Terkejut juga membaca apa yang ditulis oleh teganuku dalam posting kelmarin yang memperkatakan mengenai pertemuan Geng 10 Budak Hitam (G10BH).
Terkejut bukan apa, apakah mereka masih melakukan perbuatan yang sama seperti tahun 2009 atau tidak ada kena mengena dengan perkara itu.
Kata teganuku : "Cerita banyak tak guna. Tuduhan ini berat dan bagaikan cubaan melaga-laga! Spin ke, apa ke…itu tidak penting lagi! Apa yang perlu sekarang ialah kenyataan terbuka 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini bahawa apa yang ditohmahkan itu tidak berlaku. Dengan kata lain ia TIDAK BENAR dan BOHONG semata-mata. Malah jika perlu boleh saman sumber berita berkenaan."
Pendapat teganuku itu benar belaka. Hanya yang TOLOL dan BANGANG yang tidak tahu membaca politik UMNO Terengganu sahaja yang mengatakan apa yang ditimbulkan oleh teganuku itu sebagai melampau atau 'tidak mengambil kira musim pilihan raya akan datang.
Kenapa demikian?
Sudah jelas berita yang dibawa oleh media rasmi PAS Terengganu ini tidak benar.
Menurut beberapa rakan, kumpulan yang diketuai oleh Datuk Rosol Wahid itu berbincang untuk perjalanan ke Kedah sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Tidak ada kena mengena sama ada menyokong Datuk Seri Idris Jusoh atau sebagainya. Itu SPIN PAS TERENGGANU yang sedang lemas sahaja.
Kerana itu teganuku mahukan kesemua mereka yang HADIR itu mengambil tindakan sewajarnya. Apakah bentuk tindakan itu?
Pertamanya, membuat sidang media menafikan FITNAH PAS itu;
Kedua, menjelaskan bahawa G10BH sudah lama tidak wujud dan sengaja diada-adakan oleh PAS untuk menunjukkan UMNO Terengganu masih berkrisis;
Ketiga, buat repot polis mengenai FITNAH berkenaan;
Keempat, mendesak blog rasmi PAS meminta maaf secara terbuka kerana FITNAH; dan
Kelima, jika mereka enggan, SAMAN sahaja.
Kumpulan itu tidak wajar membiarkan PAS membuat FITNAH sewenang-wenangnya kerana rakyat akan percaya dengan fitnah pembangkang itu.
Adalah wajar kumpulan itu melakukannya SEGERA kerana terbukti beberapa individu itu pernah membuat laporan polis mengenai SMS UGUT BUNUH. Mereka berani hingga memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan membuat lima perkara di atas amat mudah.
Jadi kenapa tunggu dan berlengah, BERTINDAKLAH segera.
Malah, lebih afdal jika kesemua mereka melakukan satu lagi perkara, iaitu sambil menafikan menyatakan sokongan padu mereka kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Rasanya tidak sukar dan LAKUKANLAH SEKARANG!
No comments:
Post a Comment