Tuesday 26 January 2010

Ri-Yaz Asset Sdn. Bhd Difitnah Mubin


Membaca entri blog teganuku bertajuk 'Sensasi Tapi Awas' fahamlah bahawa Mubin yang kebal itu meneruskan lagi fitnah bersirinya. Kali ini Ri-Yaz jadi mangsa.

Ri-Yaz ada lah pemilik sebuah hotel besar di Cyberjaya yang dilahirkan di zaman Tun Mahadhir meneroka Putrajaya dan Cyberjaya. Hotel ini tempat ketua negara APEX bersidang suatu masa dulu. Jika anda melawat hotel ini anda akan dapat melihat 'batu tanda' tempat ketua-ketua negara G7 merakamkan kenangan. anda dapat membaca nama besar seperti Bill Clinton, Shirat dan lain-lain lagi. Datanglah sendiri untuk melihat kenangan dan sejarah negara yang dirakamkan di Hotel berkenaan Cyberjaya.

Saya pasti fitnah Mubin ini menjatuhkan reputasi hotel ini yang juga mempunyai cawangan di Teluk Warisan, Pulau Duyong Terengganu.

Pelbagai fakta tidak tepat dilemparkan mubin kepada hotel besar ini, termasuk dikatakan membekal air zam-zam kepada kerajaan negeri Terengganu. Ternyata ini satu finah yang dasyat kepada koperat berkenaan yang pasti menjatuhkan reputasi salah satu hotel 'world class' ini.

MB dah maklumkan pembekal air zam-zam ialah satu syarikat yang berpengkalang di Madinah, Saudi Arabia dan mempunyai cawangan di Malaysia ia itu Al- Ansar.

Harap sayarikat Ri-Yaz kaji kesan fitnah ini terhadap 'Goodwill' yang dibangun bersama Mahadhir meneroka Cyberjaya.

Harap dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap fitnah yang pasti menjejaskan nama koperat besar ini.

Entri dalam blog teganuku.blogspot.com sebagaimana di bawah;
SENSASI TAPI AWAS…

Bukan suatu amaran atau ugutan kepada penulisnya seperti sms ugut bunuh tetapi tulisan ini bercirikan berfakta.

Ini memang sedap dan sensasi. Pedas dan menyeronokkan.

Kalau benar - terima kasih banyak kerana info tetapi kalau bohong, dusta dan fitnah, tunggulah balasannya di dunia dan di akhirat.

Hebatnya penulis ini ialah dia mengetahui sms berkenaan hingga yang dihantar kepada seorang yang berstatus YB Dato’ Seri (kemungkinan YB. Dato’ Seri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu).

Siapa yang feed maklumat kepadanya dari pihak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu?

Baca entri berikut yang diambil daripada sebuah blog yang sangat lantang memburukkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Untuk apa entri ini dibuat dan demi kepentingan siapa ia dibuat menjadi persoalan. Namun nama-nama yang disebut dalam entri ini menceritakan segala-galanya.

Sila baca:

YANG TERGADAI SEGALANYA

Awal pagi tadi, dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, saya ada menerima satu salinan mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang pada perkiraan saya, pengirimnya turut forwardkan sms berkenaan kepada banyak orang yang lain juga.

Saya juga tidak pasti, sama ada sms berkenaan baru sahaja ‘beredar di pasaran’ atau sudah lama/sudah beberapa hari/minggu/bulan sebelum hari ini. Agak menarik sms tu, walaupun kesahihannya belum dapat dipastikan lagi.

Mengikut apa yang terkandung dalam sms berkenaan, sms tersebut dikirimkan kepada seorang yang berstatus YB Dato’ Seri (kemungkinan YB. Dato’ Seri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu) untuk mengetahui sama ada benar atau tidak wujudnya cerita berkenaan. Saya menunggu-nunggu sms lain, terutamanya (kalau ada) sms balas daripada pihak MB Mat Said sendiri (yang dikaitkan namanya dalam sms berkenaan).

Tetapi sehingga cerita ini ditulis dan dipostingkan, tiada sebarang makluman balas perihal mahupun jawapan pasti berkaitan diterima. Insya-Allah kalau saya menerimanya nanti, akan saya postingkan lagi di sini.

Cuma dalam saya menunggu sms lain (terutamanya sms balas daripada MB Mat Said atau and the gengnya, kalau ada), saya teringat kata-kata daripada seorang kawan.

Katanya, jangan diharap nak tunggu balasan sms daripada MB Mat Said, kerana bukan dia tak layan atau malas nak taip sms atau malas nak layan sms sebegitu, tetapi kerana beliau (MB Mat Said) memang buta sms.

Dengan perkataan yang mudah disebut dan makna lebih tepat ialah ‘dok reti nak balas sms’. Telefonnya, kata kawan itu lagi sekadar untuk membuat dan menerima panggilan suara sahaja.

Lanjutan daripada itulah, makanya tanpa menunggu sebarang jawapan atau kenyataan balas atau penafian rasmi daripada MB Mat Said atau sesiapa yang dituju sms itu, saya turunkan sms berkenaan sepenuhnya (bahasa sms/ejaannya diubah mengikut ejaan penuh bahasa Melayu) :

YB Dato’ Seri, adakah sms ni benar? Salam. (Hari ini Mr Lim dari Hong Kong (pembeli sebenar tanah dan aset Pulau Besar, Merang) telah berada di Terengganu untuk apa-apa persiapan pembelian tersebut bertopengkan Syarikat Ri-Yaz Asset Sdn. Bhd., (paid up capital RM100k). Keseluruhan Pulau Besar seluas 676 ekar dijual dengan 664 ekar (daripadanya) berharga RM40 juta manakala (baki) tanah 12 ekar + (campur) hotel dalam pembinaan yang telah dilunaskan (oleh) kerajaan negeri (berharga) hampir RM30 juta + (campur) jalan yang dibangunkan dengan harga keseluruhan RM67 juta. Hari (hal) ini dikatakan dibincang dalam Exco meeting. SATU LAGI TANAH LUAS YANG SANGAT STRATEGIK AKAN TERLEPAS KE TANGAN CINA. Ri-Yaz Asset dikatakan kroni penting MB yang membekalkan air zam-zam. Saya yakin HANYA CAMPUR TANGAN TUANKU SAJA YANG MAMPU SELAMATKAN ASET PENTING INI DARIPADA KEJAHATAN MAT SAID).

Sama ada benar atau sebaliknya cerita di sebalik sms itu, seperti yang dikatakan sebelum ini – tiada yang pelik atau ajaib atau luar biasa atau mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said selaku MB… kun fayakun… Itulah hebatnya MB Mat Said, MB yang kita semua sanjungi dan sayangi… Yang tergadai bukan sahaja maruah dan harta ‘redok’ negeri tetapi segalanya…

Berkait isu korma dan air zam-zam yang disensasikan oleh sisa budak hitam dalam sidang DUN yang baru lalu, Akhbar Sinar Harian dalam Selamat Tahun Barunya kepada Ahmad Said mencatatkan rasa terima kasih dan pujian daripada seorang rakyat…….’semasa menerima beg berisi kurma istemewa dan air zam-zam daripada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said… hati saya terdetik…inilah kali pertama dalam hidup saya sebagai rakyat Terengganu mendapat hadiah daripada Menteri Besar tanpa pilih kasih. Saya bukan penyokong partinya.. jadi apa-apa pun sentiasa tersisih..


Berkat hadiah ini, barulah saya mula menjejak langkah Ahmad Said .. MasyaAllah inilah satu-satunya Menteri Besar yang kerjanya untuk rakyat Terengganu.. tidak semacam pemimpin terdahulu.

Walaupun kurma itu menjadi isu besar, RM 7 juta.. namun inilah RM 7 juta dikongsi dengan kita semua.. bukan untuk penyokongnya sahaja..bagi saya kurma itu lebih bernilai dari RM20..

Terima kasih Menteri Besar.. Ahmad Said Berjaya membuktikan beliau memang Menteri Besar kita…’

Kini terbukti Ahmad Said berjaya menghidupkan hubungan beliau dengan rakyat, beliau bijak menyusun program dan mengutamakan rakyat selaras dengan mottonya ‘Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan.”

No comments:

Post a Comment