Monday 26 March 2012

PAS Juga Beri Tanah Kepada Wakil Rakyat Ketika Berkuasa Di Terengganu



"Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang. Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun...Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu..."
 - Ahmad Said.

Kerajaan Terengganu ketika ini mengamalkan dasar membenar setiap rakyat Terengganu berumur 18 tahun ke atas tidak kira siapa mereka termasuk wakil rakyat memohon tanah.

Mereka boleh diberi satu pilihan saja sama ada memohon untuk mendapatkan lot tanah pertanian ataupun untuk tapak kediaman.


Kerana itu tidak timbul sama ada dia seorang wakil rakyat atau rakyat biasa dan kerajaaan terbuka dalam soal ini asalkan memenuhi syarat ditetapkan.

Berikutan itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said semalam mendedahkan PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya ketika negeri ini diperintah oleh mereka antara 1999 dan  2004.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata PAS memberikan tanah pertanian kepada wakil rakyatnya yang ketika itu ada sehingga 50 hektar.

"Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang.

"Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun.


Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan e-Book kepada pelajar darjah empat di enam buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Manir dekat Kuala Terengganu.


Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa sebahagian besar wakil rakyat BN negeri ini diberi tanah dua hektar seorang dan mengandaikan pemberian tanah itu sebagai habuan yang mungkin nama mereka tidak disenaraikan untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.


Ahmad Said berkata beliau tidak faham dengan sikap PAS yang jelas sentiasa dengki dan suka memburuk-burukkan Umno/Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri ini sekarang.

Teganuku

1 comment:

  1. Mengikut YB Ahmad Razif, hanya wakil rakyat yang tidak bertanding penggal akan datang sahaja yang diberi tanah oleh YAB DS Ahmad Said. Ini merupakan tradisi UMNO sebagai menghargai sumbangan wakil rakyat BN berkenaan. Wakil rakyat yang menerima tanah ini telah pun faham hakikat ini dan menerima dengan hati terbuka.

    ReplyDelete