Thursday 14 January 2010

(Hanya Muhyiddin Mampu Selamatkan T'ganu Bahagian ke 2)

Tidak mungkin rasanya perkara-perkara berikut tidak disenangi ;

Isu Tuntutan Wang Royalti

Perkara ini merupakan janji Najib kepada rakyat Terengganu semasa kempen Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan beberapa forum lain yang telah dirakam oleh media-massa.

Kerajaan negeri menuntut RM 2.7 bilion wang royalti yang telah digunakan bukan untuk negeri Terengganu, tetapi telah dibelanja di negeri lain atau bukan kepentingan negeri Terengganu. Tetapi kerajaan Persekutuan pada dasarnya hanya bersetuju untuk memulangkan RM 1.67 bilion sahaja.

Sebelum Ahmad Said, mereka tidak bersunguh menuntut wang royalti, sebaliknya berpakat dengan Perdana Menteri membuat projek besar atas nama Dana Khas yang tidak perlu masuk bajet . Contohnya Taman Tamaddun Islam, Hotel Telok Warisan, Benteng Pemecah Ombak Muara Sungai Terengganu, Lapangan Terbang Sutan Mahmud, Projek Jalan dan sebagainya bernilai berbilion ringgit tanpa tender dengan kos yang tinggi.

Arahan Kerajaan Negeri memberhentikan perbelanjaan projek secara Dana Khas, menyebabkan kerajaan Persekutuan tidak lagi boleh membelanja wang berkenaan 'sesuka hati' sepertimana zaman sebelum ini, dimana kontraktor angkat surat cadangan projek secara runding terus kepada Perdana Menteri, Perdana Menteri minit kepada Menteri Kewangan Kedua beri persetujuan. Kontraktor kemudian bawa surat itu jumpa Menteri Besar bagi keluarkan surat persetujuan, dan projek berkenaan pun berjalan, kos projek main letak-letak sahaja.

Kementerian Kewangan maklumkan kepada kerajaan negeri bahawa tiada halangan serah balik royalty kepada kerajaan negeri Terengganu jika Petronas setuju. Pokoknya Petronas bawah Perdana Menteri, jadi apa masalahnya ? dan siapa punca masalah ?

Petronas pula kata negeri kenalah tarik balik dulu saman dan juga kena tandatangan perjanjian baru yang menukar status “royalti” kepada sumbangan “ex-gratia”. Sedangkan perjanjian antara kerajaan negeri dengan Petronas telah dimeteri sejak mula petroleum mengalir dari bumi Darul Iman ini !.

Apa istemewanya Terengganu dibawah Barisan Nasional akan jadi sama dengan Kelantan, negeri pembangkang dalam mendapat Dana Khas. Manakala Sabah semasa dibawah pembangkang dulu dan bawah BN sekarang terus mendapat royalty?

Keadaan ini telah wujudkan ketidaksetabil politik dan ekonomi negeri Terengganu. Tahun lepas misalnya, Kementerian Kewangan mebuat tiga kali bayaran Dana Khas berjumlah RM 1,394 juta, sedangkan bajet negeri RM 1.8 bilion, dengan ini tak dapat negeri melaksanakan pembangunan sebagaimana yang telah dirancangkan, serta tak boleh sumbang kepada Tabung Amanah Warisan Negeri yang telah ditetapkan oleh perundangan.

Sehingga kini, sejumlah RM 800 juta hasil petroleum tahun lepas masih belum dilunaskan oleh kerajaan Pusat kepada Terengganu.

Isu Terengganu Investment Authority (TIA)

Syarikat ditubuhkan sebagai milik majority kerajaan negeri Terengganu. Tapi Pegawai Kerajaan Negeri, Exco Kerajaan Negeri atau ADUN tidak boleh dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Jadinya siapa yang hendak jaga kepentingan negeri ?

CEO dan Pengarah telah dilantik tanpa persetujuan Perbadanan Menteri Besar Terengganu yang merupakan pemilik TIA.

BON RM 500 juta dikeluarkan oleh TIA, ada kah minyak dalam perut bumi Terengganu jadi cagaran ?.

Royalti minyak kena parking dalam TIA yang kerajaan Terengganu tiada wakil dalamnya untuk mengurus dan mengawal perbelanjaan menjaga kepentingan negeri.

Adakah ini satu makanisma yang dirancang untuk mengurus dan mengawal royalty petroleum oleh kepimpinan pusat ? Dengan alasan jika royalty dikembalikan, Terengganu akan jatuh ketangan pembangkang ?

Namun, tak perlu bincang lagi kerana TIA telah berkubur dan tiada lagi dari menjadi milik Perbadaan Menteri Besar Terengganu.

No comments:

Post a Comment