Saturday, 18 December 2010
Kenapa Mustafa Ali Begitu Gelabah?
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali banyak merapu akhir-akhir ini.
Tiba-tiba sahaja dia jadi tidak senang duduk. Tak bercakap rasa marah. Bila buka mulut, ada saja yang tak kena.
Pokoknya apa yang dikatakan oleh salah seorang pengarah Riyapadu Sdn Bhd – syariat yang mendapat kontrak atau konsesi balak – sudah menyebut nama Mustafa dengan jelas.
Malah ada pengarah dan pemilik syarikat (orang Cina) yang bekerja dengan Riyapadui balak turut menyebut nama Mustafa. Untuk apa disebut nama itu tidak diketahui?
Atau antara Mustafa dan syarikat Cina itu ada apa-apa hubungan?
Mustafa mendakwa Syarikat Riyapadu Sdn Bhd gagal membayar premium dan kerana itu syarikat itu dibatalkan kontraknya yang menyebabkan Kerajaan PAS disaman.
Akibatnya, masalah itu terpaksa ditanggung pula oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu apabila keputusan kehakiman dibuat pada 27 Oktober lalu.
Menurut Mustafa pada sidang media (gambar kanan) pada 13 Disember 2010, “oleh sebab kita ingin mempertahankan harta rakyat, kita tidak boleh membiarkan mereka mengerjakan balak tanpa membayar premium, ini akan merugikan rakyat kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat dan kita adalah amanah kepada rakyat.
“Malangnya, premium itu tidak dibayar. Oleh sebab kita ingin mempertahankan harta rakyat, kita tidak boleh membiarkan mereka mengerjakan balak tanpa membayar premium, ini akan merugikan rakyat kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat dan kita adalah amanah kepada rakyat.”
Namun persoalan yang timbul ialah benarkah Mustafa mempertahankan harta rakyat atau beliau dan kerajaan negeri melakukan tindakan atau keputusan yang merugikan rakyat?
Lagipun, Mustafa kini sedang mempertahankan PAS atau dirinya?
Kenapakah Mustafa begitu beria-ia cuba ‘menegakkan benang basah?” Apakah beliau bimbang banyak ‘rahsia dirinya’ akan terbongkar?
Dan dengan terbongkar rahsia dirinya, bukankah ini juga akan membongkar rahsia PAS yang mentadbir Terengganu secara tidak betul antara 1999-2004?
Dan apabila Mustafa mengatakan PAS kini sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat, lagi kuat andaian bahawa Mustafa ingin mengaburi mata rakyat Terengganu dan cuba ‘melarikan dosa-dosa yang dilakukannya dalam isu kontrak balak ini”.
Yang mahu disaman itu bukan sahaja akhbar dan Syarikat Riyapadu tetapi juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kerana kenyataan-kenyataan mereka.
Apa yang sebenarnya menyebabkan Mustafa begitu bimbang dengan saman Riyapadu ini?
Dia bukan kena bayar. Kalau mahu dipersalahkan kerajaan PAS yang memerintah antara 199-2004 persalahkanlah, PAS tidak perlu bimbang kerana yang bayarnya UMNO.
Malah menurut Ketua Pembangkang di DUN Terengganu, Datuk Dr Harun Taib pada persidangan DUN baru-baru ini, soal saman menyaman ini perkara biasa.
Dan “biasalah kerajaan yang mengambil alih pentadbiran kena tanggung risiko, termasuk kes seperti ini,” katanya.
Malah menurut Dr Harun, pentadbiran PAS yang mengambil alih kerajaan negeri antara 1999-2004 pun terpaksa tanggung saman balak yang diakibatkan kerajaan UMNO sebelum ini.
Cuma apa yang menghairankan kenapa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang buat rileks sahaja sedangkan Mustafa menggelepar bagai ‘cacing kepanasan?
Mesti ada yang tidak kena.
Isunya benarkah Mustafa antara yang bertanggungjawab tidak ‘melayani ajakan atau pelawaan’ Riyapadu bagi mengatasi masalah ini secara rundingan?
Juga Mustafakah orang yang member ‘nasihat dan gambaran salah’ kepada Hadi menyebabkan kerajaan PAS membuat keputusan membatal kontrak dan merampas balak yang sudah dihasilkan?
Mustafa berdepan seribu satu pertanyaan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment