Rosli (tengah) bersama pegawai dan anggota polis Terengganu. |
Polis Terengganu merancang
membantu meringankan beban golongan balu dan pesara anggota polis di pelbagai
daerah sepanjang Ramadan ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata
sebelum ini pihaknya memberi fokus kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak
yatim namun setelah mengambil kira keadaan semasa, beliau berhasrat
memperluaskannya kepada golongan lain.
"Setiap tahun kita akan menyampaikan bantuan dan
meraikan mereka dalam majlis berbuka puasa...walaupun kami sibuk bertugas demi
menjaga keselamatan namun kami tetap tidak lupa bagi membantu dan meringankan
mereka yang memerlukan.
"Selain anak yatim dan OKU, kita juga akan membantu
golongan pesara dan balu polis...ia sedikit sebanyak dapat membantu meringan
beban yang ditanggung mereka," katanya selepas majlis berbuka puasa
bersama anak yatim dan warga polis di Kuala Terengganu, malam semalam.
Rosli berkata bantuan yang dihulurkan adalah sumbangan
daripada pegawai dan anggota polis di seluruh negeri ini.
Pada majlis berkenaan seramai 30 anak yatim dari dari
Darul Akhyar, Batu Rakit dan 10 OKU yang terdiri daripada anak anggota diraikan
pada majlis berbuka puasa bersama warga Polis Terengganu.
Menurut Rosli program sedemikian mampu mengeratkan
hubungan antara polis dan masyarakat selari dengan konsep polis bersama
masyarakat.
No comments:
Post a Comment