UMNO
Terengganu jangan bersikap seperti pepatah Melayu, ‘pipi tak mancung, hidung
tersorong-sorong’ dalam isu kerjasama
dengan PAS.
Terang
lagi bersuluh bahawa PAS tidak mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN)
dan UMNO Terengganu, sebaliknya ia jelas perbuatan untuk ‘memancing dan
memerangkap’.
Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang jangan dilihat sebagai ‘Tok Guru agama’
semata-mata.
Dia bijak
bermain politik dan kata-katanya jelas mahu menguji sejauh mana pemimpin BN
Terenganu boleh terperangkap dengan kenyataannya.
Tujuannya
ialah untuk membuktikan bahawa pemimpin BN dan UMNO khususnya sedang berada
dalam keadaan kelam kabut dan lemah, bukan sahaja kerana isu ‘perpecahan dalam UMNO’
di Malaysia dan di Terengganu tetapi
juga isu-isu nasional yang banyak dikaitkan dengan Perdana Menteri.
Mereka
kini mentertawakan BN dan UMNO
Terengganu yang dianggap sedang ‘mencari pelampung’ pada ketika PAS menganggap UMNO
sedang menuju kehancuran.
Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melalui kenyataannnya yang dipetik
Bernama bertajuk ‘Terengganu Timbang Kedudukan Kepada Wakil PAS Adakan
Kerjasama Bangunkan Kerajaan Negeri’ pada Khamis (5 November 2015), berkata Badan
Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) mengalu-alukan kerjasama PAS
menerusi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia menjalin
kerjasama dengan UMNO termasuk kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau tiada masalah, asalkan kedua-dua parti mampu mencapai suatu kesepakatan dan memikir ke arah membawa penyatuan kepada masyarakat.
"Bagi saya dalam menguruskan negeri ini, kenapa kami tidak boleh mengambil pandangan yang positif. Ini untuk kebaikan rakyat. Jadi saya nampak cara beginilah yang akan memungkinkan persefahaman yang baik antara parti UMNO dengan parti pembangkang terutamanya PAS yang kami nampak kebelakangan ini mula terbuka untuk berkolaborasi dengan BN dan UMNO," katanya.
Bagi PAS Terengganu, pilihan Ahmad Razif ‘menunjukkan sikap’ berbaik-baik dengan PAS, dengan menggunakan hujah, dari kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, yang telah ‘ditokok tambah’ memaparkan ‘kelemahan sebenar UMNO Terengganu kini’.
PAS
Terengganu sebaliknya menggambarkan
bahawa Ahmad Razif cuba menipu rakyat menggunakan hujah perjumpaan beliau
dengan Presiden PAS.
Bagi PAS hujah itu tidak
lain dan tidak bukan untuk mengaburi penilaian rakyat tentang prestasi
peribadinya dan kejahatan UMNO-Barisan di Terengganu.
Saya ulangi - prestasi
peribadinya dan kejahatan UMNO-Barisan di Terengganu.
PAS
melihat prestasi Ahmad Razif tidak memberangsangkan, malah membandingkannya
dengan prestadi mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang jauh lebih
baik. Tujuan mereka amat jelas - memperkecilkan kemampuan Ahmad Razif.
Menurut
mereka apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta
semua ahli supaya sentiasa menyokong kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ahmad Ahmad
Razif, kerana bimbang UMNO akan kalah pada pilihan raya umum kali ke-14
(PRU-14), akan datang di negeri Terengganu, mengukuhkan hujah mengenai prestasi lemah Ahmad Razif.
Dalam
kaitan dengan Ahmad Said ini, turut menjadi
cabaran kepada Ahmad Razif ialah, berbuat
sesuatu memandangkan Ahmad Said sudah ‘isytihar perang’, apabila beliau
beberapa kali muncul bersama Timbalan Perdana Menteri yang dipecat, Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Maka Kijal
menjadi kerusi UMNO yang bakal panas pada PRU-14. Sekiranya Ahmad Razif berani
menunjukkan kuasanya, dia wajar ‘mengerat’ Ahmad yang sudah ‘beronar’.
PAS
Terengganu mengakui Ahmad Said bukan calang-calang orang, pemimpin ‘setara’ Menteri Pengajian Tinggi
sekarang pun beliau pernah ‘warning’ dulu, secara berdepan, ugut Dato’ Seri
Idris Jusoh dalam majlis terbuka, sekiranya Idris tidak mencalonkan beliau.
Berbalik
kepada isu kerjasama dengan PAS, Hadi tidak pernah menyebut mahu jadi penasihat
kepada mana-mana organisasi UMNO, samada dalam atau luar kerajaan.
Dia
mempertegaskan tanggungjawab PAS yang telah termaktub sekian lama dalam
perlembagaan PAS yang termasuk dalam Tujuan dan Usaha PAS.
Bahkan
berkali-kali Ahli Parlimen Marang itu berkata “tidak…..tidak…..tidak….tidak,”
kepada soal mahu bergabung dengan UMNO.
Melalui video sidang media Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang selepas program ‘Dailog Rakyat’ pada Sabtu lalu, Hadi
menegaskan beberapa perkara:
1. “Ulasan saya…..perjuangan kita adalah perjuangan untuk mengubah
keadaan. Bukan berebut jadi pemimpin. Dengan sebab itu kita……..menerima
sebarang perubahan yang positif.”
2. “Dan kita lebih selesa duduk diluar Barisan Nasional, bukan duduk
(dalam) Barisan Nasional…….tapi kalau dia tak (ber)ubah, (menjadi)
tanggungjawab kitalah kena ubah kerajaan.”
3. “ Tidak, tidak, tidak, tidak (bersama UMNO dan Barisan
Nasional)………maksudnya kita bersedia untuk hantar pasukan kita untuk berbincang
dengan pihak kerajaan tentang GST sebagai contoh, tentang perumahan dan tentang
kejatuhan nilai ringgit.
4.
“Apa pendekatan kita nak
hadapi. Sebab kita ada (cara) penyelesaian kita…..ada pandangan kita…Tidak….bukan,
bukan (kerjasama politik) kerjasama politik dengan kita tak masuk kerajaan….”
Seperkara
lagi yang pemimpin BN dan UMNO Terengganu kena faham ialah PAS terus meratib
dan mengungkit-ungkit perkara lama
sebagai jawapan kenapa tidak akan berlaku kerjasama antara PAS dan UMNO
Terengganu.
Menurut
PAS Terengganu: “Ahli dan penyokong PAS serta rakyat Terengganu masih terasa
keperitan sehingga kini apabila UMNO-Barisan Nasional memilik peribadikan
royalti petroleum menjadi ‘Dana Khas’ yang digunakan untuk projek-projek kroni
dan mengayakan suku sakat.
PAS serta
rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana UMNO-Barisan Nasional menzalimi
rakyat dengan merampas tanah-tanah yang telah diberikan kepada rakyat oleh
pentadbiran kerajaan PAS 1999-2004.
Ahli dan
penyokong PAS serta rakyat Terengganu sampai mati pun akan ingat bagaimana
kerajaan UMNO-Barisan Nasional merobohkan masjid Bujal, rumah Allah.
Ahli dan
penyokong PAS serta rakyat negeri Terengganu, bahkan para malaikat akan terus
menyaksikan betapa zalimnya pemimpin UMNO tidak mahu melaksanakan hukum Allah
melalui Enakmen Jenayah Syariah yang telah diluluskan dalam Persidangan Dewan
Undangan Negeri dan telah mendapat persetujuan perkenan DiRaja!”
Kenapa
mereka terus mengungkit perkara-perkara sebegini?
Ia dilihat
sebagai faktor kekuatan untuk mereka dan ‘kelemahan-kelemahan ‘ yang disebut di
atas dan sedang dialami UMNO Terengganu kini
meyakinkan mereka akan dapat mengalahkan UMNO yang hanya mempunyai kelebihan
dua (2) kerusi (17-15) dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Kini
bergantunglah kepada Ahmad Razif untuk memperbetul dan memperkukuhkan UMNO
Terengganu. Mungkin ada formula tertentu hasil Konvensyen UMNO Terengganu
2015 untuk melawan PAS yang bukan sahaja
menyerang UMNO melalui isu-isu setempat.
Mereka
juga bijak menyerang UMNO melalui cara psikologi seperti yang dilakukan oleh
Hadi.
Selepas
ini kita harap UMNO Terengganu khususnya Ahmad Razif selepas ini akan faham apa
makna ‘ONCE
BEATEN, TWICE SHY’ dalam berurusan apa juga perkara dengan PAS.
No comments:
Post a Comment