Seramai 1,000 orang ahli-ahli daripada lebih 50 buah
Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dijangka berhimpun dalam Kongres Rakyat
Terengganu, yang diadakan pada 20 Ogos depan.
Pengerusi Kongres tersebut, Yahaya Ali berkata,
penglibatan tersebut dari kalangan pelbagai NGO berdasarkan ‘cluster’
masing-masing termasuk badan-badan profesional antaranya peguam dan doktor.
“Program
kita yang akan diadakan pada 20 Ogos nanti di ‘Terengganu Equastrian Resort’
(TER) yang mempunyai kapasiti 1,000 orang…kita harap kita dapat kumpulkan
jumlah tersebut.
“Setiap NGO kita jemput 5 orang melainkan badan tertentu yang dia rasa tak cukup lima orang, kena tambah lagi..itu akan terpulang kepada budi bicara kepada pihak urusetia,”jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media perisytiharan
Kongres Rakyat bersempena Majlis Makan Malam NGO Bersama Media di sebuah
restoran di Kuala Terengganu pada Isnin malam, 25 Julai.
Katanya, agenda Kongres tersebut adalah ringkas dan terus
kepada perbahasan usul yang melibatkan pelbagai isu di dalam negeri Terengganu.
“Dalam agenda perbahasan isu-isu rakyat ini kita tak mahu
panjang…ia dikedadalikan oleh seorang ‘speaker’ dan terus masuk kepada
fakta.
“Setiap jurucakap diberi masa 10 hingga 12 minit dan isu banyak, kita bimbang
kalau tak jaga masa, kita tak sempat (membahaskan semua isu),”ujarnya.
Menurutnya, antara wakil-wakil NGO yang akan
membentangkan usul adalah Persatuan Pengguna Dungun (PADU) yang akan membawa
isu kepenggunaan, Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) yang akan membahaskan
isu kepimpinan dan pentadbiran, isu-isu ekonomi oleh Persatuan Pengusaha,
Pengedar, Pemborong Dan Peruncit Muslim Terengganu serta Majlis Perunding
Perlaksanaan Syariat Islam Terengganu yang akan membetangkan isu memartabatkan
perundangan Islam.
Katannya, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS akan menutup Kongres, dan membahaskan
isu berkaitan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) yang
beliau bentangkan dalam sidang parlimen pada 26 Mei lalu.
“Dari segi jemputan kita tak banyak jemput orang politk
parti, tetapi dari segi penutup Kongres oleh kerana dalam pertemuan dengan NGO
mereka merasakan sangat penting dan mustahak<
“Isu yang berkaitan pindaan akta 355 itu diambil peluang
dan kesempatan (dalam kongres ini) mereka merasakan orang yang paling layak
dijemput untuk melengkapkan program ini adalah Abdul Hadi.
“Sebagai ahli parlimen yang membentangkan usul ini di
parlimen,”kaya Yahaya.
Oleh itu, beliau berkata, Kongres tersebut akan
menyelesaikan apa-apa pendirian yang dikemukakan oleh rakyat.
Katanya, sebarang pentafsiran samada resolusi kongres itu
adalah untuk membantu dan memulihkan kerajaan atau menukar kerajaan adalah
terpulang kepada penilaian jurucakap isu-isu pada program itu.
“Kita tidak ada pilihan dan kita merasakan, apa pun
penilaian daripada rakyat kita ketepikan dahulu dan terpulang kepada (pihak
masing-masing).
“Memanglah yang mempengaruhi keputusan ini adalah pihak
berkuasa pihak ‘estastablishment’.
No comments:
Post a Comment