PAS tidak akan pernah memujuk. Mereka hanya tahu meminta
dan bangga jika dapat menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang menolak
permintaan mereka.
Hukuman akan dikenakan berlandaskan petikan ayat al-Quran
yang bersifat cuba menakut dan seolah-olah ‘ke neraka jahanamlah bagi yang
menentang hasrat PAS’.
Perbuatan melampau mereka boleh dilihat melalui penulisan
di bawah ini yang jelas membuat hukuman sebelum pun ada keputusan dibuat oleh
Dewan Rakyat.
Ini berkaitan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu
Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau
RUU 355 di Dewan Rakyat mungkin tidaK akan menjadi kenyataan.yang kini
kelihatan samar apakah ia boleh dibentang atau ditangguhkan.
Yang nyata Dewan Rakyat belum memutuskan tetapi hukuman
sudah dijatuhkan.Apakah ini penyakit
yang sedang melanda PAS seperti sebut oleh sebuah blog bahawa kerana
gagal bentangkan RUU 355, “Presiden PAS, Penyokong Akan Meroyan Gila..”?
Sebuah artikel disiarkan oleh Buletin Online iaitu media
rasmi PAS Terengganu memetik pengarangnya sebagai berkata: “Motif tulisanku
adalah untuk menyampaikan peranan al-Quran sebagai pembawa berita gembira
kepada orang beriman dan ancaman kepada manusia yang engkar.”
Namun di samping memberi ingatan, beliau terlupa bahawa
secara sengaja atau tidak sengaja, penulisa berkenaan sudah membuat hukuman
berat kepada pemimpin Islam dalam parti-parti tertentu, khususnya UMNO.
Mengkategorikan parti politik dan pemimpin Islam adalah
‘penjual agama’ dan akan menerima sesuatu ‘hukuman yang amat berat’ adalah
perbuatan bersifat marah dan cuba membalas dendam.
Menurut penulis artikel ini:
1.
Dalam UMNO, termasuk BERSATU dan WARISAN,
ada 87 Ahli Parlimen Islam tetapi mereka takut untuk
mendahului parti kerana sayangkan kuasa, jawatan dan gaji beribu. Mereka
cintakan kedudukan dan wang berbanding kecintaaan terhadap firman dan
hukum-hukum ar-Rahman.
2.
Bagi 15 Ahli Parlimen PKR, mereka seperti Ahli Parlimen UMNO dan bercita-cita ke
Putrajaya mahu jawatan Perdana Menteri;
3.
Dalam AMANAH ada tujuh (7) Ahli Parlimen, mereka adalah Islam jenis ‘pelari kerusi perampas markaz’.
Mereka khadam DAP; semua orang sedia faham tentang ini.
4.
Dalam DAP ada dua (2) Ahli Parlimen Islam. DAP adalah mereka . Mereka adalah DAP.
5.
Dalam PBB (Sarawak) – Ada 10 Ahli Parlimen Islam - Presidennya, Tan Sri Adenan Satem menganggap besarnya
bangsa daripada Allah.
Bukan sahaja kebimbangan wujud di kalangan orang Islam,
apa lagi di kalangan orang bukan Islam.
Memang wajarlah jika mereka tidak percaya dengan PAS
kerana cara mereka bukan memujuk, menerangkan atau memberi penjelasan dengan
baik.
Sebaliknya meminta dan mendedak dan jika ditolak, hukuman ‘ke neraka
jahanamlah’ natijahnya.
Presiden PAS...menunggu imtuk bentang RUU
Antara petikan al-Quran yang diperingatkan kepada
pemimpin dan penyokong yang ‘menjual agama’ adalah seperti berikut:
“Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur
dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan
mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.” (QS. Ali ‘Imran: Ayat 177)
Penulis (blog ini) mengakui bukan alim dan cetek ilmu agama tetapi selepas
membaca artikel ini timbul berbagai pertanyaan.
Namun yang utama ialah apakah kerana meminta
perbincangan, memohon penerangan lanjut dan mempertikai RUU 355, seseorang itu
boleh digelar ‘menjual agama’?
Dibimbangi jika ramai dalam PAS bersikap sebegini atau ia
memang melambangkan peribadi pemimpin PAS, maka parti ini sebenarnya
mengamalkan sikap tertutup.
Patuh sahaja apa kehendak dan arahan pemimpin tertinggi
PAS, jangan ada ‘pandangan atau pendapat kedua mengenai sesuatu perkara’ kelak
akan ke ‘neraka jahanamlah kamu’!
Baca artikel berikut untuk lebih faham sikap PAS:
http://www.buletinonline.net/v7/index.php/adakah-mereka-yang-dimaksudkan-penjual-agama/
Adakah Mereka Yang Dimaksudkan Penjual Agama?
Oleh : Salam Muhammad
Thu,
Oct 20th, 2016
Selain
PAS, tendensi mereka adalah menjaga undi-undi bukan muslim. Masing-masing takut
akan jerkah marah bukan muslim. Takut rakan non-muslim tarik diri daripada
menjadi rakan ‘tentera bersekutu’.
Takut
undi mereka berpecah. Maka peluang untuk mendapat kuasa terjejas. Hasrat
menguasai Putrajaya gagal. Tinggal angan-angan kosong. Jawatan PM dan Menteri
yang mula difaraidkan sesama mereka berantakan.
Golongan
inilah menjadi penentu kejayaan RUU 355.
UMNO
(termasuk BERSATU dan WARISAN) – Ada 87 Ahli Parlimen muslim.
Jenis jaga hati MCA, MIC, Gerakan dan komponen di Sabah dan Sarawak.
Ada
yang mengugut. Ada yang memberi tekanan. Ada yang nak letak jawatan sebagai
menteri. Ada yang berura-ura untuk tinggalkan BN.
UMNO
tahu majoriti Melayu/Islam menyokong RUU 355.
Daripada
peringkat mufti, NGO Muslim, tokoh-tokoh agama hinggalah kepada rakyat jelata,
ramai yang sudah bersuara menyokong RUU 355 itu.
Penulis percaya sebahagian besar MP UMNO juga
menyokongnya. Cuma mereka tak berani mendahului parti. Masing-masing sayangkan kuasa, jawatan dan gaji beribu.
Kalaulah semua itu diletakkan di atas neraca kasih sayang, pastinya
dacing itu lebih berat berbanding kecintaaan terhadap firman dan hukum-hukum
ar-Rahman.
PKR –
Ada 15 Ahli Parlimen muslim. Perangai hampir sama sahaja
dengan UMNO; bezanya mereka belum ada kuasa di Putrajaya.
Cita-cita
mereka tinggi melangit. Nak Putrajaya dan nak jawatan PM. Hampir separuh
daripada ahli mereka juga bukan Islam. Justifikasi
yang dicipta sama sahaja dengan citra UMNO. Sama-sama berteka-teki macam UMNO.
PAN –
Ada 7 Ahli Parlimen muslim. Jenis pelari kerusi
perampas markaz.
Parti
yang terbina atas politik dendam dan kecewa. Kemenangan dan kebahagiannya
adalah apabila dendam terbalas. Sebab itu mereka bertempik dengan wajah ceria
apabila RUU 355 diturunkan dari agenda 4 ke agenda 7.
Itu baru turun agenda. Lebih-lebih lagi sebagai khadam DAP; semua
orang sedia faham tentang ini. Bukti mulut, bukti nyata, semua bukti ada. Sudah
cukup.
DAP –
Ada 2 Ahli Parlimen muslim.. Penulis tak mahu ulas panjang. DAP adalah mereka .
Mereka adalah DAP.
PBB –
Ada 10 Ahli Parlimen. Dari awal lagi, Presidennya, Adenan Satem beritahu akan
menolak RUU 355 atas faktor Sarawak terdiri daripada pelbagai bangsa, adat dan
budaya. Aduhai, besarnya bangsa daripada Allah.
PAS –
Ada 14 Ahli Parlimen yang menyokong penuh. BEBAS – Ada 1 Ahli Parlimen iaitu
Tan Sri Khalid Ibrahim – juga menyokong RUU 355.
Jumlah
semua 136 undi Islam. RUU 355 hanya perlu minimum
112 undi. Berjayakah? Tok Guru kita senyum sahaja apabila diajukan soalan itu.
Semua
penyokong kepimpinan ulama tersenyum. PASTI.
No comments:
Post a Comment