Thursday 1 March 2012

Anwar Rakus, Pentingkan Kroni – Shafie Afdal

“Saya masih simpan dokumen-dokumen itu (kawasan balak). Saya adalah barisan Pemuda UMNO ketika itu yang menentang perbuatan yang tidak bermoral itu...Malah Anwar juga mahukan konsesi balak di Sabah turut diberikan kepada ahli perniagaan dari Sarawak yang menjadi kroninya...” - Mohd Shafie Afdal
 
Naib Presiden Umno, Dato Seri Mohd Shafie Afdal kelmarin mendedahkan betapa rakusnya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkuasa.

Beliau mengingatkan ahli UMNO dan rakyat Terengganu supaya berhati-hati dan memberitahu rakan, sahabat, saudara terdekat dan semua ahli UMNO supaya mengetahui sifat sebenar Anwar.

Menurutnya Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan dan berkuasa, mengeluarkan supaya memberikan kawasan balak di negeri Sabah kepada kroninya.

“Saya masih simpan dokumen-dokumen itu. Saya adalah barisan Pemuda UMNO ketika itu yang menentang perbuatan yang tidak bermoral itu.

Malah Anwar juga mahukan konsesi balak di Sabah turut diberikan kepada ahli perniagaan dari Sarawak yang menjadi kroninya,” dedah beliau.

Siapakah kroni Anwar ketika itu?

Mohd Shafie sepatutnya mendedahkan dokumen yang ada padanya itu dan jangan hanya menyebutnya!

Berikutan itu beliau menyeru kepimpinan, ahli Umno dan rakyat Terengganu supaya jangan sampai lagi terlepas kuasa kepada pihak pembangkang dengan mengambil pengajaran atas penderitaan semasa kehilangan kuasa pada tahun 1999.

“Bagaimana sukarnya kita mendapatkan semula kuasa yang terlepas dan jagailah kuasa yang ada ini dengan baik-baik untuk membela rakyat,” katanya dalam satu perjumpaan dengan kepemimpinan Umno bahagian-bahagian di Kuala Terengganu kelmarin.

Beliau juga meminta supaya jentera penerangan parti dapat menerangkan kepada rakyat tentang bagaimana pemimpin pembangkang itu menyokong Israel dan pelbagai perkara yang mengancam kedudukan Islam sedang dilakukan pihak pembangkang.

Beliau meminta supaya semua barisan kepimpinan Umno di semua peringkat siap siaga untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang semakin hampir.
Kira-kira 200 orang kepimpinan Umno Terengganu hadir termasuk Ketua-Ketua Umno Bahagian dalam negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment