Di Terengganu agaknya ‘orang PAS’ semua dapat bekalan air
ketika Aidilfitri kali ini kerana itu mereka diam membisu.
Sanak saudara mereka pastinya dapat bergembira kerana bekalan air
sampai ke rumah mereka, bukan seperti rumah orang UMNO, sehingga ada pemimpin
yang membuka mulut marahkan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).
Kalau tidak, percayalah, ‘mulut-mulut celupar yang sering
bersuara entah apa-apa itu’ akan terbuka luas.
Akan keluarlah berbagai kenyataan, terutamanya melalui media rasminya Buletinonline. Tetapi shingga 10 malam ini, tiada aduan 'pong'.
Mungkin rumah ADUN Bukit Payong dan ADUN Bukit Tunggal
tidak terjejas.
Mungkin juga di Marang, di rumah Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dan di Paka, rumah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat
juga ‘ok’.
Begitu juga di Kuala Nerus dan Kemaman, nampaknya Ahli
Parlimen Kuala Nerus. Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali dan ADUN Chukai,
Hanafiah Mat tidak bising ‘pong’. Lagi pun di Kuala Nerus dalam kawasan Menteri
Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Yang di Kuala Terengganu, rumah orang PAS tidak ada air,
mereka peduli apa!
Lantak kamulah, pandai-pandailah menyesuaikan diri.
Tidak seperti di Kedah, Dewan Pemuda Pas Kedah
melancarkan mobilisasi petisen online
dalam usaha mengumpul sokongan rakyat selain menyuarakan hasrat rakyat
berhubung krisis air di Kedah yang dikatakan meruncing sepanjang musim
perayaan.
Petisen yang dilancarkan semalam berjaya mendapatkan 314
tandatangan setakat 3.40 petang hari ini.
Ketua Penerangannya, Nurul Amin Hamid (kanan) berkata, pihaknya
turut melancarkan memorandum tuntutan rakyat berkaitan isu bekalan dan kualiti
air yang berulang saban tahun sehingga menyukarkan penduduk.
“Reaksi kerajaan negeri setiap kali masalah ini berlaku
ibarat melepas batuk di tangga, pelbagai alasan diberikan selain menuding jari
kepada agensi berkaitan untuk meredakan kemarahan rakyat, namun gagal menambah
baik pengurusan dan sistem bekalan air,” katanya.
Menurutnya, kekecewaan rakyat Kedah tidak dapat dibendung
lagi terutama ketika sambutan Aidilfitri yang diraikan dengan penuh kesulitan
berdepan masalah itu.
“Satu memorandum menuntut lima perkara yang turut
disertakan pada petisyen itu meminta, kerajaan negeri bertanggung jawab atas
kesusahan rakyat ketika Aidilfitri selain menggesa elaun Menteri Besar, Datuk
Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Pengerusi Syarikat Air Darul Aman (Sada)
dipotong sehingga masalah perkhidmatan bekalan air diselesaikan,”
katanya.
Nurul Amin berkata, tuntutan lain termasuk menggesa Exco
Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Badrol Hisham Hashim meletakkan
jawatan serta-merta kerana didakwa gagal menangani isu
berkenaan.
“Turut disarankan mengadakan konsultasi awam bersifat
lebih terbuka dalam melihat masalah secara kritikal serta mencari jalan
penyelesaian segera menangani krisis bekalan dan kualiti air,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga meminta kerajaan negeri
mengumumkan penggunaan peruntukan pusat dalam membaik pulih serta menaik taraf
infrastruktur air seperti saluran paip, loji rawatan, tangki simpanan,
peralatan mekanikal dan berkaitan.
“Kami mahu kerajaan negeri dedahkan kadar simpanan air di
empangan-empangan di Kedah, apa masalahnya sehingga simpanan air belum
mencukupi untuk dibekalkan untuk kegunaan rakyat Kedah,” katanya.
Tuntutan lain termasuk inisiatif kerajaan negeri
melakukan jangkaan masa hadapan berkenaan isu air di Kedah dan membuat
persiapan bersepadu dari semua aspek.
“Data perolehan krisis air pada masa lalu boleh dijadikan
petunjuk terhadap keperluan air mengikut daerah dan musim. Krisis lalu harus
dijadikan pengajaran dan berusaha menanganinya agar masalah sama tidak
berulang,” katanya.
Nurul Amin berkata, pihaknya juga bercadang mengadakan
pertemuan dengan pimpinan negeri dan Sada untuk berbincang secara telus, selain
berkongsi idea ke arah kesejahteraan rakyat.
“Kerajaan negeri seolah-olah tidak mengambil iktibar dan
petunjuk daripada pengalaman lalu. Data kadar penggunaan air musim perayaan
lalu tidak dijadikan panduan untuk persediaan bekalan dan menambahbaikkan
sistem agihan,” katanya.
Menurutnya, sekiranya tiada tindakan segera, masalah ini
pasti berulang lagi dan sampai bilakah rakyat Kedah terpaksa berdepan kesukaran
setiap kali menjelang Aidilfitri.
No comments:
Post a Comment