Kerajaan
negeri menamatkan jawatan kluster yang diwujudkan pada September tahun lalu,
berkuat kuasa hari ini, iaitu tiga bulan sebelum tempoh kontrak berakhir.
Setiap kluster dipertanggungjawabkan portfolio berbeza,
iaitu agama, politik, pendidikan, pelancongan, pelaburan dan media.
Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dilantik
secara kontrak memegang jawatan itu dengan dibayar insentif bulanan sebanyak
RM5,000 sebulan.
Jawatan kluster diwujudkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd
Rahman selepas mengambil alih pentadbiran negeri dua tahun lalu.
Seorang bekas kluster yang enggan namanya disiarkan
berkata, surat penamatan jawatan kluster itu diterima Ahad lalu.
Katanya, berdasarkan kontrak yang ditandatangani pada
September tahun lalu, kontrak itu sepatutnya tamat pada September depan.
"Kami diberitahu bahawa penamatan kontrak itu
bertujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
"Kami berharap Menteri Besar dapat melanjutkan
tempoh perkhidmatan sehingga September ini seperti perjanjian yang
ditandatangani tahun lalu," katanya.
Sumber – Berita Harian
No comments:
Post a Comment