Akibat hakisan pantai di Seberang Takir. |
Oleh Editor Buletin Online
Persoalan yang dilontarkan
oleh rakyat masih menjadi tanda tanya dan belum terjawab!
Apakah benar cerita
tentang pokok buncit atau Ceiba Speciosa atau benang emas atau benang sutera
itu, begitu?
Sehingga kini tiada
jawapan apakah pokok yang dikatakan berasal dari Brazil itu wajar menjadi ikon
bandar baru Kuala Nerus?
Sebaliknya khabar yang
sampai, ia sebenarnya bukanlah dibeli dan Brazil tetapi dari Myanmar, bahkan
pokok yang tiada asal usul dari Kuala Nerus itu, tiba-tiba menjadi ikon?
Kuala Nerus banyak
ditumbuhi oleh pokok Tembesu, sejenis pokok berbatang keras yang selalu menjadi
pilihan petani, untuk menjadi turus pagar, kerana ia tahan lama.
Mengapa tak jadikan
Tembesu sahaja sebagai ikon kerana ia amat dikenali dan ‘berakar umbi merata’
tempat di daerah baru Kuala Nerus.
Selain pokok Tembesu,
banyak pokok Ketapang yanh tumbuh di kawasan pinggir pantai, kertuatam di
Seberang Takir, yang mungkin secocoknya dipilih oleh ADUNnya selaku Menteri
Besar untuk dijadikan ikon.
Apakah pokok buncit itu
lebih mulia dari pokok Ketapang? Sehingga ‘tukang bangun’ bandar baru
menjadikan ia ikon dan memaksa penduduk Kuala Nerus menerimanya dengan suci?
Sebatang pokok Ketapang di
kampung Kolam, Mengabang Telipot, mungkin lebih hina kerana dibiarkan sahaja,
hanyut dan musnah bersama badai yang menghakis teruk kampung itu.
Sedangkan Ketapang memang
telah terbukti berjasa, dengan dahan dan daunnya yang lebar menjadi tempat
berteduh anak-anak yang bermain di pantai itu ketika dataran pasirnya masih
luas.
Para nelayan juga tumpang
berlindung dari terik sang suria, sementara menunggu musim ke laut semula.
Mengapa Ceiba Speciosa
tidak pokok Ketapang?
Tukang bangun bandar baru
itu berkata, ia biasa…..mungkin pintu gerbang, mungkin masjid yang boleh
dijadikan mercu tanda. Ya…..mengapa tidak masjid?
Kasihan kepada si pemilik
‘facebook’ yang mendedahkan kepada khalayak tentang pokok itu khabarnya akan
disaman. Niat yang baik tidak semestinya jadi ‘soleh’, terutama yang berkait
rapat dengan pemerintah.
Jadi, mengapa pula
pemerintah tiba-tiba jadi cukup sensitif tentang pokok buncit itu? Mungkin
kerana dikaitkan dengan kemewahan dan
kerakusan dalam dunia politik dan perniagaan!
Persoalan kedua, apakah
sebab pokok buncit itu menjadi hadiah yang cukup istimewa?
Ia untuk apa? Tujuan apa?
tiba-tiba bermurah hati menghadiahnnya kepada pemerintah? Adakah pemerintah tak
ada duit untuk membeli pokok itu?
Ada benarnya mungkin
‘perbendaharaan kerajaan’ tidak ada wang, kerana tak ada duit untuk membantu
ibu tunggal Kak Azama yang kedainya hanyut dihakis gelombang di Kampung
Mengbang Telipot.
Bahkan ramai lagi yang
terpaksa ‘berputih mata’ melihat tanah dan rumah mereka ditelan lautan? Mengapa
tidak dihadiahkan sebuah rumah ganti kepada Kak Azama?
Orang asli di Sungai Berua
pun terpaksa menunggu ‘sedekah’ untuk membina bangunan baru bagi sekolah di
kampung mereka.
Mengapa tidak letakkan
sahaja pokok Tembesu yang lebih murah dan duit buat beli pokok buncit itu
diberikan kepada sekolah-sekolah yang kini semakin kecil kantungnya, sehingga
guru-guru terpaksa membeli sendiri kertas A4?
Cepat pula tukang bina
bandar baru Kuala Nerus itu mengaku dia yang menghadiahkannya!
Dan tiba-tiba ada pula
media yang memberi kemuliaan kepada pokok buncit itu, yang mungkin, kata
mereka, akan jadi tarikan serta menambahkan pendapatan kerana orang ramai yang
berpusu-pusu datang untuk melihat pokok buncit itu!
Kalau begitu, batalkan
sahaja pembinaan pulau bebas cukai yang belum pasti menarik pelancong.
Beli sahaja pokok buncit
tiga batang setiap daerah dan tidak perlu membazirkan duit berjuta ringgit
untuk promosi ‘Beautiful Terengganu’.
Sesiapa pun jua, peniaga
atau bukan, yang sudah pasti akan mendapat laba besar hasil pemberian kerajaan
akan menghadiahkan sesuatu sebagai hadiah.
Mana-mana pihak pun
sanggup memberi kalau setakat harga pokok buncit yang berharga sekitar RM300,000
hingga RM400,000 kalau ia sudah tahu akan mendapat untung RM100,000,000.
Atas kertas sahaja, tukang
bina bandar baru Kuala Nerus yang dianggarkan menelan kos RM600 juta itu akan
mendapat untung RM100 juta melalui sistem pembayaran ‘defered payment’.
Itu kan namanya membalas
budi! Orang berbudi kita berbahasa.
Itu belum termasuk
beberapa pakej lain yang dianugerahkan, termasuk pembinaan jambatan ke Taman
Tema Tasik Kenyir dan jambatan Sungai Mercang.
Tajuk asal – ‘PokokBuncit’, Benarkah Begitu? disiarkan pada 14 Februari 2917.
No comments:
Post a Comment