Wakil rakyat ‘bermusim’ yang hanya datang ‘menjenguk’
rakyat ketika menjelang pilihan raya tidak mampu menjamin kemenangan BN pada
PRU14.
Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Terengganu, DatukHarun Hassan berkata, wakil rakyat perlu benar-benar berkhidmat kerana
perkhidmatan mereka memberi pengaruh besar untuk memastikan rakyat kembali
memilih BN pada PRU akan datang.
Bagaimanapun katanya, jika seseorang wakil rakyat tidak
menunjukkan prestasi baik dan cemerlang, mereka sudah tentu dinilai rakyat dan
berkemungkinan besar rakyat tidak lagi memberi undi kepada calon terbabit.
“Kalau wakil rakyat itu hanya datang lima tahun sekali,
rakyat akan ukurlah. Kalau pilih (calon sama), alamat kalah. Siapa yang hendak
wakil rakyat macam itu. Kalau awak (wakil rakyat) mahu bersenang-lenang, rakyat
akan hukum awak,” katanya kepada Sinar Harian, di Kual Terengganu.
Melalui pemerhatiannya terhadap wakil rakyat BN di negeri
ini, Harun yang juga bekas Adun Air Putih mengakui tiada istilah bermusim
terhadap mana-mana wakil rakyat dari parti kerajaan.
Jelasnya, wakil rakyat BN di Terengganu menjaga imej dan
penampilan parti melalui khidmat yang baik selaku wakil rakyat yang telah
diamanahkan untuk memimpin kawasan masing-masing pada PRU lalu.
“Wakil rakyat yang buat kerja lima tahun sekali tiada di
sini. Kalau lihat wakil rakyat BN sering kita tengok turun padang. Tiada wakil
rakyat bermusim,” katanya.
Apa yang penting katanya, khidmat yang baik daripada
seseorang wakil rakyat biasanya akan membuahkan keputusan yang baik.
Dalam masa sama, beliau turut memberitahu peribadi wakil
rakyat turut dijadikan ukuran dan memainkan peranan penting dalam mendapatkan
sokongan berterusan rakyat serta tidak menolak sikap mereka yang benar-benar
ikhlas berkhidmat akan meyakinkan rakyat memberi undi kepada BN.
“Wakil tiada bermusim. Mana ada hari cuti sama ada Jumaat
atau Sabtu, sama ada malam atau siang. Itu berdasarkan pengalaman saya.
Kadang-kadang kalau kita balik tengah malam atau pukul dua tiga pagi pun masih
ada lagi orang ketuk pintu untuk berurusan. Sebagai wakil rakyat kita
berkhidmat,” katanya.
No comments:
Post a Comment