Tidak ada apa yang hendak dihairankan dengan kenyataan
mufti Pahang apabila mengistiharkan DAP sebagai kafir harbi, kata Ahli Parlimen
Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
Kata beliau, ini kerana, sejak tahun lepas lagi, Parti
Amanah Negara (AMANAH) membantah kenyataan 'ulama' dari sebuah negeri di utara
tanah air yang "menghalalkan darah" mereka yang tidak sehaluan dengan
partinya.
Namun, Raja Kamarul berkata, tidak ada sebarang tindakan
yang diambil oleh pihak berkuasa polis ekoran laporan tersebut.
“Nampak gayanya mufti kerajaan negeri Pahang (pimpinan
Umno) bebas membuat kenyataan walaupun betapa bahaya kenyataan kafir harbi yang
membolehkan yang dituduh di hapuskan.
“Nampaknya ahli PAS yang menjadi penasihat kepada Umno
juga kebal dari tindakan dengan kenyataan halal darah terhadap lawan mereka.
“Jadi apa yang hendak dihairankan tindakan mufti dari
negeri kerajaan Umno. Bukankah PAS juga menjadi penasihat pada Umno,"
tanya Raja Kamarul dalam satu kenyataan.
Jumaat lalu, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang merupakan
Mufti Pahang telah menggelar DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang langkah
langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang
undang-undang anggota persendirian oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
Kenyataan Abdul Rahman ini disiarkan dalam akhbar Utusan
Malaysia.
Menurut Pengerusi AMANAH negeri Terengganu itu lagi,
keadaan tersebut berbeza dengan tindakan anggota militan Islamic State
(IS) yang membuat ugutan keganasan melalui video dari seberang laut dengan
pihak polis memberi amaran keras.
“Apabila mereka yang membuat ugutan dan kenyataan
menghasut keselamatan berada di depan mata dalam negara, pihak berkuasa tidak
mengambil tindakan sepatutnya,” kata Raja Kamarul.
Justeru, Raja Kamarul mempersoalkan sejauh manakah
seriusnya kerajaan dalam perkara sedemikian.
“Adakah kerajaan serius menangani isu extremis agama yang
berada didepan mata.
"Adakah kerajaan menunggu insiden yang tidak
diingini berlaku sebelum bertindak," tanya beliau.
No comments:
Post a Comment