Ini berdasarkan statistik peratusan sokongan PAS
mempunyai kekuatan akar umbinya antara 40 hingga 45 peratus.
Justeru, PAS hanya memerlukan lonjakan tujuh peratus
sokongan dalam pilihan raya bagi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tanpa PAS tidak
akan menang satu kerusi pun dalam pilihan raya akan datang.
“PAS boleh menang tetapi tidak banyaklah, sebab itu kita
perlu juga pada nilai tambah. Jika kita ada 45 peratus, perlu lagi tujuh
peratus untuk mengalahkan UMNO.
“Dalam politik Malaysia, untuk mengalahkan BN dan menawan
Putrajaya tidak ada pembangkang boleh menang untuk tawan Putrajaya tanpa PAS,”
tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran JenteraPilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PAS Kawasan Kuala Nerus, di Dewan Kompleks
Tarbiyyah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, Kuala Nerus pada 3 Februari lalu.
Pada majlis itu, kesemua jentera pilihan raya parti
berikrar dan wakil kawasan, dewan-dewan serta Majlis Tindakan DUN (MTD)
menerima serahan bendera PAS.
Hadir sama Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Nerus,
Cikgu M.Syukrimun Shamsuddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, Dr Alias
Razak, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Setiausaha
PAS Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang.
Mustafa berhujah, senario politik dalam negara ini yang menjadi
pemerintah adalah Barisan Nasional tunjang kekuatan adalah UMNO.
Katanya, semua komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan
telah kalah tetapi masih bertahan dengan UMNO.
“Parti yang boleh kalahkan UMNO bukan DAP tetapi
kombinasi PAS dengan BERSATU atau PKR yang kuat.
“Faktor lain yang paling besar ialah sokongan rakyat
kepada kita itu besar. Jika sokongan rakyat tidak kuat, kita (PAS) jentera kuat
mana sekali pun pada adatnya payah menang.
“Tapi, jika sokongan ‘powerbase’ itu sudah ada (kuat)
dengan jentera yang ada kita akan mencapai kemenangan,” ujarnya.
Justeru itu, katanya jentera pilihan raya perlu memberi
perhatian terhadap dua perkara penting iaitu daftar pemilih yang kemas dan
pengundi luar kawasan.
Menuurtnya, jika pengundi luar itu tidak pulang mengundi
akan memberi kesan besar kepada mana-mana parti bertanding.
“Pengundi luar ini yang telah kita kenal pasti
sokongannya. Jika pengundi luar tidak balik akan memberi kesan kepada kita
(PAS). Di Terengganu, tidak kurang dari 1,000 orang pengundi luar di setiap DUN,”
jelasnya.
No comments:
Post a Comment