Analisis DUN Chukai...
Sudah banyak kali terdengar cakap-cakap kononnya Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Chukai, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid tidak melaksanakan tugas beliau dengan baik.
Sudah banyak kali terdengar cakap-cakap kononnya Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Chukai, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid tidak melaksanakan tugas beliau dengan baik.
Kerana itu UMNO Terengganu perlu memperkemaskan jentera
parti khususnya sebagai usaha menjamin
UMNO dan kerajaan berfungsi dengan baik.
Cerita mengenai kegagalan Wan Ahmad Nizam bukan rahsia.
Ini kerana ia kerap 'diratip’ oleh seorang pemimpin UMNO yang juga Ahli Dewan
Undangan (ADUN) di Bahagian Kemaman sendiri.
Wan Ahmad Nizam yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 di DUN Cukai tetapi kalah dikatakan tidak mempunyai perancangan dan pelan tindakan yang sesuai dan berpengaruh untuk merampas kembali kerusi berkenaan daripada PAS.
Wan Ahmad Nizam yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 di DUN Cukai tetapi kalah dikatakan tidak mempunyai perancangan dan pelan tindakan yang sesuai dan berpengaruh untuk merampas kembali kerusi berkenaan daripada PAS.
Selain itu penyelaras DUN Chukai sebelum ini, juga
dikatakan tidak berfungsi dan kerana itu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang
juga Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman perlu bertindak segera.
Berikutan itu Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed
Awang Tera (gambar aas) dilantik sebagai Penyelaras DUN Chukai yang baru, menggantikan Ahmad
Fikry Ibrahim.
Mohamed yang diberikan mandat selama setahun oleh Menteri
Besar meminta rakyat dan pemimpin politik di Kemaman, khususnya di Chukai melihat perlantikannya sebagai sesuatu yang
positif.
Persoalannya, apakah langkah ini sudah terlambat dan
tidak relevan lagi?
Hanafiah...Mohamed tidak relevan lagi |
Bagi ADUN PAS Chukai, Hanafiah Mat pula, beliau menyifatkan
pelantikan Mohamed sebagai Penyelaras DUN tersebut adalah petunjuk ‘indeks
perbalahan’ dalam parti UMNO.
Menurutnya, ‘pergelutan’ dalaman UMNO memberikan isyarat
bahawa ‘parti usang’ itu sudah semakin ditolak rakyat.
Dalam kenyataannya baru-baru ini (9 Jun), Hanafiah
berkata pelantikan itu sekaligus membuatkan rakyat Chukai semakin ‘geli
geleman” dengan UMNO.
Ini kerana penduduk Chukai bukan sahaja menolak UMNO tetapi turut menolak kehadiran UMNO-Barisan
Nasional (BN) dipersada politik parlimen Kemaman.
“UMNO sudah tidak relevan di Chukai...pertukaran
penyelaras DUN ini juga membuktikan UMNO sudah ketandusan pemimpin khususnya di
Chukai dan amnya di Kemaman,”jelasnya.
Katanya, dalam saat rakyat dihimpit dengan kos sara hidup
yang melampau dan ramai yang hilang pekerjaan akibat kejatuhan harga minyak,
peminpin UMNO masih seronok untuk
‘melebarkan’ kehidupan masing-masing.
Mohamed berucap pada satu majlis. |
Sebaliknya, bekas Exco Kerajaan Negeri, itu baru-baru ini
menolak spekulasi bahawa perlantikannya sebagai Pegawai Penyelaras DUN Chukai
yang baharu sebagai ‘tanda awal’ beliau akan dipilih semula sebagai calon BN pada pilihan raya akan datang.
Beliau yang juga bekas ADUN Chukai selama dua penggal
(2004-2013) menegaskan perlantikan itu bukan bermakna beliau mahu menjadi calon pilihan raya pada pilihan raya umum
ke-14.
Menurutnya, umurnya yang sudah 65 tahun, sudah tidak
sesuai untuk diangkat semula.
“Apa yang saya fikirkan hanyalah untuk memastikan segala
program kerajaan negeri untuk rakyat di DUN Chukai berjalan dengan tersusun,
sama seperti sebelum ini,” katanya.
Mohamed turut mengatakan beliau sedia bekerjasama dengan
d dan sesiapa sahaja bagi memperkasakan kedudukan parti itu di kawasan
tersebut.
“Saya boleh berbincang dengan beliau (Wan Ahmad Nizam),
kami boleh duduk bersama. Kita perkemaskan parti bermula dari akar iaitu di
peringkat cawangan-cawangan serta sayap-sayap.
Wan Ahmad Nizam kalah di DUN Cukai pada pilihan raya ke-13 |
“Kita perlu lupakan seketika perselisihan pendapat kerana
itu soal prinsip masing-masing. Apa yang penting UMNO dan parti kompenen BN di
DUN Chukai perlu bangkit semula pada pilihan raya akan datang,” jelasnya.
Perlantikan Mohamed menimbulkan berbagai pertanyaan apakah
ini bermakna program parti dan kerajaan negeri sejak dua tahun kebelakangan ini
benar-benar tidak berjalan di DUN berkenaan atau rekaan semata-mata?
Kenapa terjadi sedemikian? Apakah orang yang diamanahkan
untuk menjaga dan memastikan kerja parti dan kerajaan tidak dilakukan dengan
tersusun?
Atau apakah ada perebutan kuasa di Bahagian UMNO Kemaman
apabila Datuk Seri Ahmad Said dilihat menentang Menteri Besar secara terbuka
dan ada orang tertentu yang bercita-cita mahu menjadi Ketua Bahagian?
Juga apakah di Kemaman sekarang ada politik ‘kerat
mengerat sesame sendiri’ termasuk di kalangan muda yang melihat bahawa ada dua
DUN yang berpotenasi bertukar calon, iaitu Chukai dan Kijal yang kini disandang
oleh Ahmad Said?
Ada yang begitu yakin mengatakan Ahmad Said tidak akan
terpilih lagi mewakili Kijal dan cakap-cakap itu menyebabkan ‘perang dalaman’
seperti yag dikatakan oleh Hanafiah semakin hangat.
PAS tidak rugi apa-apa di Kemaman tetapi jika perang ini
tidak reda dan Ahmad Razif gagal menanganinya dengan baik, kedudukan UMNO
Kemaman mungkin menghadapi saingan atau tentangan hebat daripada PAS pada
pilihan raya umum akan datang.
No comments:
Post a Comment