakal Perdana Menteri yang ada. Ini kerana, beliau terlalu banyak “masalah” yang belum selesai yang dipikul dan digalasnya.

Jika begitu, bagaimana kalau ada usaha dibuat untuk memberikan alternatif kepada baginda untuk memilih "orang yang difikirkan baginda mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat". Bukan Najib sahaja bahkan ada orang lain juga layak untuk mendapat status itu... mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Inilah yang sedang hangat dibincangkan sekarang. Saya percaya inilah asasnya mengapa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan cadangan kerajaan perpaduan atau unity government beliau.

Tanpa prajudis kepada sebarang perancangan yang dibuat oleh Presiden Pas itu, pada pandangan saya, selain dari Najib, anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga layak untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Ia boleh dipertimbangkan dalam konteks kerajaan perpaduan ini.

Selepas The Malaysian Insider dan Siasah menyiarkan kenyataan Abdul Hadi tentang kerajaan perpaduan ini, Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li ini, adalah pemimpin pertama yang menyambut baik cadangan ini.

The Malaysian Insider sendiri berpandangan, Ku Li bercakap bukan untuk Umno tetapi untuk Malaysia. Beliau jelas sudah keluar dari kotak pemikiran biasa Umno.

Saya juga yakin, bukan hanya Ku Li sahaja yang berfikiran sebegitu tetapi ada ramai lagi pemimpin dan wakil rakyat Umno yang berpandangan seperti beliau. Ramai antara mereka sudah sedar, Umno sudah terlalu tertinggal dalam memahami hasrat rakyat Malaysia. Umno sudah terlalu terkongkong oleh sikap ketuanan mereka. Namun, mereka hanya diam sahaja. Mereka menunggu siapakah yang akan ke depan.

Inilah yang berlaku di Terengganu selepas 8 Mac 2008 lalu. Datuk Ahmad Said bukanlah pilihan kedua selepas Idris Jusoh untuk menjadi MB. Namun kerana dia yang berani dan sanggup, dia terpilih.

Jadi, kenapa kita tidak melihat cadangan kerajaan perpaduan ini atas prinsip ini. Sebuah kerajaan sementara yang mana semua pihak (Umno, Pas, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti politik) bersatu tenaga demi kepentingan Malaysia.

Kerajaan perpaduan ini akan meletak semula dasar-dasar negara di atas landasan yang betul demi kepentingan kita bersama yang bernaung di bawahnya. Kita beri alternatif kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat pilihan selain Najib selepas Abdullah meletakkan jawatannya.

Untuk itu, saya meletakkan, biarlah Ku Li menjadi pilihan lain selain Najib untuk menjadi perdana menteri kerajaan perpaduan ini. Di bawahnya akan ada pemimpin PKR, DAP, Pas, Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain yang menjadi menterinya berdasarkan kekuatan parti masing-masing dan kesediaan mereka menyertai kerajaan perpaduan ini.

Saya percaya, kita telah membuat satu kebaikan kepada negara apabila kita memberikan pilihan kepada ketua negara kita, iaitu Yang di-Pertuan Agong, untuk membuat pilihan bukannya terpaksa memilih yang satu sahaja.

Apabila saya melontar idea ini, banyak pihak yang menyifatkan saya menjual cerita penglipurlara. Cerita lakluk, kata seorang blogger. Saya juga dituduh sebagai agen kepada projek muzakarah Pas-Umno yang tidak jadi itu. Namun, melihat kepada senario politik yang ada sekarang, saya percaya, semua adalah serba mungkin.


Peralihan Kuasa: Hanya Agong boleh lantik PM


KUALA LUMPUR – Hanya kuasa Yang Dipertuan Agong sahaja mampu memilih dan melantik seorang Perdana Menteri setelah mendapat majoriti di Parlimen. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Abdullah bakal mengulangi kesilapan beliau sebelum ini dengan pihak istana kerana melakukan keputusan sesuka hati. “Yang Dipertuan Agong dan majoriti parlimen sahaja mampu melantik Perdana Menteri. Abdullah tidak boleh menamakan sesiapa sebagai pengganti,” katanya. Mengulas mengenai beberapa laporan media perdana yang membayangi Najib Tun Razak bakal menggantikan kerusi beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, Mahfuz berkata, Abdullah hanya berhak berundur.


“Sekiranya beliau mahu berundur, dia boleh lakukan. Bukannyadengan membayangi Najib sebagai pengganti. Abdullah sepatutnya menyerahkan kepada bahagian-bahagian Umno untuk mencalonkan jawatan Presiden,” katanya lagi. Jelasnya, melalui percalonan di peringkat bahagian, Presiden Umno hanya boleh dipilih oleh pewakilan seterusnya menggantikan Abdullah. “Kerusi Perdana Menteri pula hanya boleh dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah mendapat mandat dari majoriti Parlimen,”katanya.


Tindakan berkenaan, sekiranya gagal, Abdullah dilihat akan mengulangi kesilapan yang sama seperti mana yang berlaku pada pilihanraya lepas di Terengganu dan Perlis. Kesilapan Abdullah ketika itu adalah melantik menteri besar, Terengganu dan Perlis tanpa mendapat perkenan pihak istana. Walaubagaimanapun pihak Istana membelakangi kehendak Abdullah, dengan melantik menteri besar yang mendapat perkenan Raja dan Sultan kedua-dua negeri berkenaan.
“Tragedi itu, menunjukan kebiadapan Abdullah serta pengikut Umno yang memprotes perkenan Yang Dipertuan Agong selaku Sultan Terengganu,”katanya yang merujuk insiden kata-kata kesat terhadap Agong sewaktu protes perlantikan Menteri Besar Terengganu. Jelas Mahfuz lagi, sebelum berundur, Abdullah sepatutnya membersihkan imejnya yang telah dicemari oleh dirinya sendiri.“Abdullah harus berundur dengan membersihkan imej beliau sebagai seorang pemimpin dan bakal bekas Perdana Menteri,” katanya.

[Ini bermakna, biarpun Najib dilihat bakal menjadi Presiden UMNO tapi belum tentu beliau berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat semua tahu apakah yang telah dilakukannya selama ini. Berbagai skandal yang menimpa beliau mencerminkan bahawa Najib bukanlah calon yang paling sesuai untuk jawatan nombor satu itu. Siapakah yang akan bersaing dengan Najib dalam hal ini. Pastinya Anwar atau pun Ku Li. Jika Ku Li menang, sudah pasti Kerajaan Perpaduan akan dibentuk dan Anwar pasti akan berada di dalam. Jika Anwar menang pula sudah pasti Ku Li turut akan berada di dalam. Maka mana satukah akan berlaku dulu, Ku Li menang menerusi UMNO atau Anwar pula menang menerusi peralihan kuasa kerajaan pusat]

No comments:

Post a Comment