Kerajaan Terengganu merancang untuk melaksanakan
tadika Imtiaz dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menggunakan
konsep pendidikan yang berteraskan al-Quran, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya akan mengemukakan perincian cadangan itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) agar dapat direalisasikan tahun hadapan.
"Tadika Imtiaz ini akan menjadi tadika
pelapis untuk pelajar Sekolah Rendah Imtiaz dan sekiranya pelajar menunjukkan
kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah, pelajar itu akan terus
diserap masuk ke Sekolah Menengah Imtiaz.
Ahmad Razif berkata, ia sejajar dengan hasrat kerajaan
negeri untuk melahirkan modal insan pelajar yang cemerlang berteraskan al Quran
yang memberi penekanan dalam pembelajaran bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan
hafal Al-Quran.
‘Negeri Terengganu memang mengambil berat tentang
pendidikan agama kerana itu kita melaksanakan sekolah pondok moden, kita
menambah nilai sekolah Imtiaz’.
‘Insyallah kita merancang untuk melaksanakan Tabika
Imtiaz dan Sekolah Rendah Imtiaz’.
‘Saya telah minta Encik Hassan (Hassan Manaf, Timbalan
Ketua Pengarah (Pengurusan & Pembangunan) Kemas) dapat menyampaikan hasrat kerajaan negeri
untuk mengadakan collaboration (kerjasama) dengan pihak Kemas untuk mengadakan
Tabika Imtiaz dahulu’.
‘Kita berdoa akan
dipertimbangkan oleh pihak KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
seperti mana yang telah kita laksanakan dalam konsep melaksanakan Sekolah MRSM
Ketengah Yayasan Terengganu’.
Katanya, jika dapat bekerjasama macam tu ia dapat menjimatkan
dari segi kos dan perbelanjaan pengurusan dan pelaksanaan di bawah Kemas.
Sebelum ini wujud kerjasama melalui program English
dengan Kemas iaitu Program Tadika Cemerlang konsep Tadika Cemerlang dengan kita
bekalkan ICT, buku, computer, latihan guru melalui program Program Tadika
Cemerlang.
‘Melalui konsep yang sama (Program Tadika Cemerlang)
tetapi kita buat secara kerjasama’.
‘Saya bercadang supaya tadika ini kita dapatkan serapkan
dalam keutamaan kepada penekanan bahasa English, Bahasa Arab dan untuk hafal
Quran’," katanya..
‘Jika dapat dibuat pendedahan awal maka Imtiaz Sekolah
rendah jadi feeder dan Imtiaz sekolah menengah jadi feeder dan ia dapat
mencapai hasrat kerajaan negeri menubuhkan Imtiaz ini’.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutup
Program Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Dan Karnival KEMAS Peringkat Negeri
Terengganu Tahun 2016 di Kem Pengakap Seberang Takir semalam yang dihadiri oleh warga
Kemas termasuk guru dan murid tabika seluruh negeri Terengganu .
Turut hadir Hassan dan Pengarah Kemas Terengganu Dr
Faridah Mat.
Sementara itu bagi Sekolah Rendah Imtiaz pula, kerajaan
negeri masih menunggu persiapan daripada Yayasan Islam Terengganu untuk proses
pelaksanaannya dan bercadang untuk membuka sekolah pertama pada tahun depan di
Kuala Terengganu.
Katanya, untuk Sekolah Rendah Imtiaz kerajaan negeri masih menunggu persiapan yang
dibuat Yayasan Islam Terengganu dan tugas melaksanakannya diserahkan kepada Yayasan
Islam Terengganu.
Tegasnya, tahun hadapan, kerajaan negeri akan melaksanakan sebuah projek /pilot' di Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment