Thursday 4 April 2013

Menang PRU-13, BN Terengganu Tambah Lagi Bantuan Kewangan

Gambar atas suasana di negeri Selangor dan gambar bawah ibu tunggal di Terengganu hadir untuk menerima bantuan.
 

Bertuahnya menjadi rakyat Terengganu!

Pengantin baharu yang berkahwin selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menerima wang bantuan RM1,000 manakala mereka yang menimang anak pertama pula diberi bantuan RM500.

Itu antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang akan diumum Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ahmad Said dalam masa terdekat, bagi menghadapi PRU13.

Amnya BN Terengganu menjanjikan bantuan tambahan kepada rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya, kata Timbalan Pengerusi Umno Terengganu Datuk Yahya Khatib Mohamad kepada pemberita, semalam.

Menurutnya bantuan kewangan tambahan itu dibuat berdasarkan pendapatan Terengganu yang dianggar RM2 bilion setahun.

"Walaupun kita akan menambah dana kewangan itu, manifesto BN Terengganu masih realistik dan menepati perumpamaan 'ukur baju di badan sendiri'," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tambahan bantuan kewangan tersebut.


Setakat ini, Terengganu menyalurkan pelbagai bantuan kepada anak negeri termasuk Dana Bakti Remaja dan Dana Raya bagi meraikan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Kira-kira 95,000 remaja di Terengganu mendapat manfaat daripada Dana Bakti Remaja yang melibatkan peruntukan hampir RM24 juta pada tahun lepas.

Yahya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Terengganu, turut mengumumkan peruntukan antara RM100,000 dan RM200,000 kepada Jabatan Kehakiman Syariah bagi membela nasib ibu tunggal jika BN masih diberi mandat pada PRU13 nanti.

"Sebelum ini, peruntukan hanya disalurkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), namun saya berjanji bantuan ibu tunggal akan disalurkan kepada jabatan ini nanti," katanya.

Yahya Khatib Mohamad mencuba skrin pada kaunter pembayaran pada majlis menyampaikan dana pendahuluan nafkah anak Jabatan Kehakiman Syariah, di Kuala Terengganu, semalam.

Pada 2011, Jabatan Kehakiman Syariah menerima RM700,000 daripada Maidam dan kerajaan pusat sebagai sumbangan nafkah bulanan kepada ibu tunggal yang diabaikan bekas suami.

Bantuan selama enam bulan itu perlu dibayar semula oleh bekas suami kepada jabatan untuk memastikan mereka menjalankan tanggungjawab kepada bekas isteri dan anak jika ada.

2 comments:

  1. Anda perlu pinjaman? Adakah anda seorang lelaki atau perempuan dan anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda ?? Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan? Apa masalah kredit anda mungkin, di sini datang bantuan anda kerana kami menawarkan pinjaman kepada individu dan syarikat pada kadar yang rendah dan berpatutan yang menarik. Hubungi kami hari ini di(chosenloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Anda perlu pinjaman? Adakah anda seorang lelaki atau perempuan dan anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda ?? Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan? Apa masalah kredit anda mungkin, di sini datang bantuan anda kerana kami menawarkan pinjaman kepada individu dan syarikat pada kadar yang rendah dan berpatutan yang menarik. Hubungi kami hari ini di(chosenloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete