Perak, Selangor dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang
paling serius dari segi aktiviti tonto dan pembenterasan terhadap sindiket
tonto akan dipergiatkan.
Bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tugas memerangi
aktitiviti ton akan dipergiatkan, apa lagi pihaknya sudah ada senarai profiling.
Pada 26 April lalu, seramai 15 dalang dan ketua sindiket
tonto diberkas dalam Op Cantas Khas Tonto di Selangor, Negeri Sembilan serta
Perak dengan tujuh daripadanya disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah
(POCA).
Lima suspek lagi disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun
Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Selepas berjaya menumpaskan sindiket terancang itu,
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal memperluas Ops berkenaan ke tiga
lagi negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Johor.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tiga negeri itu juga dikenal pasti kawasan aktif tonto selain Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perak yang diberi tumpuan dalam ops fasa pertama.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tiga negeri itu juga dikenal pasti kawasan aktif tonto selain Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perak yang diberi tumpuan dalam ops fasa pertama.
Selepas ini lebih banyak tangkapan akan dibuat susulan
kejayaan awal operasi yang membabitkan kerjasama Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS) antara agensi itu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata kerjasama erat dengan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dalam menghapuskan sindiket tonto di negara ini terbukti
berhasil berdasarkan bidang penguatkuasaan yang berbeza antara kedua-dua agensi
itu.
"Ia usaha berterusan, tidak akan terhenti di situ sahaja. Banyak lagi tangkapan yang akan dibuat, buat masa ini aktiviti tonto kendur sekejap, tapi semua tu dah ada dalam strategi kita (untuk menangkap tonto).
"Individu yang terlibat dengan sindiket juga telah dikenal pasti, banyak yang saya tidak boleh dedahkan tapi ia (Ops Cantas Tonto) tetap berjalan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari JPJ ke-70 di Kuala Terengganu semalam.

Yang hadir sama, Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang
Anyie serta Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Azlimin Mat Noor.
“Kita ada banyak benda yang tidak boleh didedahkan tetapi
semua usaha itu berjalan, malah apa yang dilakukan bukan sekadar mahu menangani
tonto tetapi dalam masa sama menyelesaikan isu kereta klon di samping lesen
terbang atau palsu.
Selain penahanan suspek berusia lingkungan 21 hingga 46
tahun, turut dirampas adalah 13 buah kereta, tiga lori, 37 walkie talkie dan 13
telefon bimbit.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail turut memberi amaran
kepada pegawai dan anggotanya yang terbabit menyalurkan maklumat kepada
mana-mana pihak supaya berwaspada kerana hukuman berat menanti mereka.
Sumber - Utusan Online & Bernama
No comments:
Post a Comment