Terengganu FC II (The Titans) mengakui beberapa tonggak
utama pasukan cuba dipancing dengan tawaran gaji lumayan menjelang pintu perpindahan
kedua pemain Liga Malaysia (Liga M) mulai 22 Jun ini.
Malah, pihak pengurusan skuad jolokan The Titans itu
sudah menerima surat rasmi daripada pasukan yang bermain dalam Liga Super untuk
mendapatkan pemain yang mereka inginkan.
Ketua Pegawai Operasi TFC II, Mohd Syahrizan Mohd Zain,
berkata pihaknya tidak berhasrat untuk melakukan rombakan pasukan sebaliknya
mengekalkan barisan pemain sedia ada termasuk empat tonggak import.
Katanya, pihaknya tidak hairan jika pemain muda TFC II
menjadi rebutan dan membuka mata pasukan elit selepas membantu pasukan menghuni
tangga keempat Liga Super.
, Gaji"Setakat ini, saya mengesahkan satu pasukan dari
Liga Super sudah menghantar surat kepada pihak pengurusan bagi mendapatkan
tonggak pasukan pada pintu perpindahan pemain yang akan dibuka bulan depan.
"Bagaimanapun, kita sudah membuat keputusan untuk
tidak melepaskan mana-mana pemain sedia ada kerana tidak mahu menjejaskan
persiapan pasukan untuk pusingan kedua Liga Super dan kempen Piala
Malaysia," katanya kepada BH Sukan, semalam.
Mohd Syahrizan berkata, pihaknya berpuas hati dengan
prestasi yang dipamerkan pemain tempatan dan import, jadi tidak ada keperluan
untuk melakukan rombakan dalam pasukan.
Katanya, pasukan kendalian Rahmad Darmawan memiliki
keseluruhan pemain muda musim ini dan sudah pasti tenaga mereka amat diperlukan
apabila kancah Piala Malaysia nanti kerana dijalankan serentak aksi liga.
"Semua pemain dalam pasukan akan diberikan peluang
untuk beraksi dan kita tidak mahu mengambil risiko melepaskan mana-mana pemain
termasuk yang berada di bangku simpanan," katanya.
No comments:
Post a Comment