Jangan cepat
melenting tidak tentu pasal wahai Ahmad Razif Abdul Rahman.
Baru cobaan, bukan betul pun.
Jangan marah akhbar
kerana menyiarkan apa yang sedang dihebohkan mengenai UMNO Terengganu.
Jadilah Menteri Besar
yang professional dan tidak takut kepada bayang-bayang sendiri.
Biasalah apabila
hampir dengan pilihan raya umum (PRU), akan ada berbagai spekulasi, termasuklah
siapa bertanding dan siapa akan digugurkan.
Baru diedarkan senarai cadangan calon yang boleh disebut sebagai ‘senarai cobaan’ mengatakan Menteri
Besar akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus, Ahmad Razif sudah ‘panas
punggung’.
Yang lain, yang
langsung nama ‘tak naik’ dalam senarai itu nampak relaks saja.
Nawi Mohamad |
Contohnya Ketua
Bahagian Hulu Besut (Nawi Mohamad), Datuk Mohd Jidin Shafie (Setiu) dan Datuk
Seri Ahmad Said (Kemaman) menyepi dan menganggap ia ‘asam garam politik’.
Malah Datuk Seri idris Jusoh yang juga ‘digugurkan
daripada senarai cobaan’ itu pun tidak melenting.
Senarai itu dikatakan
sebagai maklumat sulit yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini,
turut menyenaraikan lebih 50 peratus muka baharu ditampilkan pada PRU14, di
samping mengekalkan wakil rakyat sedia ada termasuk Ahmad Razif serta beberapa
bekas penyandang kerusi terdahulu.
Berdasarkan maklumat
tersebut, senarai itu meletakkan Ahmad Razif yang juga Ketua Umno Bahagian
Kuala Nerus akan bertanding mewakili kerusi Parlimen Kuala Nerus.
Lebih mengejutkan,
senarai itu mengetepikan seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, yang juga menteri
Kabinet iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Ahli Parlimen Kemaman).
Ia hanya mengekalkan
sembilan wakil rakyat BN sedia ada iaitu sama ada dengan meletakkan mereka di
kerusi sedia ditandingi pada PRU13 atau memindahkan mereka ke kerusi lain.
Ahli Dewan Undangan
(ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman; ADUN Jabi, Mohd Iskandar
Jaafar; Pengkalan Berangan, A Latiff Awang; Telemong, Datuk Rozi Mamat dan
Bukit Besi, Roslee Daud kekal bertanding di kerusi masing-masing.
Mohd Jidin...digugurkan? |
Manakala ADUN Jertih,
Datuk Muhammad Pehimi Yusof bertanding di Kota Putera, ADUN Seberang Takir yang
juga Menteri Besar, Ahmad Razif bertanding di Parlimen Kuala Nerus; Ahli
Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari mewakili DUN Kuala Berang dan ADUN
Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
di Parlimen Kemaman.
Ahmad Razif semalam
dilaporkan kesal dengan laporan berita itu yang dibuat berpandukan sumber
daripada aplikasi WhatsApp.
“Saya amat kecewa
atas sikap tidak bertanggungjawab pihak akhbar terbabit yang membesarkan
perkara ini sedangkan kita dalam Umno Terengganu tak ambil kisah sangat kerana
kita belum hantar pun senarai nama…kenapa laporan tersebut perlu ditafsirkan
sebagai senarai bocor? Bocornya daripada mana?
“Itu yang kita amat
terkejut sebab pihak Majlis Tertinggi (Umno) belum lagi minta senarai nama.
Saya bimbang nanti akan keluar lagi nama baru. Setakat ini, perbincangan pun
belum ada, tak fikir pun lagi hal ini,” katanya selepas Program Himpunan
Jentera Penerangan Umno Terengganu yang dihadiri Ketua Penerangan Umno, Tan Sri
Annuar Musa.
Ahmad Razif berkata,
parti negeri itu masih dalam keadaan kuat dan bersiap sedia menghadapi PRU14.
“Sebenarnya, tak ada
pergolakan sangat di negeri ini, tetapi sudah pasti ada ‘tangan-tangan’ (pihak)
yang tidak senang melihat kekuatan Umno, sama juga seperti yang berlaku di
peringkat pusat.
“Sebab itu saya
nampak ada gangguan yang sedang dilakukan pihak tertentu, termasuklah
mengedarkan senarai nama.
Apa tujuannya? Tak
lain tak bukan untuk menimbulkan konflik sesama kita. Perkara ini tidak akan
jadi halangan dan tak perlu diambil cakna sangat,” katanya.
Gangguan? Siapa yang
nak ganggu?
3 gugur...1 kekal, hanya Ahmad Razif |
Kalau kuat dan tidak
ada apa-apa seperti katanya sebelum ini bagai ‘ribut dalam cawan mkopi’, apa
nak gusarkan?
Sepatutnya Ahmad
Razif tidak susah hati dengan ‘senarai cobaan ‘ itu kerana apa yang penting ialah jentera Umno perlu
sentiasa bersedia dan diperkukuhkan untuk menghadapi pilihan raya umum akan
datang.
Senarai cobaan itu
mungkin dikeluarkan oleh ‘orang Ahmad Razif’ sendiri untuk ‘test market’ san
memancing dengan harapan ada yang ‘ngap’ dan perbuatan itu boleh dibaca dalam
berbagai warna.
Semalam Ahmad Razif berkata
‘senarai cobaan’ itu dilakukan oleh mereka yang ‘tangan tak senang’ dan mengedarkannya kepada orang ramai.
Tiada alasan lain
bagi Ahmad Razif sekarang, selain
menuduh perbuatan seperti itu merupakan ‘gangguan yang dilakukan pihak tertentu
untuk mencetuskan konflik dalam Umno Terengganu’.
Sebenarnya di
Terengganu kini, pemimpin UMNO lain tidak begitu kesah dengan apa yang
dikatakan ‘kemelut politik’ itu.
Yang kecoh sendiri
ialah Menteri Besar dan beberapa orang yang di sekelilingnya, bimbang jika
Ahmad Razif lenyap daripada politik Terengganu.
Mereka yang
‘bergantung nyawa politik dan bisnes’ yang orang Terengganu semua tahu siapa
mereka.
Membuat kenyataan
sebagai Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Razif menyebut bahawa “Badan
Perhubungan Umno Terengganu menafikan ada mengeluarkan senarai calon yang akan
bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang”, hanya menjadikan
‘senarai cobaan’ itu semakin laris.
Sebenarnya tidak
payahlah nak sensitif sangat dengan perbuatan seperti itu.
Siapa yang bimbang
sebenarnya?
Semua tahu Ahmad
Razif bimbang kalau bertanding di Parlimen Kuala Nerus kerana di kerusinya
sendiri kini – Sebarang Takir – beliau sendiri merasa kurang selamat.
Apa lagi jika di
Parlimen yang menggabungkan Seberang Takir dan tiga lagi kerusi DUN – lagilah
menakutkan beliau kerana ketiga-tiganya kini dipegang oleh PAS.
Ahmad Razif menjadi
Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus tetapi dalam kawasannya, hanya beliau sahaja
yang menang.
Dalam pilihan raya
umum lalu, kerusi Parlimen yang
disandang UMNO jatuh kepada PAS kerana pertelingkahan dalaman dan adanya
perbuatan sabotraj terhadap calon BN ketika itu, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.
Ketika itu Nasir
adalah Ketua Bahagian UMNO. Kekalahan Nasir menyebabkan beliau juga kalah bagi
perebutan jawatan Ketua Bahagian UMNO kepada Ahmad Razif.
Malah bukan di
Terengganu sahaja Ahmad Razif berdepan dengan ‘lawan daripada UMNO sendiri’. DI
dalam bahagiannya, selain Nasir, beliau juga berdepan dengan isu hubungan
politik dengan beberapa pemimpin tempatan.
Tidak payah sebut
nama, orang UMNO dan PAS Kuala Nerus tahu siapa yang akan ‘mensabotaj Ahmad Razif’
pada PRU14 nanti.
Matematiknya mudah,
‘jika kamu boleh sabotaj orang sebelum ini, kali ini kamu tunggulah...mungkin
orang akan sabotaj kamu pula’.
Juga dalam politik
mungkin Ahmad Razif lupa satu amalan yang sebaik-baiknya dilakukan ialah
mencari seberapa ramai yang boleh tetapi Ahmad Razif dan konco-konconya berbuat
sebaliknya.
Dengan menjadikan
musuh lebih ramai daripada kawan, tunggulah sahaja akibatnya pada PRU14 nanti.
No comments:
Post a Comment