Sunday 24 January 2010

BENARKAH DUA SUK TADBIR TERENGGANU ?


Benarkah dua orang SUK mentadbir Terengganu sekarang ini ? Ini berita baru yang disensai setelah kecewa dengan Ahmad terus menerajui Terengganu dengan disayangi rakyat.!!!!

Menguruskan pertukaran  pegawai tadbir negeri Terengganu (TCS)  merupakan tugas pertama Dato’ Haji Mazlan Ngah yang  baru dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan  secara pemangkuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, setelah mendapat perkenan daripada Tuanku Mizan.

Dato’ Haji Mokthar Nong, penyandang Setiausaha Kerajaan  sebelum ini telah telah diluluskan permohonan bercuti sebelum bersara mulai 15 Januari 2010.



Arahan Perkhidmatan memperuntukkan seseorang pegawai yang akan bersara boleh dibenarkan mengambil semua cuti rehat yang dilayaki sebelum ia bersara supaya cuti rehat itu tamat pada hari akhir perkhidmatannya.

Arahan Perkhidmatan seterusnya memperuntukan   cuti rehat yang boleh diambil oleh seseorang pegawai itu hendaklah jangan melebihi jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkannya bagi tempoh perkhidmatan selama masa 36 bulan sebelum tarikh persaraannya, dikira kebelakangan dari hari akhir perkhidmatannya itu.

Setelah diluluskan permohonan cuti sebelum bersara, pegawai akan terus meninggalkan tugas  dan pejabat  terus menerus sehingga ke hari persaraan sebenar. Maka tiada lagilah bertanggungjawab dengan tugas harian.

Mengikut Peraturan Pegawai Awam Kelakuan Dan Tatatertib, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional samasekali tidak dibenar bergiat aktif dalam politik. Tetapi kelonggaran diberi apabila mereka diluluskan cuti sebelum bersara, pegawai boleh bergiat aktif dalam aktiviti politik semasa menghabiskan cuti terkumpul sebelum bersara wajib jika mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.



Dengan kelulusan cuti sebelum bersara mulai 15 Januari 2010 yang telah diluluskan kepada Dato’ Mokthar Nong  ini bermakna beliau akan terus meninggalkan pejabat berterusan sehingga ke tarikh persaraannya.



Yang Berhormat Dato’ Haji Mazlan Ngah telah memulakan tugas SetiusahaKerajaan menggantikan Dato’ Mokthar Nong mulai tarikh cuti sebelum bersara yang telah diluluskan kepadanya.




Perlantikan Mazlan  dibuat secara pemangkuan  oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu selaku Pihakberkuasa Melantik mengikut Undang-Undang Tubuh Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu 1911 pindaan 1948 setelah  mendapat ampuni perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang juga Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Mengikut peruntukan Arahan Perkhidmatan,  memangku ialah sesuatu keadaan di mana anggota perkhidmatan awam diarah menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab sepenuh masa sesuatu jawatan lain yang lebih tinggi dalam Skim Perkhidmatan yang sama atau berlainan, dengan meninggalkan jawatan hakikinya.


Peruntukan di aras membawa maksud  dan menyebabkan Mazlan telah meninggalkan jawatan sebelum ini ia itu Pegawai Kewangan Negeri. Selaras dengan ini, pada 17 Januari 2010 dengan rasminya Mokthar menyerah tugas Setiausaha Kerajaan kepada Mazlan disaksikan oleh hampir semua Pegawai Tadbir Negeri Terengganu.


Mulai tarikh yang sama Mazlan telah mengosongkan bilik di pejabat lamanya di Pejabat Kewangan berpindah  Pejabat Setiausaha Kerajaan mengambil bilik yang telah disongkan oleh Mokthar akibat cuti sebelum bersara.


Status pegawai yang cuti sebelum bersara akan menjadi pegawai jawatan kumpulan atau Tambahsentara dibawah pentadbiran negeri sehingga ke tarikh persaraan hakiki beliau dan tidak bertanggungjawab lagi untuk menjalankan tugas.


Dalam majlis penyerahan tugas  Setiausaha Kerajaan kepadanya,  Mazlan dalam ucapannya  telah menekankan kreteria utama bagi penempatan dan kenaikan pangkat pegawai tadbir negeri dibawah kepimpinan beliau ialah intergriti , acceptability, meritokrasi dan seniority.


Tugas utama Mazlan selaku Setiausaha Kerajaan adalah menyusun semula kedudukan pegawai Tadbir akibat daripada persaraan awal Mokthar berasaskan kepada kreteria  intergriti dan acceptability barulah diikuti dengan meritokrasi dan seniority.

Hasil percaturan beliau telah diangkat serta mendapat persetujuan dan perkenan pihak atasan. Menurut sumber, Mazlan mengendali sepenuhnya senarai pertukaran ini. Semasa perbincangan dengan Menteri Besar berkait cadangan senarai, tiada seorang pegawai pun dibenarkan masuk.


Semasa majlis penyerahan tugas, Mokthar dalam ucapannya bertanya Mazlan kenapa  arahan pertukaran pegawai belum keluar sedangkan telah diangkat ke Istana. Mazlan member jawapan bahawa terdapat pindaan kepada senarai berkenaan.

Situasi diatas jelas menunjukkan Mazlan memikul tanggungjawab penuh terhadap rombakan pentadbiran negeri, tanpa campurtangan pegawai-pegawai lain. Ini lah kehebatan Mazalan memikul tanggungjawab yang diberikan.

Tepat lah kata-kata e-mail yang diterima berkait arahan pertukaran TCS yang akan berkuatkuasa pada 1 Febuari 2010 berbunyi
  “Pertukaran jawatan tcs trg adalah yg terbaik dlm sejarah sejak zaman wan mukhtar...tanpa dendam...tanpa zalim...hatta zaman pas x gining...alhamdulilaah...dato mat said adalah betul2 menteri besar yang Allah hantar ke trg darul iman....untuk bantu rakyat..menteri besar yg betul2 jadi juara rakyat...bukan hanya cakp2”.

Jelaslah kini hanya ada seorang sahaja Setiausaha Kerajaan yang mentadbir negeri Terengganu Darul Iman. Lebih penting lagi beliau seorang yang kenal dan setia kepada bos nya.

No comments:

Post a Comment