Jalan menuju ke persimpangan tol Gemuroh dari Kota Bharu. - Gambar Utusan. |
Bertuahnya rakyat Kelantan dan Terengganu kerana hasil minyak.
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) turut digunakan oleh orang Kelantan untuk ke Kuala Lumpur .
Lebuh raya berkenaan yang dilaksanakan kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Terengganu kini menjadi tumpuan pengguna kedua-dua negeri setiap kali perayaan.
Buktinya, jalan dari Kota Bharu menuju ke Kuala Terengganu sesak
teruk lebih 30 kilometer dari bandar Setiu hingga ke persimpangan Tol Gemuruh hari ini.
Ia digunakan oleh anak perantauan yang pulang ke kampung berhari raya mula kembali ke ibu
kota.
Tinjauan Bernama mendapati sejak semalam
kenderaan bergerak perlahan dari awal pagi hingga lewat petang dan jalan
menjadi sesak apabila pengguna dari Kota Bharu, Kelantan turut menggunakan
laluan tersebut untuk melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Kesesakan teruk turut dialami di jalan sekitar Kampung
Chalok dan susur masuk di Tol Gemuruh, bagaimanapun aliran trafik dari Kuala
Terengganu ke Besut berjalan lancar.
Seorang pengguna jalan raya, Ahmad Sabri Hasan, 35 yang
berasal dari Kota Bharu berkata beliau mengambil masa lebih enam jam dari Kota
Bharu ke Tol Gemuruh disebabkan berlaku kesesakan jalan raya di beberapa
tempat.
"Biasanya saya hanya ambil masa dua jam dari kampung
ke tol ini, tapi hari ni sampai lima jam lebih...memang banyak kenderaan yang
gunakan laluan ini terutamanya pada musim perayaan ini," katanya ketika
ditemui hari ini.
Seorang lagi pengguna, Ahmad Naufal Mustakin Ahmad Radzi,
27, dari Besut berkata beliau mengambil masa hampir tiga jam dari kampungnya ke
Kampung Gemuruh untuk menggunakan laluan LPT2.
"Biasa tak sampai dua jam pun dari rumah, tapi hari
ni memang banyak kenderaan sebab pengguna dari Kelantan pun guna laluan ni
untuk naik ke LPT2.
"Laluan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu berjalan
lancar sebab tak banyak sangat kenderaan...tapi dari Kota Bharu ke Terengganu,
memang sesak teruk," katanya.
Sementara itu Norhafiza Ismail, 30 mencadangkan kerajaan
pusat dan kerajaan negeri supaya meneruskan projek pembinaan LPT3 yang
menghubungkan Gemuruh hingga ke Tumpat, Kelantan bagi memastikan kesesakan
jalan dapat diatasi.
"Saya pernah dengar kerajaan negeri dan pusat sedang
kaji pembinaan LPT3...memang sangat bertepatanlah kalau LPT3 dibina sebab
setiap kali musim cuti sekolah dan perayaan beginilah keadaan jalan
raya...memang sesak!
"Kalau LPT3 dibina sekurang-kurangnya dapat
menyelesaikan masalah kesesakan jalan ini dan pengguna boleh pulang ke kampung
dan kembali ke ibu kota dengan selesa," katanya yang bertugas sebagai
seorang guru di Pontian, Johor.
No comments:
Post a Comment