Oleh Raja Kamarul
Bahrin Shah Raja Ahmad (Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH)
Terengganu)
Saya tidak membuat ulasan kemelut Terengganu walau
beberapa kali ditanya hingga keadaan menjadi lebih tenang. Situasi Terengganu
agak lebih kompleks daripada apa yang dijangka.
Pelucutan gelaran kebesaran menteri besar Terengganu
walaupun mungkin tidak ada kaitan dengan pergolakan politik tempatan, merupakan
situasi terkini yang hangat dialami.
Saya telah mengulas tentang perlunya kerajaan negeri
menjadi stabil apabila usul undi tidak percaya dikemukakan di Dewan Undangan
Negeri Terengganu baru baru ini.
Malangnya ada pihak tertentu menempelak cadangan saya
supaya pilihan raya negeri diadakan.
Sebenarnya usul undi tidak percaya itu
dibenarkan mengikut perlembagaan.
Hari ini pihak yang sama mencadangkan pilihan raya negeri
juga diadakan!
Sejak Datuk Seri Ahmad Said digugurkan sebagai menteri
besar oleh Datuk Seri Najib Razak, politik Umno Terengganu bergolak hebat.
Dari segi parahnya situasi, keadaan semasa undi tidak
percaya dahulu lagi parah.
Pada masa itu, daripada segi teorinya, Ahmad Said yang
membawa usul tersebut telah berada di luar atau "terkeluar" daripada
kerajaan kerana menentang parti.
Jadi kedudukan kerusi secara teori menjadi 16-16 dan
susah untuk kerajaan berfungsi.
Tumpang masalah pihak lain.
Itulah sebabnya saya hairan kenapa ketua pembangkang tidak
terus mendesak untuk pilihan raya negeri diadakan.
Keadaan bergelora tetapi mereka hanya berpeluk tubuh dan
menjadi pemerhati dan situasi kembali tenang buat sementara.
Situasi sekarang antara istana dan menteri besar dan
bukan tidak melibatkan mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kerusi di DUN dengan komposisi 17-15 masih berpihak
kepada BN. Apa yang berkemungkinan besar berlaku adalah pertukaran menteri
besar yang juga masih daripada BN.
Persoalan nya kenapa baru sekarang ketua pembangkang
bersiap sedia kononnya untuk menghadapi pilihan raya negeri?
Adakah sekadar menumpang atas isu dan masalah pihak lain.
Melainkan Umno Terengganu bergolak hebat, semula itulah situasi semasa. Kita
perlu objektif dalam isu ini dan jangan emosi.
Jika hendak bertindak, sepatutnya semasa usul undi tidak
percaya dahulu.
Memang diakui Umno bergelora di peringkat pusat dengan masalah
Najib dengan timbalan, naib serta bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad
serta pengikut-pengikut mereka.
Masalah di pusat sudah tentu akan menjejaskan kedudukan
menteri besar Terengganu yang dipilih Najib.
Ini semua menyusahkan rakyat Terengganu dan perlu dicari
penyelesaian atau diadakan pilihan raya semula.
Rakyat Terengganu yang menghadapi masalah kenaikan kos
sara hidup, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kejatuhan nilai ringgit
Malaysia menjadi mangsa dan menanggung pelbagai derita.
Situasi penuh ketidaktentuan ini harus berakhir demi
kesejahteraan rakyat.
Pihak kerajaan dan pembangkang harus memainkan peranan
mereka demi masa depan rakyat Terengganu.
Kemelut Umno Terengganu telah lama berlaku dan menjadi
lebih ketara selepas Ahmad Said diganti dengan menteri besar sekarang.
“Ramai yang berminat menjadi menteri besar Terengganu,
maklumlah bajet tahunan melebihi RM2 bilion setahun dengan penduduk hanya 1
juta berbanding dengan Selangor sekitar RM1.5 billion tetapi penduduk 4.5 juta!
Sangat lumayan habuannya tetapi sejak minyak ditemui 40
tahun dahulu, di Terengganu, rakyat terus menjadi antara tiga negeru termiskin
dan kerajaan negeri terus bermewah-mewah.
“Kerana itu Umno negeri terus bergolak merebut kuasa dan
kekayaan duit minyak”.
Jika pertukaran menteri besar berlaku, ia belum tentu
akan berakhir kerana pergolakan Umno pusat sedang hebat membara!
Kalau pertukaran menteri besar Terengganu juga berlaku,
ia hanya akan meredakan keadaan hanya untuk beberapa ketika.
Bukan hanya Terengganu, seluruh negara menghadapi dugaan
yang amat hebat.
wah... banyak bunyi siokkkk
ReplyDelete