Seorang pekerja kontrak pembersihan nekad mengambil
nyawanya sendiri dengan mengelar lehernya selepas menikam isterinya sejurus
berlaku kekecohan di rumah sewa mereka di Gong Beris di Marang kira-kira jam 6
pagi tadi.
Isteri mangsa terbabit, bagaimanapun
terselamat dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
Kuala Terengganu selepas mengalami kecederaan parah di bahagian belakang badan
akibat ditikam suami sendiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30
pagi itu lelaki berusia 32 tahun itu bertindak menikam belakang isterinya.
Beliau berkata selepas menyerang isterinya Mohd Dzulkifli
Ismail yang bekerja sebagai buruh kontrak
Wan Abdul Aziz memaklumkan kejadian itu masih dalam
siasatan pihaknya dan polis sudah menemui isteri mangsa di hospital.
“Mengikut siasatan awal kita,
melalui keterangan isterinya yang berada di hospital, berlakunya kekecohan
antara mereka (suami dan isteri). Suami ini berada dalam keadaan tidak tenang.
Dia dalam keadaan tertekan pada masa itu.
“Kejadian berlaku lebih kurang jam 6 pagi , dia (suami)
kejar isterinya. Dia ambil pisau dan tikam belakang isterinya. Kita belum tahu
(hal sebenar) dan kejadian itu masih dalam siasatan, sama ada dia ditikam dalam
atau luar rumah,” katanya.
Wan Abdul Aziz berkata, mangsa
kemudiannya ditemui dalam keadaan tertiarap dan siasatan pihak polis juga
mendapati terdapat dua kesan kelar dengan pisau di leher dan pisau yang
digunakan turut berada di sebelah mangsa terbabit.
Polis menerima panggilan kira-kira
pukul 7.30 pagi berhubung kes itu sebaik tiba di lokasi kejadian kita dapati
mayat seorang lelaki terbaring di tepi rumah bersama sebilah pisau.
"Pemeriksaan awal ke atas mayat tersebut kita dapati
terdapat dua kesan kelar pada lehernya," katanya kepada pemberita, di Kuala
Terengganu hari ini.
Menurut beliau hasil siasatan awal mendapati sebelum
kejadian jiran mangsa terdengar bunyi kecoh dan perempuan menjerit dari rumah
mangsa dan mendapati pasangan itu sedang bergelut dan suaminya mengejar
isterinya dengan sebilah pisau panjang.
Katanya jiran mangsa terus menjerit dan lelaki berkenaan
terus melarikan diri ke dalam rumah, manakala isterinya menyelamatkan diri
dengan berlari ke jalan besar.
Wan Abdul Aziz berkata isterinya Sofia Talaha, 26,
dijumpai orang awam kira-kira 200 meter dari rumahnya sebelum dikejarkan ke
Hospital Sultanah Nur Zahirah.
"Isteri mangsa sempat bercerita kepada pihak
hospital, selepas subuh tadi dia telah didatangi suaminya dalam keadaan
tertekan dan terus menikan belakangnya sebelum berlaku pergelutan,"
katanya.
Ekoran kejadian itu wanita berkenaan mengalami kecederaan
dalaman pada bahagian belakang badan serta luka di pipi kiri serta kedua-dua
tanganya.
Beliau berkata wanita berkenaan kini dirawat di unit
rawatan rapi (ICU) dan dilaporkan kritikal.
Menurut Wan Abdul Aziz pihaknya telah merampas pisau
kira-kira 30 sentimeter untuk siasatan lanjut dan menunggu isterinya sedar
untuk siasatan seterusnya.
“Kita masih lagi menyiasat lagi motif mengapa berlakunya
kejadian ini dan mengapa beliau bertindak menikam isterinya dan (kemudiannya)
mengambil nyawanya sendiri.
“Kita masih siasat dan
menunggu isterinya sedar untuk melihat apa masalah sebenar yang berlaku,”
katanya.
Sumber mStar Online & SHOnline
No comments:
Post a Comment