Siri PERTAMA - UMRAH GURU
Kes penipuan ‘umrah guru’ yang diperkatakan dengan meluas di
Terengganu akhir-akhir ini sebenarnya memperlihatkan perlunya suatu bentuk
perjuangan pembelaan demi membantu GURU-GURU dan semua yang ‘kena tipu’.
Melihat bagaimana guru-guru mudah ditipu dan seolah-olah ‘bodoh’
kerana mudah ditipu, maka tidak pelik jika ada pihak tertentu mengatakan di
Terengganu ini ‘Murid Cerdik, Guru Bodoh’.
Murid tidak ikut pun guru ‘kencing berdiri’ tetapi merasakan
guru mereka ada yang seperti ‘ketam mengajar bagaimana untuk berjalan betul’.
Kenapa jadi begini dan kenapa dikatakan begini?
Bukan mahu merendah-rendahkan guru di Terengganu yang
bertungkus lumus mengajar dan memberikan ilmu yang baik kepada murid mereka
hingga pencapaian cemerland pelajar Terengganu dalam apa juga peperiksaan.
Dengan kejayaan murid Terengganu yang setiap tahun mendapat
keputusan cemerlang, agak pelik apabila guru-guru dengan mudah ‘ditipu’ oleh
sebuah pertubuhan bukan kerajaan – Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBKT) – dengan
menyerahkan wang dan dijanjikan tajaan untuk menunaikan umrah.
Benarkah guru-guru ‘bodoh’ dan mudah ditipu dengan mudah?
Tidak sama sekali.
Guru-guru adalah manusia terpilih yang kerjaya mereka suci
bersih. Mendidik anak bangsa supaya menjadi rakyat yang bijak, cemerlang dan
berintegriti.
Begitulah juga di kalangan hampir 5,000 orang yang
dilaporkan ditipu oleh pihak yang kononnya mahu menguruskan pakej umrah ini.
Kalangan guru dan pak-pak cik, mak cik , atok dan
nenek-nenek menyerahkan wang mereka sebanyak RM3,990 pula ditaja.
Lebih meyakinkan peserta umrah kerana ia mendapat restu PEJABAT
PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU (JPNT).
Memang JPNT terlibat kerana ada dokumen dan personaliti
tertentu terbabit secara langsung. Jika tidak polis tidak akan mengambil dua
kakitangan penting JPNT untuk disoalsiasat.
Dalam istilah korporat dan undang-undang, mereka yang
menyerahkan wang itu memang berniat baik, penuh kepercayaan dan penuh ‘SUCI HATI’. Diulangi, dengan penuh SUCI HATI.
Bermakna, kalau tidak dikempen dan seolah-olah ada jaminan kerajaan (JPNT itu apa?) mereka mengeluarkan wang dari tabung, korek bantal atau keluarkan daripada nak untuk membayar pendahuluan sebanyak RM3,000.
Namun malangnya kepercayaan mereka, niat baik mereka dan
‘suci hati’ mereka dikhianati oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Blog ini tidak mahu menghukum atau menamakan siapa
pengkhianat kepada guru dan penyumbang yang berniat menunaikan umrah itu.
Tidak adil menghukum sesiapa, termasuk individu lagipun siasatan polis sedang dilakukan.
Namun sehingga kini, yang diketahui ialah YPKT menjalankan
kerja mereka mengutip tabungan melalui persetujuan dan galakan JPNT.
Penipuan ini memilu dan memalukan.
Bagaimana insan mulia sebegini boleh dijadikan alat oleh
mereka yang rakus dan tamak.
Isunya sekarang, siapa mempertahan dan membela guru-guru
selepas duit mereka lesap dan umrah tidak dapat ditunaikan?
Apabila menyebut kerjasama JPNT, bermakna kalaupun bukan 100
peratus JPNT terbabit tetapi ia sudah menjadi sebahagian program kerajaan.
Bermakna JPNT perlu bertanggungjawab. Kalaupun tidak dapat
menjamin penabung dapat tunaikan umrah, setidak-tidaknya RM3,000 itu
dipulangkan.
Malah, JPT perlu meminta maaf kepada guru-guru kerana
kegagalan ini kerana mereka terlibat sama, tetapi usahkan meminta maaf, nampak
sangat cuba lepas tangan.
Kerajaan negeri pula apa yang diharapkan?
Kenyataan Menteri Besar yang tidak kena mengena dengan
penajaan ini terus ‘menggelapkan harapan’ penyumbang yang terdiri ramai
daripada guru-guru untuk mendapat pembelaan.
Sewajarnya kerajaan negeri tidak ‘lepas tangan’ kerana
banyak program YBNT juga engadakan program dengan Yayasan Terengganu, yang
menjadi salah satu daripada agensi penting kerajaan negeri.
Namun kepada siapa mahu diharapkan?
Kementerian Pelajaran yang mendapat aduan daripada mereka
yang teraninya juga bersikap mendiamkan diri.
Mungkin mahu membela JPNT dan menganggap jabatan itu ‘bersih
dan bebas’ daripada kes penipuan ini.
Ironinya, guru-guru yang menyokong kerajaan selama ini
bagaikan tiada harga – low class – bagi pemimpin UMNO negeri, termasuk kalangan
muda apabila membisu seribu bahasa.
Mujurlah dalam kesepian sokongan itu, muncul Ahli Dewan
Undangan Negeri Bandar, Azam Ismail membuat kenyataan membela guru yang
teranianya ini dengan menyebut Kerajaan Terengganu mesti bertanggungjawab
terhadap kerugian 4,800 orang peserta ekoran dakwaan kes penipuan umrah itu.
Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu mempersoalkan
bagaimana YBNT boleh diberi kepercayaan mengendalikan umrah yang didakwanya
tidak cukup syarat pengendalian.
Malah, ADUN Bandar itu mendakwa badan itu membelakangkan fungsi pihak berkuasa agama iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM).
Malah, ADUN Bandar itu mendakwa badan itu membelakangkan fungsi pihak berkuasa agama iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM).
Kenyataan Azan itu menggambarkan bagaimana kes guru yang
dianianya ini langsung tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa, khususnya
pemimpin UMNO, kerajaan negeri serta Kementerian Pelajaran sendiri.
Lantas timbul pertanyaan, siapa dan bagaimana penipuan
ini boleh terjadi?
Juga siapa di belakang mereka?
Ikuti ulasan seterusnya dalam SIRI KEDUA nanti.
No comments:
Post a Comment