Wednesday, 21 March 2012

Ahmad Said Tanya Apa Sumbangan ADUN Wakaf Mempelam?


“Setakat ini, apa yang wakil rakyat PAS ( Haji Abdul Wahid Endut) beri?

Ada Abdul Wahid Endut dapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk dibawa (pembangunan) ke kampung.. kawasan dia?

Apa yang dia dapat..hanya elaun sahaja.. Ahli Parlimen lagi..Adun lagi”

Demikian ditegaskan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, pada sidang media selepas mengagihkan e-Book kepada murid Tahun Empat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Wakaf Mempelam, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Kuala Terengganu, kelmarin (18 Mac).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Hashim Mohd Zin dan PPD Wakaf Mempelam, Wan Mahyuddin Wan Ngah.

 “Saya tawarkan dahulu 1,000 unit rumah (mampu milik)..Lepas itu kita tengok macam mana, biar (BN) menang dulu.

DUN ini sudah 33 tahun kalah. Kalau tidak mahu berubah, tidak akan berubah. Terpulang kepada orang di DUN Wakaf Mempelam untuk menentukannya, “ katanya.

Beliau berkata, permintaan bagi membangunkan 2,000 unit rumah mampu milik di kawasan itu hanya akan dilaksanakan sekiranya BN kembali memenangi kawasan itu pada PRU Ke-13 nanti

 “Sebab itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno melantik Pegawai Pembangunan (PP) DUN bagi menjaga kebajikan penduduk termasuk di DUN Wakaf Mempelam.

“Kalau kita hendak biarkan, kita biar begitu sahaja tanpa perlu melantik PP DUN. Bagaimanapun, kita mengambil tanggungjawab itu,” katanya sebagai mengulas pelbagai kebajikan dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri di DUN Wakaf Mempelam termasuk usaha membangunkan 1,000 unit rumah mampu milik di kawasan itu tidak lama lagi.

Berikutan itu Menteri Besar mahu penduduk di kawasan yang dimenangi pembangkang perlu menilai semula bahawa segala pembangunan dan prasarana yang tersedia dan bakal dilaksanakan hanya mampu dibangunkan kerajaan BN.

Dengan perkataan lain, pembangkang tidak akan mampu memenuhi keperluan dan kehendak rakyat tempatan berbanding BN.

 Ahmad Said menjelaskan, kerajaan negeri melantik Pegawai Penyelaras DUN  bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan yang dimenangi PAS tetap terbela dan mendapat perkhidmatan terbaik.

Sehubungan itu, lapan DUN yang dikuasai pembangkang mempunyai PPD masing-masing iaitu Datuk  Wan Hisham Wan Salleh (Ladang); Datuk Che Mat Jusoh (Batu Buruk); Datuk Rosli Mat Hassan (Sura); Yusof Awang Hitam (Manir); Ismail Nik (Bukit Tunggal); Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang) dan Wan Mahyuddin Wan Ngah di DUN Wakaf Mempelam, diberi tugas memikul tanggungjawab itu.

Tegas Ahmad Said, kerajaan BN mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan melantik PPD berkenaan, bagaimanapun ada segelintir rakyat tidak menghargai setiap pembangunan dan kebajikan yang dilaksanakan itu.

Menurutnya, bagi memastikan segala agenda pembangunan lancar, penduduk sepatutnya tidak lagi menyokong kepimpinan pembangkang yang terbukti gagal menjaga kebajikan penduduk walaupun sekian lama menguasai satu kawasan, sepertimana PAS yang sudah 33 tahun memenangi DUN Wakaf Mempelam.

1 comment:

  1. boleh dosa je puak2 mg...peruntukkan adun dapat ke penyelaras..penyelaras bukan wakil rakyat...sekat semua peruntukkan...buat macam duet mok bapok mg je...igat la..Allah bagi amanah utk uruskan..bkn pilih kasih..hak mereka...jawab la mg akhirat nnti...bile menang baru nk bagi peruntukkan...56tahun doh mg menang...bagi je la kalau ikhlas memerintah..puiiiiiiiii

    ReplyDelete