Thursday 28 January 2010

Buletinonline Kena Semak Semula Fakta Posting 27/1/2010

Buletinonline posting 27 Januari 2010 bertajuk Hishamudin tak mahu terima memorandum,  melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberitakan tidak mahu menerima satu memorandum yang mahu diserahkan kepadanya.
Menurut sumber, memorandum tersebut mahu diserahkan oleh kumpulan yang menyokong bekas Ketua Pemuda Umno, Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak). 

Namun, Hishamuddin memberikan alasan, beliau tidak mahu menerima memorandum itu kerana menurutnya, beliau tidak akan melayan sebarang karenah serta perkara remeh-temeh yang boleh membawa kepada perpecahan.



Sebaliknya, rancangan penyerahan memorandum tersebut pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa telah ada perpecahan dikalangan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Batu Burok.

Difahamkan, penyokong-penyokong kuat Mat Kerak tidak berpuas hati atas tindakan tidak mengekalkan Mat Kerak sebagai Penyelaras DUN Batu Burok.

Oleh itu mereka mengharap supaya selaku Pengerusi Perhubungan, Hishamudin dapat mendengar dan menyelesaikan hajat mereka.
Rasanya  laporan ini salah kerana Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak) , Timbalan Ketua UMNO Kuala Terengganu juga dilantik oleh Ketua Bahagian sebagai Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Batu Buruk mengambil tempat Dato' Che Mat Jusoh yang memegang jawatan itu pada penggal lalu.

Jawatan Pengerusi Penyelaras dilantik oleh Ketua Bahagian, yang merupakan jawatan parti yang diwujudkan pada zaman Wan Mokthar lagi dan tidak ada dalam perlembagaan parti.
Isu jawatan Pengerusi Penyelaras ini telah disensasikan bagi menjatuhkan Ahmad Said oleh kumpulan penentang.
Setelah sms ugutan bunuh dihantar pada April tahun lalu. Terdapat satu tulisan dalam blog mubin yang bawahnya disebut Alias sebagai penulisnya juga membangkitkan isu ini yang menyelahkan Ahmad Said, sedangkan Pengerusi Penyelaras dilantik oleh Ketua Bahagian dan tidak kena mengena dengan Ahmad.

Isu yang dibangkit dalam blog berkenaan juga merupakan perkara-perkara yang dimuat dalam memorandum kumpulan penentang yang dihantar kepada Najib sebagai alasan untuk pecat Ahmad. Walau bagaimanapun nasib masih menyembelahi Ahmad kerana pagar istana kecil masih lagi utuh walau pun pernah digoyah ADUN penentang dan difitnah dalam blog mubin.

Isu berbangkit apabila Dato' Dr. Pok Rosli tidak melantik Din Edam sebagai Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Besi. Tidak boleh dipersalahkan kepada Dato'  Dr Pok  Rosli juga perkara ini , kerana Din menentang Pok Li merebut jawatan Ketua Bahagian Dungun.Suasana ketegangan pertandingan masih terasa, jika dilantik pun, pasti Din tidak dapat bekerjasama dengan Pok Rosli. Oleh itu Pok Rosli ambil jalan selamat, serahkan sementara jawatan berkenaan kepada YB lain, bila keadaan dah sejuk serah kembali kepada Din.

Sebelumnya pertandingan Ahmad Said telah secara peribadi  nasihat Din supaya berfikir sematangnya sebelum buat keputusan bertanding kerana kesannya panjang walaupun tuannya "pendek",. Walau bagaimana pun Din berkeras juga untuk bertanding dengan alasan mempunyai peluang 60 peratus menang.

 Kumpulan penentang sepatutnya berjiwa besar dan mempelajari dari sejarah. Pak Lah yang pernah kalah dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pun satu masa dulu  pernah dipecat oleh PM dari jawatan Menteri Pertahanan. Menurut cerita , surat pemecatan diterima semasa chair meeting penting dan terpaksa tangguh meeting berkenaan kerana menghormati surat pemecatannya.

Sama halnya dengan Rosol Wahid, kalah menentang  Rozi dalam jawatan Tibalan Ketua Bahagian Hulu Terengganu. Rosol dalam satu rakit dengan Cikgu Mohd Nor yang menentang TePutera bagi jawatan Ketua Bahagian Hulu Terengganu.



Sementara suhu pertandingan masih panas, Tengku Putera Biasalah melantik orang lain terlebih dahulu ke jawatan Pengerusi Penyelaras DUN Ajil. Kini suasana sudah sejuk, jawatan berkenaan telah di kembalikan semula kepada Rosol.


Ternyata Tengku Putera tidak berdendam kepada Rosol, walaupun Rosol tidak mengesyorkan nama Tengku Putera kepada Idris sebagai calon PRU 12.

No comments:

Post a Comment