Isu penipuan ‘pakej umrah guru’ semakin menarik.
Terkini polis Terengganu sudah memanggil Pengarah Pelajaran
Negeri Terengganu (JPNT) bersama seorang lagi pegawainya bagi membantu siasatan
berhubung penipuan pakej umrah yang melibatkan guru di negeri ini.
Percakapan pengarah berkenaan, Shafruddin Ali Hussin dan
pegawainya direkodkan oleh polis tiga hari lalu.
Ada dakwaan mengatakan JPNT bersekongkol dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan 'berkempen' melalui satu surat diedarkan kepada guru-guru.
Apakah akan ada tindakan susulan siasatan terhadap
pengarah berkenaan?
Polis Terengganu dalam menjalankan siasatan terhadap
sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Yayasan Bakti Negara Terengganu
(YBNT), turut menerima bantuan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
(JSJK) Bukit Aman.
Ia bagi mengesan
transaksi aliran wang serta aset yang diperolehi daripada suspek
Kesemua suspek kini masih dalam tahanan reman bersabit
laporan penipuan pakej yang sama dilaporkan di beberapa daerah lain di negeri
ini.
Setakat ini polis Terengganu menerima lebih 200 laporan
berhubung penipuan YPNT itu di beberapa daerah di Terengganu termasuk Besut,
Kuala Terengganu dan Marang.
Pada 3
Januari lalu, Polis Besut berkata lebih ramai mangsa penipuan pakej umrah yang
diuruskan YBNT dijangka tampil membuat laporan polis dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata
sehingga kini pihaknya telah menerima 40 laporan berhubung kes penipuan itu
yang melibatkan 4,000 mangsa dengan nilai wang kutipan sebanyak RM14.2 juta
sejak 21 Nov lepas.
Menurut Mohd Zamri, pihaknya mendapati ramai mangsa
tampil membuat laporan selepas tersebarnya berita dua suspek terlibat dengan
kes tersebut ditahan minggu lepas.
Sebelum ini, media melaporkan Polis Terengganu membongkar
kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) negeri ini.
Ia melibatkan 4,800 orang mangsa kerugian berjumlah
kira-kira RM14.2 juta.
Ekoran laporan itu, pada 27 Disember lepas dua orang
individu iaitu pengarah dan akauntan NGO berkenaan ditahan reman bagi tujuan
siasatan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman pada sidang
media hari ini berkata: "Kita juga menerima bantuan daripada Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bagi mengesan transaksi aliran
wang serta aset yang diperolehi daripad suspek.
Blog ini pada 27
Disember 2016 lalu mengemukakan
pertanyaan apa kedudukan JPNT dlam penyiasatan polis apabila ia ternyata bekerjasama menaja pakej itu, malah turut
berkempen guru-guru agar menyertai pakej umarah tajaan YBKT?
Apakah mereka ‘bebas
daripada siasatan dan tindakan’ pada ketika ramai guru yang teraninaya akibat
kerjasama itu?
Blog ini menganggap kegagalan YBNT dengan kerjasama JPNT dalam
penganjuran pakej umrah itu membuka mata
dan menimbulkan banyak persoalan, apalagi Kerajaan Negeri pernah menolak untuk
bekerjasama dengannnya.
Dengan tajuk laporan Pakej Umrah Gagal - Kenapa Hanya
YBNT, Tidak JPNT, Pengarah DiSiasat? turut merasa pelik apabila Facebook YBNT
sudah dipadamkan di mana maklumat serta gambar yang dipaparkan mengenai
kegiatannya selama ini turut dipadamkan.
Pada awal November lalu, wujud viral mengatakan
NGO itu melalui kerjasama dengan JPNT
gagal menghantar sebilangan besar guru-guru menunaikan umrah dan disyaki
berlaku penipuan.
Berikutan itu, blog ini menyiarkan keresahan guru-guru
dan mengemukakan pertanyaan bagaimana JPNT beria-ia turut bekerjasama dengan
YBNT dan apa tindakan jabatan itu untuk membela guru-guru yang teranianya?
Blog ini turut mengemukakan pertanyaan, apakah JPNT
terlibat kerana ada tuduhan mengenainya yang merupakan tuduhan berat.
“Penipuan apa dan benarkah dakwaan ini? Menteri Pelajaran
dikatakan sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. “ demikian laporan blog ini.
Malah ada dakwaan bahawa ada peranan yang dimainkan
oleh JPNT sendiri dan tidak diketahui sama ada perkara ini turut membabitkan
Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hassan atau sebaliknya.
Program ini diketahui umum dianjurkan melalui usahasama
antara JPN dan YBKT apabila kempen-kempen yang memaklumkan pakej ini kepada
guru-guru pada Ramadan lalu dibuat melalui satu surat tawaran mengerjakan umrah
usahasama JPNT dan YBNT.
No comments:
Post a Comment