Dua daripada tiga lelaki yang ditahan ditahan reman. |
Sebelum ini dilaporkan Terengganu antara negeri paling
mudah untuk bernikah, sama ada untuk berpoligami atau berkahwin 'lari' akibat di
halang keluarga.
Kini tidak lagi.
Kerajaan Terengganu akan mengambil langkah untuk memperketat prosedur
pengeluaran sijil nikah di negeri ini bagi mengelak berulangnya pengeluaran
sijil nikah palsu.
Kerajaan negeri juga tidak bertolak ansur dengan jenayah
pemalsuan sijil nikah.
Sejak beberapa hari lalu. laporan menyebut tiga individu ditahan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung menerima rasuah bagi memudahkan
pendaftaran nikah sempadan khususnya di Thailand.
Seorang daripadanya adalah pegawai Jabatan Agama Islam
dan dua lagi adalah pegawai kerajaan berlainan agensi.
Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga suspek lelaki itu
berusia antara 30 hingga 43 itu ditahan di sekitar Kuala Terengganu untuk
diambil keterangan.
Laporan menyebut,
Kelmarin pula laporan menyebut, ketiga-tiga mereka,
termasuk pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang ditahan itu
kini ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a)
Akta Pencegahan Rasuah 2009.
MajistretRaja Norshuzianna Shakila Raja Mamat kelmarin membenarkan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 26 Jun depan untuk siasatan lanjut.
MajistretRaja Norshuzianna Shakila Raja Mamat kelmarin membenarkan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 26 Jun depan untuk siasatan lanjut.
Sindiket yang menawarkan proses membuat kad dan sijil
nikah kepada pasangan tanpa perlu menghadirkan diri ke mahkamah serta tidak
perlu membayar denda kerana bernikah di luar negara ini berjaya dibongkar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu dalam operasi khas di
sekitar bandar raya ini, kelamrin.
Satu sumber berkata, berdasarkan siasatan awal, sindiket
itu menyediakan sijil perkahwinan dan kad akuan nikah kepada sesiapa yang
berkahwin di Thailand dengan bayaran RM3,500 terutamanya untuk lelaki yang
berminat untuk berpoligami.
Kata sumber lagi, selain pasangan yang ingin berpoligami,
sindiket berkenaan turut menjadi pilihan kepada pasangan kekasih yang ingin
berkahwin tetapi tidak mendapat restu ibu bapa.
Sementara itu, Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Hishamuddin
Hashim mengesahkan penahanan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Ahmad Razif - kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur |
Semalam, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pasangan yang mendapatkan sijil nikah palsu diminta menyerahkannya
kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan memohon dokumen
sah.
"Selepas ini, kita akan lebih berhati-hati dan
memastikan proses mengeluarkan sijil nikah dibuat dengan lebih teliti dan
ketat. Kita mahu pastikan semua prosedur diikuti, tanpa ada unsur penipuan yang
mencurigakan.
"Ia bukan tentang sijil nikah sahaja, tetapi semua
aspek termasuk permohonan mendapatkan pekerjaan di mana kita akan pastikan
sijil-sijil yang dikemukakan diteliti sepenuhnya," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan penyampaian baucer Dana Raya Dewan Undangan Negeri Seberang
Takir semalam.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sindiket
pengeluaran sijil dan kad akuan nikah palsu di negeri ini yang didalangi tiga
penjawat awam termasuk seorang pegawai JHEAT.
No comments:
Post a Comment