Kaji dulu jangan cepat nak sambuat sesuatu cadangan yang
akan mendatangkan kontroversi, nanti ada yang akan menyifatkan kenyataan itu terlalu
awal dan ‘TERDESAK'.
Apa salahnya bincang dulu, jangan cepat bersetuju dengan
saranan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk
menanam ketum atau mitragyna speciose.
Ini tidak, terus menyatakan kerajaan negeri tidak
mempunyai masalah bekerjasama dengan RISDA untuk melaksanakan penanaman pokok
ketum bagi tujuan eksport.
Walaupun menyebut sekiranya dibuat mengikut saluran yang
betul dan diyakini tidak disalahgunakan, ia suatu kenyataan untuk tunjukkan ia
tergesa-gesa.
Tetapi tidakkah Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif
Abdul Rahman tahu bahawa pendirian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menganggap
cadangan membenarkan pekebun kecil menanam ketum sebagai sumber pendapatan
tambahan sebagai menjemput ‘malapetaka’?
Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan
larangan mulai Januari 2003. Cuma ketum ini tidak ada lagi bukti perubatan,
boleh berubat dalam penyelamatan nyawa manusia.
Adalah sesuatu yang ‘pelik bin aneh’, Ahmad Razif pada Selasa lepas boleh
kaitkan penanaman ketum dengan mengambil contoh dua taman herba dengan
kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) iaitu di Pasir Raja, Dungun dan Kuala Berang, Hulu
Terengganu selain Taman Herba di Tasik Kenyir yang menjadi pusat penanaman
segala jenis herba.
Menurutnya, kerajaan negeri bersedia sekiranya mampu
membantu meningkatkan pendapatan pekebun menerusi RISDA serta tidak
mendatangkan masalah terutamanya berkaitan dengan penagihannya kerana
disalahgunakan.
"Saya yakin sekiranya penanamannya dilakukan oleh
sebuah organisasi tentunya akan mampu dikawal daripada disalahgunakan pihak
tertentu.
Air Daun Ketum dirampas fiNegeri Sembilan baru0baru ini. |
"Kita lihat bagaimana RISDA mampu menyakinkan
kerajaan mengenai kaedah akan dilaksanakannya," katanya megenai cadangan
RISDA menanam pokok ketum bagi memenuhi permintaan luar negara untuk kegunaan
bidang perubatan sekali gus tingkat pendapatan pekebun kecil getah.
Lebih memelikkan, ada pula pegawai di bahagian komunikasi
kerajaan, Unit Komunikasi (UKOM) ‘bergembira’ dan menyambut ‘girang’ kenyataan
Ahmad Razif itu.
Apakah ketum dikategorikan sebagai herba?
Tak kanlah tidak ada sedikit pun terfikir oleh Ahmad Razif mengenai
kemungkinan-kemungkinan kesan buruk hasil cadangan ini untuk menyahut seruan
RISDA itu apabila Ahmad Razif bersetuju mengenainya.
Tidak payah Menteri Besar ulas panjang lebarlah mengenai
cadangan ini kerana ia memang tidak masuk akal.
Semalam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, DatukSeri Ismail Sabri Yaakob (kiri) sendiri tidak
menyedari RISDA mempunyai rancangan untuk para pekebun kecil menanam sebagai
sumber pendapatan tambahan.
Katanya, perbincangan di kementerian ketika ini adalah
penamanam tanaman kontan yang dibenarkan undang-undang di ladang-ladang seperti
ladang getah.
“Kita memang menggalakkan tanaman tambahan di ladang
getah seperti cendawan, tetapi tidak pernah kita sebut ketum,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan seminar di Putrajaya hari ini.
Beliau mengulas cadangan Pengerusi Risda Datuk Zahidi
Zainul Abidin Selasa lepas memohon kerajaan membenarkan pekebun kecil menanam
ketum secara komersil sebagai sumber pendapatan tambahan.
Menurut Zahidi, ketum yang dikatakan mempunyai nilai
perubatan boleh dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah kerana terdapat
permintaan tinggi dari farmasi di sana.
Ketika ini, penjualan air ketum boleh dikenakan tindakan
di bawah Akta Racun 1952 dan penanamannya secara besar-besaran perlu diteliti
secara mendalam.
Ahmad Razif juga perlu mendapatkan pandangan sejawatannya
umpamanya dari Perlis yang berdepan dengan isu ketum ini.
Perlis melihat persoalan ini apabila mengatakan Kerajaan
Negeri itu sekali lagi menegaskan pendirian melarang mana-mana pihak termasuk
penduduk di negeri ini menanam pokok ketum.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man (kanan) menegaskan, pemilik tanah
yang baru mendapat geran hak milik akan ditarik balik hak milik itu sekiranya
didapati terdapat tanaman pokok ketum di atas tanah itu.
"Kerajaan negeri memandang serius isu penanaman pokok ketum serta berpendirian tumbuhan itu mendatangkan banyak keburukan terutamanya ketagihan (air daun ketum) dalam kalangan anak muda di negeri ini termasuk pelajar sekolah.
"Oleh itu, sebarang dakwaan mengatakan kononnya kerajaan negeri ada berniat membenarkan penanaman pokok tersebut kerana tidak tegas berhubung perkara ini tidak wajar ditimbulkan lagi," katanya.
Azlan berkata beliau menjelaskan perkara itu berikutan ada beberapa pihak yang salah faham mengenai kenyataan dikeluarkan beliau sebelum ini berkaitan tanaman pokok ketum tersebut termasuk hangat dibincangkan di laman sosial.
Katanya sehingga kini beliau tidak pernah terbaca dalam mana-mana buku atau jurnal perubatan menulis dokumen memperakukan secara saintifik daun ketum boleh dijadikan ubat.
"Kerajaan negeri memandang serius isu penanaman pokok ketum serta berpendirian tumbuhan itu mendatangkan banyak keburukan terutamanya ketagihan (air daun ketum) dalam kalangan anak muda di negeri ini termasuk pelajar sekolah.
"Oleh itu, sebarang dakwaan mengatakan kononnya kerajaan negeri ada berniat membenarkan penanaman pokok tersebut kerana tidak tegas berhubung perkara ini tidak wajar ditimbulkan lagi," katanya.
Azlan berkata beliau menjelaskan perkara itu berikutan ada beberapa pihak yang salah faham mengenai kenyataan dikeluarkan beliau sebelum ini berkaitan tanaman pokok ketum tersebut termasuk hangat dibincangkan di laman sosial.
Katanya sehingga kini beliau tidak pernah terbaca dalam mana-mana buku atau jurnal perubatan menulis dokumen memperakukan secara saintifik daun ketum boleh dijadikan ubat.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berpendapat cadangan
membenarkan pekebun kecil menanam sebagai sumber pendapatan tambahan dianggap
menjemput ‘malapetaka’.
Pegawai Perhubungan AADK Salehuddin Klewan berkata cadangan
penanaman ketum secara meluas seolah membuka ruang luas kepada penyalahgunaan
dadah.
Dr Suhazeli...tiada bukti baharu |
Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah mengulas
perkara itu mengatakan mungkin diluar pengetahuan beliau terdapat bukti terbaharu bahawa ketum ini
mempunyai khasiat kesihatan yang mendesak sehinggakan agensi rasmi kerajaan
ingin mengusulkan kelulusan penanaman ketum di negara kita?
Atau keadaan terdesak dengan harga getah yang semakin
hari mengcengkam para pekebun getah, lalu diusul tanaman gantian baru- ketum? “Saya
tidak pasti!”
“Terfikir dalam minda nakal saya, kenapa nak komersialkan
ketum? Tidak Opium Poppy. Poppy adalah tanaman asas kepada morfin yang
digunakan secara luas dalam bidang perubatan, “ katanya.
Menurutnya, pesakit serangan jantung, guna sebagai ubat
bius, ubat tahan kesakitan sewaktu mahu bersalin dan banyak lagi manfaat lain. “Sudah
banyak kajian yang mengkaji keberkesanan morfin ini,” tegasnya.
Polis Perlis kelmarin secara dasarnya tidak bersetuju dengan
sebarang cadangan atau usaha mana-mana pihak untuk menjadikan ketum sebagai
tanaman komersil dan dieksport ke luar negara.
Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Noor Mushar Muhammad berkata pengeksportan tanaman itu pastinya melibatkan kuantiti
yang banyak dan dikhuatiri akan memberi implikasi lebih buruk.
"Usaha tersebut dilihat hanya menguntungkan
sesetengah pihak sahaja, sedangkan kesan mudarat itu lebih banyak berlaku dalam
kalangan masyarakat," katanya di Kangar.
Pesanan penting Noor Mushar ialah dengan mengambil contoh seperti yang berlaku di
Golden Triangle (sempadan tiga negara antara Myanmar, Laos dan Thailand) yang
merupakan kawasan tanaman ganja di mana ia didakwa bagi tujuan perubatan, namun akhirnya menjadi aktiviti mengaut keuntungan
semata-mata!!!
No comments:
Post a Comment