"Kaedah mengambil injunksi adalah wajar untuk memberi gambaran yang lebih jelas terhadap bangkangan dan tidak bersetujunya rakyat Terengganu untuk dikenakan tol.”
Ultimatum atau
kata dua daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Menteri Besar Terengganu.
Usahakan agar dapat miliki ekuiti atau aset Lebuhraya Pantai Timur
2 (LPT2) atau risiko berdepan injuksi penangguhan kutipan tol.
Sikap kerajaan negeri yang tidak mengambil tindakan bersungguh-sungguh
terhadap tawaran sama ada ekuiti atau aset LPT2 perlu penjelasan daripada Ahmad Razif Abdul Rahman.
Apakah Ahmad Razif sengaja tidak mahu
kerajaan negeri terlibat atau beliau terlepas pandang?
Atau beliau ‘lemah’ dalam perundingan dengan Kerajaan Pusat
memandangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar kini bagaikan ‘telor di hujung
tanduk’?
Akibat lemas dengan tekanan, apa lagi selepas pingat
kebesarannya di tarik balik, Ahmad Razif hanya nampak kedudukannya sahaja tanpa
mempedulikan isu-isu membabitkan rakyat dan kepentingan kerajaan negeri.
LPT2 sepanjang 184 kilometer itu dibuka sepenuhnya pada
31 Dis tahun 2014, yang membolehkan perjalanan dari Kuala Terengganu-Kuala
Lumpur dipendekkan kepada empat jam.
Sabtu lalu (16 Julai 2916), Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar dari PKR,
Azan Ismail menuntut Ahmad Razif memberikan jawapan sama ada kerajaan negeri menerima
atau menolak tawaran ekuiti itu.
Hakikatnya, inilah masanya untuk kerajaan negeri boleh
mengambil peluang untuk memiliki aset dan pengurusan konsesi secara eksklusif
dan lebih baik.
Menurut Azan, kerajaan negeri perlu mengambil alih
keseluruhan ekuiti ataupun aset LPT2 sebagaimana pengumuman tawaran yang pernah
dibuat oleh kerajaan tahun lepas terhadap pemilikan keseluruhan konsesi dan
aset-aset LPT.
Azan yang mendakwa mewakili Pakatan Harapan (membabitkan PKR, DAP dan AMANAH) menegaskan
sekiranya pertimbangan oleh kerajaan tidak dibuat dan Ahmad Razif tidak
mempunyai jawapan terhadapnya, satu tidakan tegas akan diambil oleh PH.
Pihaknya (PH) akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak untuk mengambil tindakan
injunksi di mahkamah bagi membolehkan keputusan lebih wajar dibuat.
“Kami faham bahawa keputusan untuk mengutip tol ini
datang daripada kementerian ataupun kerajaan Pusat maka kami faham kerajaan
negeri Terengganu berada dalam keadaan sukar serta terhimpit dengan keputusan
ini.
“Jadi, kami rasa kerajaan negeri tidak berupaya setakat
ini untuk berunding atau mencari alternatif lain selain membebankan rakyat
negeri Terengganu dan pantai timur. Maka kami rasakan kaedah mengambil injunksi
adalah wajar untuk memberi gambaran yang lebih jelas terhadap bangkangan dan
tidak bersetujunya rakyat Terengganu untuk dikenakan tol,” katanya.
Pada 18 Julai 2015 Ahmad Razif pernah berkata Kerajaan
negeri Terengganu akan berunding dengan kerajaan Persekutuan bagi memohon
sejumlah peratusan saham pengurusan LPT2 daripada syarikat konsesi Projek
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Berhad.
Menurutnya, LPT2, yang sebelum ini dikendalikan oleh
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), akan diuruskan oleh PLUS mulai Ogos 2015.
Beliau berkata demikian pada majlis meraikan kira-kira 3,000 anak perantauan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sempena Aidilfitri dan penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu haji kepada 12 bakal haji dalam Parlimen Kuala Nerus di Seberang Takir.
Beliau berkata demikian pada majlis meraikan kira-kira 3,000 anak perantauan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sempena Aidilfitri dan penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu haji kepada 12 bakal haji dalam Parlimen Kuala Nerus di Seberang Takir.
Menteri Besar itu menjelaskan, segala kos untuk membaik
pulih LPT2 akan dikeluarkan PLUS dan hentian Rehat dan Rawat, gerai dan stesen
minyak LPT2 akan mula dibuka selepas bermulanya operasi PLUS.
Azan berpendapat, langkah segera perlu dilakukan oleh kerajaan
negeri untuk mengelakkan injuksi itu ialah kerajaan negeri Terengganu
mengemukakan bantahan kepada Kerajaan Pusat untuk menangguhkan kutipan tol di LPT2
itu dengan serta-merta.
Penangguhan itu akan membolehkan kerajaan negeri
merundingkan beberapa perkara, termasuk kadar kutipan tol.
Azan Ismail yang juga Pengerusi PKR Terengganu,
memberitahu bahawa ia perlu dilakukan demi kepentingan pengguna di laluan
terbabit di samping spesifikasi keselamatan serta kemudahan yang boleh
dipertikaikan.
Keadaan sekarang langsung tidak menggambarkan keadaan
sebenar berbanding kos pembinaan yang dianggap lebuh raya elit dan termahal di
Semenanjung Malaysia.
Beliau menyifatkan pelaksanaan kutipan tol sebagai
tergesa-gesa kerana pengumuman dibuat beberapa hari sebelum ia dilaksanakan. Ia
juga turut menimbulkan persoalan sedangkan banyak masalah di laluan tersebut
masih belum diselesaikan sehingga kini.
“Pertimbangan (perlu dibuat) untuk menilai sama ada
munasabah atau tidak jumlah kutipan tol 12 sen satu kilometer dengan kemudahan
yang tidak mencukupi dan juga kedudukan taraf keselamatan pengguna yang masih
lagi dipertikaikan.
“Penangguhan ini juga memberi peluang kepada sama ada
perlu berlaku pengurangan dalam kadar tol per kilometer sesuai dengan sumbangan
kerajaan negeri ataupun pelaburan kerajaan negeri yang dibuat hampir separuh
daripada jumlah (pembinaan) tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui
di Majlis Hari Raya Aidilfitri di Pejabat PKR Kuala Terengganu, Gong Kapas, Sabtu
lalu.
Beliau juga turut meminta mana-mana pihak tidak
seharusnya menyalahkan rakyat sekiranya mereka mengambil tindakan mengadakan
protes jalanan dan demonstrasi di plaza-plaza tol sebagai bantahan terhadap
kutipan terbabit.
“Walaupun ini tidak berlaku dan kita tidak galakkan
tetapi kita tahu sejarah apabila tidak ada penyelesaian maka selalunya akan
dipilih kaedah sebegini.
Jadi, kita harap keadaan keputusan kutipan tol di
Terengganu tidak mencapai keadaan tersebut,” katanya.
No comments:
Post a Comment