Showing posts with label Seberang Takir. Show all posts
Showing posts with label Seberang Takir. Show all posts

Tuesday, 14 March 2017

Ketakutan Ahmad Razif Di DUN Seberang Takir Makin Terserlah...


PAS mendakwa Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mula ‘menabur wang’ untuk menjinakkan pengundi terutama di kampungnya sendiri, Kampug Baru yang beliau kalah sebanyak 44 undi pada pilihan raya umum (PRU) Kali Ke-13.

Kebimbangan dan ketakutan Ahmad Razif di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, yang dianggap kubu kuat UMNO Terengganu, jelas mempunyai asasnya.

Memetik  sumber yang tidak mahu dikenali, media rasmi PAS melaporkan, Ahmad Razif – ADUN Seberang Takir - pada Januari lalu, memberikan wang sebanyak RM4,000 kepada orang kampung, sebagai belanja untuk program bakar ayam atau ‘BBQ’.

Namun begitu, tidak ramai yang hadir pada program yang di taja olehnya itu.

Ahmad Razif, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus yang juga Menteri Besar Terengganu itu amat bimbang apabila tidak ramai hadir pada majlis itu.

“Tak ramai….adalah tiga, empat puluh orang yang datang,”ujar sumber tersebut, yang menambah, dengan belanja sebesar tu, ‘tak padan’ berbanding jumlah yang orang.

PRU lalu mencatat sejarah, walaupun masih tidak mampu mencipta sejarah, PAS Seberang Takir bersyukur dan berpuas hati dengan perubahan yang berlaku.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Zakaria Dagang berkata, perbezaan yang ketara ialah, kempen PAS berjaya mengurangkan undi ‘orang lama’ kepada BN.

Bakar ayam yang tidak dapat sambutan.
“Selain itu…….kita menokok undi orang muda! PAS berjaya memenangani empat daripada daripada enam Unit Peti Undi (UPU),

“Berbanding BN yang hanya memenangi dua UPU sahaja walaupun majoriti PAS terlalu kecil berbanding majoriti BN,” ujarnya ketika dihubungi.

Ketakutan Razif juga terserlah apabila beliau diberi kuasa sebagai MB, ‘melonggokkan’ semua projek ‘mega’ di Seberang Takir.

Antaranya ialah, projek ‘INDAH KHABAR DARIPADA REALITI’ yang dipanggil, ‘Projek Akuapolitan Kuala Nerus’.

Semasa melancarkannya pada pulan Mei tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ‘bercakap besar’ dan berkata, projek menelan kos RM180 juta itu, memberi fokus menaik taraf sosio ekonomi masyarakat nelayan.

“Kerajaan BN (Barisan Nasional) dan UMNO sudah berjaya membuat sesuatu yang orang lain gagal buat.

“Terbukti kita berjaya cetuskan satu lagi idea baharu iaitu pembangunan nelayan ala FELDA yang kali ini bersandarkan sumber laut,” ujarnya.

Gambar yang paling popular Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika musim ‘Monsoon Cup’ memuncak.
Namun, mungkin Najib juga termasuk kepada ‘golongan Melayu yang mudah lupa’, kerana hanya beberapa tahun lalu, pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi, juga pernah berjanji begitu, ketika melancarkan perlumbaan perahu layar Piala Monsun (Monsoon Cup).
“Dekad dulu pernah diadakan Pertandingan Kapal Layar peringkat dunia atau ‘Monsoon Cup’
 ,
“Kononnnya projek ini untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat khususnya kaum nelayan dengan perbelanjaan mencecah beratus-ratus juta ringgit.

“Semua itu adalah sejarah pembaziran mega UMNO dan BN Terengganu,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak.

Sehingga kini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu, nelayan tetap misikin, masih ‘kais pagi makan pagi’ dan pergi pagi ke laut, untuk mencari rezeki keluarga waktu petang.

Apa yang menyedihkan ialah, ketika tinjauan dibuat ke Pusat Latihan Dan Kemahiran Akuapolitan di Taman Permint Perdana, Kampung Batin, Seberang Takir, tidak ada satu pun kursus yang ditawarkan adalah berkait dengan ‘Sea Felda’ iaitu yang mirip dengan skim Felda sebagaimana kata Najib, disesuaikan dengan masyarakat nelayan.

“Kursus percuma yang ditawarkan adalah seperti berikut, Membaiki Telefon Bimbit, Dandanan Rambut, Kursus Pemandu Pelancong, Pendawaian Elektrik dan Perpaipan Asas, Kulinari, Jahitan dan Rekaan Fesyen,” menurut poster yang disebarkan kepada orang ramai.

Lebih malang lagi, atas projek ratusan juta ringgit itu, hanya 43 orang peserta yang diambil pada tahun 2016, dengan dua kursus sahaja yang dibuka iaitu, kulinari dan jahitan.

Sehingga kini, setelah tiga bulan berlalu tahun 2017, belum ada seorang pun peserta yang diambil untuk menyertai pelbagai kursus yang di war-warkan!

“Kursus kulinari dan jahitan memang ada ‘sokmo’ doh bawah Yayasan Pembagunan Keluarga (YPK) tak perlu bawah ECRE atau UMT……..membazir je,” kata Dr Alias Razak, spontan.


Wednesday, 15 February 2017

Kenapa Sehingga Sanggup Membazir Dengan ‘Pokok Buncit’???

Akibat hakisan pantai di Seberang Takir.

Oleh Editor Buletin Online

Persoalan yang dilontarkan oleh rakyat masih menjadi tanda tanya dan belum terjawab!

Apakah benar cerita tentang pokok buncit atau Ceiba Speciosa atau benang emas atau benang sutera itu, begitu?

Sehingga kini tiada jawapan apakah pokok yang dikatakan berasal dari Brazil itu wajar menjadi ikon bandar baru Kuala Nerus?

Sebaliknya khabar yang sampai, ia sebenarnya bukanlah dibeli dan Brazil tetapi dari Myanmar, bahkan pokok yang tiada asal usul dari Kuala Nerus itu, tiba-tiba menjadi ikon?

Kuala Nerus banyak ditumbuhi oleh pokok Tembesu, sejenis pokok berbatang keras yang selalu menjadi pilihan petani, untuk menjadi turus pagar, kerana ia tahan lama.

Mengapa tak jadikan Tembesu sahaja sebagai ikon kerana ia amat dikenali dan ‘berakar umbi merata’ tempat di daerah baru Kuala Nerus.

Selain pokok Tembesu, banyak pokok Ketapang yanh tumbuh di kawasan pinggir pantai, kertuatam di Seberang Takir, yang mungkin secocoknya dipilih oleh ADUNnya selaku Menteri Besar untuk dijadikan ikon.

Apakah pokok buncit itu lebih mulia dari pokok Ketapang? Sehingga ‘tukang bangun’ bandar baru menjadikan ia ikon dan memaksa penduduk Kuala Nerus menerimanya dengan suci?

Sebatang pokok Ketapang di kampung Kolam, Mengabang Telipot, mungkin lebih hina kerana dibiarkan sahaja, hanyut dan musnah bersama badai yang menghakis teruk kampung itu.

Sedangkan Ketapang memang telah terbukti berjasa, dengan dahan dan daunnya yang lebar menjadi tempat berteduh anak-anak yang bermain di pantai itu ketika dataran pasirnya masih luas.

Para nelayan juga tumpang berlindung dari terik sang suria, sementara menunggu musim ke laut semula.
Mengapa Ceiba Speciosa tidak pokok Ketapang?

Tukang bangun bandar baru itu berkata, ia biasa…..mungkin pintu gerbang, mungkin masjid yang boleh dijadikan mercu tanda. Ya…..mengapa tidak masjid?

Kasihan kepada si pemilik ‘facebook’ yang mendedahkan kepada khalayak tentang pokok itu khabarnya akan disaman. Niat yang baik tidak semestinya jadi ‘soleh’, terutama yang berkait rapat dengan pemerintah.

Jadi, mengapa pula pemerintah tiba-tiba jadi cukup sensitif tentang pokok buncit itu? Mungkin kerana dikaitkan dengan kemewahan dan kerakusan dalam dunia politik dan perniagaan!

Persoalan kedua, apakah sebab pokok buncit itu menjadi hadiah yang cukup istimewa?

Ia untuk apa? Tujuan apa? tiba-tiba bermurah hati menghadiahnnya kepada pemerintah? Adakah pemerintah tak ada duit untuk membeli pokok itu?

Ada benarnya mungkin ‘perbendaharaan kerajaan’ tidak ada wang, kerana tak ada duit untuk membantu ibu tunggal Kak Azama yang kedainya hanyut dihakis gelombang di Kampung Mengbang Telipot.

Bahkan ramai lagi yang terpaksa ‘berputih mata’ melihat tanah dan rumah mereka ditelan lautan? Mengapa tidak dihadiahkan sebuah rumah ganti kepada Kak Azama?

Orang asli di Sungai Berua pun terpaksa menunggu ‘sedekah’ untuk membina bangunan baru bagi sekolah di kampung mereka.

Mengapa tidak letakkan sahaja pokok Tembesu yang lebih murah dan duit buat beli pokok buncit itu diberikan kepada sekolah-sekolah yang kini semakin kecil kantungnya, sehingga guru-guru terpaksa membeli sendiri kertas A4?

Cepat pula tukang bina bandar baru Kuala Nerus itu mengaku dia yang menghadiahkannya!

Dan tiba-tiba ada pula media yang memberi kemuliaan kepada pokok buncit itu, yang mungkin, kata mereka, akan jadi tarikan serta menambahkan pendapatan kerana orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk melihat pokok buncit itu!

Kalau begitu, batalkan sahaja pembinaan pulau bebas cukai yang belum pasti menarik pelancong.

Beli sahaja pokok buncit tiga batang setiap daerah dan tidak perlu membazirkan duit berjuta ringgit untuk promosi ‘Beautiful Terengganu’.

Sesiapa pun jua, peniaga atau bukan, yang sudah pasti akan mendapat laba besar hasil pemberian kerajaan akan menghadiahkan sesuatu sebagai hadiah.

Mana-mana pihak pun sanggup memberi kalau setakat harga pokok buncit yang berharga sekitar RM300,000 hingga RM400,000 kalau ia sudah tahu akan mendapat untung RM100,000,000.

Atas kertas sahaja, tukang bina bandar baru Kuala Nerus yang dianggarkan menelan kos RM600 juta itu akan mendapat untung RM100 juta melalui sistem pembayaran ‘defered payment’.

Itu kan namanya membalas budi! Orang berbudi kita berbahasa.

Itu belum termasuk beberapa pakej lain yang dianugerahkan, termasuk pembinaan jambatan ke Taman Tema Tasik Kenyir dan jambatan Sungai Mercang.



Tajuk asal –  ‘PokokBuncit’, Benarkah Begitu? disiarkan pada 14 Februari 2917.